Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Masih Menunggu!!!

PRU 13 semakin hampir yang akan menutup sejarah PRU 12. Meskipun ianya amat-amat hampir dan paling lewat ianya mesti dilaksanakan pada April 2013. Namun PM DS Najib masih berteka teki lagi berkaitan tarikh sebenar. Mungkin ada perancangan PRU yang masih belum diselesaikan dan itulah yang menyebabkan DS Najib mengambil pendekatan berahsia yang mengambil pendekatan serupa PM sebelumnya.


melayu, melayukulai, melayu kulai
Polisi, dasar dan pendekatan kerajaan yang diamal oleh DS Najib sehingga hari ini, jika dilihat pada mata kasar sebenarnya sudah mampu untuk memberikan impak paling positif kepada pengekalan kuasa pemerintahan BN sehingga kini. Namun tanda-tanda kepada pegumuman pembubaran parlimen masih lagi tidak dilakukan. Mungkin PM memerlukan sedikit lagi masa untuk beliau rasa berpuas hati terhadap program transformasi yang dijalankan. Terbaharu, bantuan awal persekolahan RM100 kepada murid-murid sekolah sedang berlangsung. Berdasarkan pemerhatian, program bantuan awal persekolahan ini amat disenangi oleh rakyat terbanyak walaupun ianya tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Kebanyakan ibu bapa memanjatkan kesyukuran atas limpahan rezeki yang diterima dan amat membuktikan keprihatinan kerajaan BN hari ini kepada golongan ibu bapa yang mungkin terpaksa menanggung bebanan yang cukup besar dalam menangani masalah kewangan berkaitan persekolahan. Walaupun amaun RM100 tidak begitu besar, namn ia berjaya membantu golongan ibu bapa ini untuk mendapatkan sedikit kelegaan.


Berkemungkinan juga DS Najib mahu menunggu kesan daripada program bantuan BB1M ( Baucer Buku 1 Malaysia) yang dijangka akan diagihakan dalam pertengahan bulan Februari. Mungkin DS Najib mengambilkira juga pandangan dan kegembiraan golongan mahasiswa. Tackle untuk golongan dewasa dan berkeluarga hampir selesai dan kini dalam proses menunggu respon positif daripada golongan mahasiswa yang mana golongan pengundi  dalam kalangan mereka juga cukup besar. Inilah yang dinantikan oleh DS Najib dalam memenangi hati golongan muda. Harapan MK agar bantuan BB1M ini dapat memberikan kesan positif kepada sokongan mahasiswa kepada kerajaan BN yang memerintah hari ini.

Namun disebalik semua ini, dengan pelbagai insentif kebajikan kepada golongan sasar pengundi dan bakal pengundi masa depan seharusnya, mereka yang benar-benar terlibat dengan proses pengekalan kuasa segera mengambil pendekatan bersegera untuk bersama-sama PM DS Najib berusaha untuk mengekalkan tampuk pemerintahan dengan majoriti 2/3. Jawatankuasa atau sesiapa sahaja yang diberikan tanggungjawab samada di zon peti undi tidak harus menunggu loceng dibunyikan untuk melaksanakan gerakan dan jentera seharusnya sudah sampai ke tahap 85% sekarang. Mungkin masih ada lagi yang masih alpa dan tertunggu-tunggu arahan dari pihak berkaitan. Seharusnya diingat, pihak di sebelah sudah lama menggerakkan jentera mereka dan mereka sebenarnya tidak pernah kenal erti berhenti daripada menggerakkan jentera. Usaha mereka adalah berterusan dan sebenarnya inilah juga yang harus kita lakukan untuk majoriti 2/3 mahupun lebih lagi..

MK : Jangan Tidur Lagi

Wednesday, June 6, 2012

Peperangan Politik : Bersediakah BN?

MK tertarik dengan rencana oleh Utusan Malaysia. Boleh baca sini.
Oleh Zaini Hassan

LAUTAN manusia mendengar ceramah politik, tetapi daripada segi pengaruh - pihak mana berada di hadapan sekarang?
TRANSFORMASI secara umumnya bererti berhijrah dari satu yang baik kepada yang lebih baik. Daripada dasar yang ada sekarang, diperkemaskan kepada yang lebih sempurna bagi mengejar sesuatu sasaran dan matlamat.

Sasaran dan matlamat Malaysia, di bawah Perdana Menteri Najib Tun Razak ialah melakukan program transformasi untuk menuju ke arah Wawasan 2020. Kita ada lapan tahun lagi untuk menjadi sebuah negara maju.

Meletakkan sasaran 2020 itu merupakan strategi yang cukup sempurna. Ia adalah satu wawasan terbaik yang diasaskan oleh negara ini.

Tapi bukan mudah untuk mencapainya. Untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya harus mengambil kira pelbagai aspek - kestabilan ekonomi, sosial, politik, kebudayaan dan yang paling penting ialah minda kita.

Minda bererti pemikiran, sikap, tingkah laku, kesopanan, kesusilaan, etika, adap dan lain-lain. Ia juga bererti kita harus berfikir dengan baik dan matang. Cara berfikir rakyat Singapura berbeza dengan Malaysia. Cara berfikir pegawai-pegawai kerajaannya berbeza dengan kita. Strategi strategiknya berbeza dengan kita.

Singapura ialah sebuah negara maju. Sesebuah negara maju biasanya sistemnya telah stabil. Pemikiran rakyatnya bergerak seiring dengan kestabilan sistem itu. Tujuan saya mengambil contoh republik itu adalah kerana ia sebuah negara maju yang paling hampir dengan kita.

Pemikirannya bergerak ke hadapan, bukan sebaliknya. Pemikirannya dicabar supaya berfikir ke hadapan secara kritis dan kreatif. Pemikirannya dicabar supaya melakukan eksplorasi dan penerokaan-penerokaan baru.

Eksplorasi minda harus bergerak seiring dengan transformasi minda. Berani saya katakan itulah yang dilakukan oleh pihak pembangkang, yang tidak dilakukan oleh pihak sebelah sini.

Peperangan politik juga melibatkan transformasi dan eksplorasi minda. Bukan statik. Bukan kaku. Bukan hanya bertahan, tapi menyerang.

Para pegawai strategik kerajaan, ahli-ahli politik kerajaan harus mempunyai minda sebegini. Pemikiran yang strategis yang mampu menganalisis isu, mengintepretasi serta menyerang. Bukan hanya mempertahankan atau menjelaskan isu-isu yang ditembak oleh pihak musuh.

Dalam peperangan politik atau dalam permainan sukan sekali pun, terlalu kerap bertahan atau mengalah akan membawa padah.

Saya sedih apabila melihat kita terlalu banyak bertahan daripada menyerang. Apakah kita sudah keletihan minda dan miskin idea, sedangkan kita berada di pihak yang sepatutnya menang?

Sebagai orang media saya memerhati perkembangan ini sedang berlaku. Semua kenyataan yang tersiar di media tradisional atau baru lebih kepada mempertahankan diri. Jarang-jarang kelihatan satu terjahan membunuh terhadap lawan.

Semua pihak kelihatan syok sendiri membuat kenyataan itu dan ini. Terlalu banyak pihak termasuk NGO-NGO yang sekadar mahu suara dan muka mereka kelihatan dalam media.

Sebenarnya, terlalu banyak kelemahan dan kesilapan serta kemudaratan yang dilakukan pihak pembangkang di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan yang tidak cukup didedahkan.

Kerja kita setiap hari ialah mempertahankan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak sebelah sana. Kita harus mula menyerang dari sekarang. Menanam keyakinan orang terhadap sesuatu isu mengambil masa. Jika tidak dimulakan sekarang, mungkin ia sudah terlambat.

Kita tidak boleh lagi membenarkan rakyat kita yakin terhadap tuduhan pembangkang melebihi daripada kebenaran, sehinggakan soal benar atau tidak bukan lagi menjadi persoalan.

Kita tidak boleh lagi membenarkan pemikiran rakyat yakin bahawa harga minyak akan diturunkan dalam tempoh 24 jam selepas mereka memerintah, walaupun kita tahu kenyataan itu merupakan satu pembohongan.

Kita amat-amat bimbang jika rakyat akan yakin terhadap kenyataan itu, melebihi daripada kebenaran.

Oleh itu, dalam peperangan politik yang akan berlangsung ini, kita harus bijak merangka perang saraf. Jika pembangkang menggunakan tipu muslihat, kita guna pendekatan yang lebih profesional. Setelah memerintah selama 55 tahun, semua kebaikan ada di hadapan kita. Mereka tiada.

Saya ulang, jangan biarkan rakyat menerima keyakinan sebagai kebenaran, walaupun ia satu pembohongan.

Tindakan Amerika Syarikat, misalnya mengumumkan untuk meletakkan armada laut serta logistiknya di rantau ini telah mempengaruhi emosi China. China sudah menarik kening, melihatkan pergerakan itu, walaupun Amerika tidak bermaksud mahu berperang. Ternyata Amerika berfikiran ke hadapan.

Kita sepatutnya sudah bersedia untuk menyerang dan bersiap siaga menerima serangan balas yang sudah dirancang. Serangan balas itu sepatutnya ialah satu pukulan maut.

Saya pasti kita ada strategi itu.Peperangan Politik

Friday, May 18, 2012

Majlis Peguam : Realiti dan fantasi

MK agak tertarik dengan perkembangan yang berlaku melibatkan peguam dan profesion peguam di Malaysia mutakhir ini. Isu ini juga melibatkan tahap profesionalisma dan tatacara amalan guaman yang menjadi pegangan peguam. Isu berkaitan deklarasi Majlis Peguam terhadap Perhimpuan Bersih 3.0 rupa-rupanya telah mengheret Majlis Peguam yang sehingga 28 April 2012 sebagai sebuah badan yang masih berbaki sisa-sisa integritinya.

Isu Majlis Peguam telah mengheret perdebatan dan polemik yang bukan sekadar cakap-cakap tepi sahaja malah telah menjadi bualan ilmiah sebahagian besar warga yang terlibat dengan majlis Peguam mahupun tidak. Dengan EGM Majlis Peguam yang dikatakan tidak cukup korum tetapi telah mengeluarkan deklarasi mengutuk kerajaan dan PDRM seolah-olah merekalah golongan yang paling benar sebenar-benarnya dan tidak ada lain melainkan benar.

Pertama, ramai pihak dari golongan yang bukan peguam melihat Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee agak bias dengan prejudis dan seolah-olah membawa Majlis Peguam kepada suatu pandangan serong terhadap usaha kerajaan mengekalkan keamanan. Pandangan serong Majlis Peguam yang MK rasakan sebenarnya adalah pandangan presiden sendiri membuka pekung dan memberikan sokongan terbuka kepada parti pembangkang. Nada dan kenyataan sinisnya jelas membuktikan bahawa presiden dan sebahagian besar ahli Majlis Peguam yang hadir EGM adalah pro kepada pembangkang.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Majlis Peguam tidak lagi neutral dan berkecuali kepada hal-hal kepartian di Malaysia. Golongan yang merasakan diri mereka cukup pandai dan begitu memahami undang-undang dan perlembagaan tidak dapat menyorokkan lagi topeng diri yang dipakai selama ini. Terbuka, terdedah dan keluarlah segala urat dawai pegangan dan ideologi politik. Tidak sepatutnya pandangan skeptikal begini ditunjukkan oleh Majlis Peguam disaat kepercayaan orang ramai terhadap profesion peguam masih bersisa baki. Adakah mereka tidak kisah lagi dengan pandangan umum yang melihat betapa buruk dan jijiknya perangai peguam yang kononnya mendabik dada sebagai pejuang perlembagaan. Buka sebagai peruntuh, mereka seharusnya mendokong perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Rasanya belum pernah berlaku di mana-mana negara lain, suatu badan perundangan yang memiliki mentaliti dan berpersepsi sebegini dalam mendokong nota amalan peguam yang bertunjangkan kepada keihkasan dan kebenaran.

Amaran Nazri Aziz untuk menubuhkan suatu lagi badan kehakiman yang bebas dan mewakili segenap peguam yang ada di Malaysia ditentang keras oleh Majlis Peguam. MK ingatkan mereka tidak tercabar, rupanya mereka juga sama seperti pengamal profesion yang lain. Mungkin mereka agak bimbang kewujudan suatu badan lagi bagi mengimbangi peranan mereka akan meletakkan mereka ditahap yang lebih rendah. Kenyataan Tun mahathir berkaitan perkara yang sama juga memberikan suatu tekanan kepada Majlis Peguam. untuk menolak cadangan tersebut.

MK percaya, bukan setakat MK sahaja yang sudah tidak mempercayai kewibawaan Majlis Peguam, malah sebahagian besar rakyat turut sama tidak memberikan persepsi yang baik kepada Majlis Peguam. Bukan salah MK dan ramai lagi rakyat berpandangan begini, Majlis Peguam harus melihat kembali peranan, tanggungjawab, persepsi, prejudis dan bias yang telah mereka bina selama ini di mata kami. Adakah Majlis Peguam fikir, hanya mereka sahaja yang mempunyai hak di negara ini. Jika nak bercakap soal hak, ketepikan dahulu jawatan dan peranan anda sebagai ahli Majlis Peguam. Tidak guna untuk menegakkan benang yang basah dan memperkatakan hak. Kalau mereka kata mereka ada hak untuk menuntut pihak kerajaan dan PDRM memohon maaf atas apa yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0, kami sebagai rakyat biasa juga menuntut hak kami untuk anda memberikan suatu sumbangan yang baik kepada proses demokrasi di Malaysia yang menjadi tanggungjawab Majlis Peguam.

Jangan jadi suatu badan yang memalukan kami sebagai rakyat dan cuba meletakkan diri anda sebagai hero. Sori, kami tidak perlukan hero seperti kamu.

Sunday, January 29, 2012

Chingay

Sempena masih ada lagi suasana CNY, mari kita tengok-tengok gambar tentang chingay. Bukan kerana MK sangat tertarik dengan kemahiran pemain-pemain chingay ini mengawal buluh dan bendera. Juga bukan kerana MK suka nak bagi promo percuma untuk mereka.

Cuma MK ternampak perkataan chingay. Mungkin perkataan ini tak ada kaitan langsung dengan aktiviti LGBT, atau kegemaran kaum nabi Lut ini iaitu gay, juga tak ada kaitan dengan perkataan omegay mahupun buku jinggay. Dan ada pembaca pula, jangan sangka yang bukan-bukan yer bila melihat perkataan chingay.





Wednesday, June 15, 2011

RON 97 turun 10 sen



MK ucapkan tahniah kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional.
Kerajaan memutuskan menurunkan harga RON 97 sebanyak 10 sen mulai 12 tengah malam ini. Tak lupa juga penguatkuasaan melarang pemegang Mykad untuk mengisi petrol RON 95 bagi kenderaan berplat luar negeri. Motorsikal pula tidak ada larangan dan masih boleh membeli dengan mendapatkan subsidi.

Walaupun MK bukanlah pengguna RON 97, MK cukup gembira dengan penurunan harga minyak ini. Bersesuaian dengan penurunan crude oil dunia, langkah bijak telah diambil. Bukan sahaja janji pembangkang menurunkan harga minyak, kerajaan UMNO BN telah mendahului...dah lama dah mendahului dalam menjaga kebajikan rakyat.

MK : Puashati

Tuesday, June 14, 2011

9 lagi inisiatif bawah ETP babit pelaburan RM2.77b : Anda rasa apa-apa ke?

pix_gal0

Bangga sungguh MK bila DS Najib mengumumkan 9 lagi inisiatif di bawah ETP. Ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO Barisan Nasional ini sentiasa berusaha untuk menambahbaik bidang-bidang tertentu yang menjadi keutamaan peningkatan kebajikan kepada rakyat.


Inisiatif ini dijangka dapat menjana pelaburan RM 2.77 billion yang akan menjana pendapatan negara kasar RM 18.67 billion dan mewujudkan 36, 595 peluang baru. Ini baru betul kerajaan yang membela rakyat.


Namun disebalik gah nya berita seperti ini, MK kadang-kadang tertanya-tanya di dalam hati, siapa sebenarnya yang benar-benar menerima faedah daripada berita baik seperti ini. Golongan manakah sasaran bagi semua inisiatif ini. Adakah golongan marhaen seperti MK ini akan mendapat faedah terus atau sekurang-kurangnya mendapat tempiasnya.


Untuk tidak berburuk sangka kepada kerajaan, MK mengharapkan MK akan menerima tempias daripada pelbagai inisiatif yang diwujudkan. Mudah2an inisiatif ini benar-benar sampai kepada golongan sasaran dan tidak berlakunya ketirisan. Maklumlah...jumlah inisiatif yang diumumkan cukup besar sebenarnya dan sekiranya berlaku ketirisan, amatlah malang bagi kerajaan kerana sebahagian inisiatif ini akan hanya dinikmati oleh golongan tertentu sahaja.


MK : Bangga dengan PM, UMNO Barisan Nasional.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana