Daripada sekian 222 kerusi sudah diperuntukan untuk parti komponen berdasarkan perkiraan dan persetujuan sesama komponen BN. Agak menghairankan bagaimana beberapa parti komponen boleh mengeluarkan kenyataan akhbar menyatakan mereka sudah memohon beberapa kerusi tambahan untuk mereka berdasarkan kepada perkiraan mereka boleh memenangi kerusi yang mereka namakan untuk diberikan kepada mereka. Kayveas misalnya tidak berasa segan dan silu untuk menyatakan mereka yakin menang di beberapa buah kerusi parlimen.
Sebagai perbandingan, UMNO menang di 104 kerui parlimen pada pru 2004 dan sudah boleh membentuk majoriti mudah barisan kepimpinan Melayu pada masa itu. Keadaan ini juga sebenarnya membolehkan UMNO menguasai tampuk pemerintahan. Alangkah indahnya jika kita dapat melihat bahawa pada 2004 kesemua menteri, timbalan menteri dan s/u parlimen adalah di kalangan Melayu UMNO. Wow....memang hebat..tapi ianya tidak menjadi kenyataan.
Pada PRU 12, UMNO hilang beberapa kerusi dan tinggal 79 kerusi parlimen sahaja. Kuasa Melayu agak goyah ketika ini. Tapi itu bukan bermakna bahawa UMNO semakin lemah dan Melayu semakin hilang kuasa. Walaupun sekadar 79 kerusi, UMNO masih merupakan parti dominan dalam BN.Untuk rekod, UMNO masih bertanding di jumlah kerusi yang sama pada pru 11 dan pru 12.
Keruncingan kuasa seperti ini telah membuatkan beberapa parti komponen BN mulai merasa bahawa kekuatan UMNO semakin berkurangan. Rentetan daripada inilah mereka dengan beraninya menuntut beberapa kerusi tambahan untuk mereka.
MK tidak rasa mereka menuntut kerusi daripada kpmponen lain. Mereka sebenarnya sedang mencabar UMNO dan Melayu termasuklah PM untuk bermain tarik tali .Dengan bilangan kerusi parlimen yang tidak bertambah, permohonan tambahan kerusi bermakna mereka mencabar kerusi tradisi UMNO. Sudahlah kerusi tidak bertambah, yang ada semakin diminta-minta. Parti komponen BN yang ada perlu ingat dan sedar diri terutamanya PPP. Mereka menuntut jumlah kerusi yang tidak munasabah. Mereka menyatakan bahawa mereka dahulu memenangi banyak kerusi parlimen. Mereka kena ingat, ketika menang kerusi dahulu, mereka siapa. PPP adalah pembangkang pada masa itu, Sejarah ini tidak boleh diubah. jangan ingat Melayu sudah lupa siapa mereka. Sori brader. Baru bersekutu dengan BN dah mula nak tunjuk besar kepala walaupun dalam nada yang lembut. Tak lama lagi KIMMA pulak yang akan menuntut kerusi parlimen,makin lama makin banyak. Lama-lama apa yang tinggal untuk Melayu UMNO. Tinggal asap sahaja.
Bukan masanya lagi untuk UMNO dan Melayu berada pada situasi menang-menang. Mungkin sudah tiba masanya kita kena lakukan dan fikirkan untuk situasi menang sahaja. Mungkinkah boleh?
