Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

PAS : Lebih baik jauhkan diri daripada Pakatan Rosak






Melayu Kulai amat tertarik analisis politik yang dinyatakan oleh Jamhariah Jaafar di Berita Harian. Klik sini. Mari kita sama-sama renungkan apa penjelasan kepada ingatan DS Najib kepada PAS.


Sanggup gadai prinsip jadi pak angguk kepada pihak tentang penubuhan negara Islam

PEMIMPIN tertinggi Parti Islam Semalaysia (PAS) bukan saja menolak pelawaan UMNO untuk menyertai Barisan Nasional (BN) bagi penyatuan agama, bangsa dan negara, malah secara rasmi menghalalkan kerjasama dengan DAP atas nama tahalul siyasi (kerjasama politik) yang didakwa dibenarkan Islam dan tidak menggadaikan prinsipnya untuk mewujudkan negara Islam. 

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, nyata sengaja melupakan kenyataan pemimpin veteran DAP, Karpal Singh, supaya Pas ‘langkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan negara Islam’.

Sebaliknya, melabel kerjasama politik antara UMNO dengan MCA dan MIC sebagai menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam’ sejak puluhan tahun memerintah.
Ramai bangsa Melayu berasa terpukul dengan kenyataan Hadi yang sadis ini. Nyata ulama ini amat taksub dalam perjuangan politiknya untuk menumbangkan UMNO, sehingga mengetepikan dan memandang buruk semua usaha untuk berbaik antara parti sesama agama dan bangsa. 

Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, meminta PAS menarik diri daripada kerjasama dengan DAP yang langsung tidak menghormati perjuangan menegakkan keagungan Islam, apa lagi untuk membenarkan PAS menubuhkan negara Islam. 

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP. Ini merugikan kita (umat Islam), jangan sebut mengenai perjuangkan Islam, tinggalkan DAP. 

“Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan UMNO, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang,” kata Najib di Kuala Terengganu, baru-baru ini. 
Sebenarnya bukan saja Najib berasa bimbang terhadap sikap biadap DAP ke atas Islam, tapi kebimbangan turut menular di hati pejuang Islam lain apabila pimpinan parti itu terang-terangan menentang usaha penubuhan negara Islam, apa lagi selepas melihat cara ia mengurus orang Melayu di bawah pentadbiran negeri Pulau Pinang. 

Tindakan DAP membakar semangat bangsa Cina supaya tidak mengundi Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO, turut menjadi bukti hala tuju parti itu dalam usaha mereka menawan Putrajaya. 

Pemimpin DAP juga tidak segan-segan untuk menjilat ludah mereka dalam usaha mencapai apa yang mereka idamkan. 

Karpal antara paling lantang mengkritik PAS suatu masa dulu kerana mahu mewujudkan negara Islam dan kenyataannya – ‘langkah mayat aku dulu’ – sudah pasti tidak akan dilupakan setiap umat Islam negara ini. 

Karpal juga antara pemimpin DAP yang pernah mendedahkan kegiatan tidak senonoh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 1997, tapi kini dia pula menjadi peguam bela bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang turut pernah dimaki kerana berbohong mengenai usaha menawan Putrajaya pada 16 September, 2008. 

Ini adalah hakikat mengenai pemimpin DAP bernama Karpal Singh yang tidak boleh diubah sesiapa pun. Dia adalah musuh perjuangan Islam paling utama. 

Justeru, tindakan Hadi menghalalkan kerjasama politik dengan DAP, malah berkata ia tidak menggadaikan prinsip Islam adalah keputusan yang amat mengaibkan pejuang Islam terutama ulama PAS yang membiarkan pemimpin mereka melakukan apa saja demi mencapai cita-cita politik. 

Tidak ada siapa yang boleh mendakwa UMNO sebagai parti tonggak Melayu dan Islam, gagal dalam melaksanakan pentadbiran Islam kerana usaha memperkasakan Islam dilakukan setiap masa. 

“UMNO sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan UMNO. PAS sebaliknya boleh mengetepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik,” kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Justeru, tidak salah jika ahli PAS menerima nasihat Perdana Menteri supaya menilai semula kerjasama dengan DAP. 

Seperti kata Najib, PAS tidak perlu menyertai UMNO sebalik sudah cukup baik jika boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai perjuangan agama, bangsa dan negara. 

Hadi menyifatkan nasihat Najib itu sebagai janggal dan aneh kerana baginya PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan UMNO dan BN yang didakwa melakukan kezaliman. 

“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama dengan pembangkang (DAP dan PKR) dibina dengan berpegang kepada dasar saling membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” katanya. 

Kita mahu tahu di mana UMNO dan BN tidak adil dan zalim? Adakah semua ahli PAS tidak mampu mencari rezeki yang halal di negara ini, adakah mereka tidak dibenarkan berjuang untuk parti, adakah masjid ditutup untuk mereka, adakah suara dan kritikan pemimpin mereka disekat daripada disebarkan? 

Sudah tiba masanya, ahli PAS membuat pendirian mengenai hala tuju umat Islam negara ini. Jika pemimpin PAS menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menjadi ‘pak angguk’ kepada BN, ahli PAS juga tidak boleh terus menjadi ‘pak angguk’ untuk menerima apa saja keputusan dan dasar yang digariskan pemimpin tertinggi mereka. 

Tuesday, February 1, 2011

Kemenangan di Tenang buktikan sokongan kepada BN semakin meningkat

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah


Penulis suka nak buat perbndingan berkaitan PRK Tenang. Kedua-dua analisa ini memberikan perspektif berbeza  daripada pandangan politik.


Analisis pro-kerajaan di bawah boleh dibaca di sini.

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N5) kelmarin memberi impak moral yang besar kepada jentera pilihan raya BN dan parti yang menganggotainya. Kelebihan undi majoriti 3,707 calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, ke atas calon PAS, Normala Sudirman berbanding 2,492 pada Pilihan Raya Umum 2008, jelas membuktikan sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat. Selain undi Melayu khususnya dari kawasan FELDA dan kampung tradisi yang menjadi sandaran, undi kaum Cina dan India turut membantu meningkatkan majoriti BN. Daripada 12 saluran peti undi yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 11 peti undi dimenangi calon BN. Peti undi kawasan majoriti kaum Cina yang menjadi kubu kuat PAS pada pilihan raya umum lalu berjaya ditembusi BN iaitu masing-masing peti undi Labis Timur dan Labis. Bagi peti undi Labis Timur, BN meraih 669 undi, manakala PAS (632 undi), sementara peti undi Labis, BN mendapat 400 undi dan PAS (336 undi). Bagaimanapun, BN tewas pada satu-satunya peti undi iaitu bagi kawasan majoriti kaum Cina iaitu di Labis Tengah dengan 365 undi, manakala PAS mendapat 851 undi. Walaupun majoriti undi BN yang diraih bagi dua peti undi terbabit kecil, masing-masing 37 dan 64 undi, ia sekurang-kurangnya membuktikan bahawa sudah ada perubahan pengundi Cina untuk kembali menyokong BN. Peningkatan undi kaum Cina di DUN Tenang cukup signifikan kerana ia juga boleh dijadikan petunjuk bahawa komuniti itu mula menerima corak pentadbiran yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terutama gagasan 1Malaysia dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kita percaya BN kembali diterima rakyat semua kaum berbanding beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, seperti di Parlimen Hulu Selangor dan Bukit Gantang dengan majoriti pengundi Cina tidak mengundi BN. 

          Justeru, kita melihat sudah ada perubahan positif dalam kalangan pengundi Cina dan India untuk menyokong BN. Mereka sebenarnya lebih rasional dalam melihat sesuatu isu dan tidak terkongkong kepada isu perkauman semata-mata. Walaupun sentiasa disogok dan dimomokkan oleh DAP dan PAS dengan isu perkauman seperti dakwaan bahawa kaum Cina dipinggirkan kerajaan BN, namun mereka sebenarnya dapat melihat sesuatu isu itu secara lebih terbuka dan tidak mudah diperkotak katik. Yang jelas mereka tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan propaganda keterlaluan oleh DAP yang boleh menghancurkan keharmonian negara yang sudah dipupuk sejak sekian lama. Pengundi bukan Melayu di Tenang juga sebenarnya menolak dasar perjuangan PAS yang tidak konsisten. Ketika pemimpin PAS tidak membangkitkan isu pembentukan negara Islam di hadapan pengundi bukan Melayu-Islam, pada masa sama mereka berkobar-kobar akan melaksanakan undang-undang Islam dalam kalangan orang Islam di negara ini. Pengundi bukan Melayu tentunya dapat melihat kepincangan dasar perjuangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang sama ada dasar DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kita percaya jika bukan Melayu tidak mengundi BN sebelum ini, tentu ada alasan yang menyebabkan mereka berbuat begitu.







Baca pulak analisis ini oleh paschabau...klik sini


LABIS, 31 Jan: Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.Pada jam 11 pagi ketika para pelancong politik, petugas dan pengundi bersesak di jalan menuju ke kampung dan Felda Tenang kerana banjir, siren petugas kecemasan kerajaan bingit meminta laluan diberikan kepada mereka untuk membawa bot ke sana.Antaranya bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat bergegas di bawa ke sana.

Namun usaha ini tidak berlaku di kawasan pengundi Cina. Ini menyebabkan, kenaikan mendadak peratus mengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina.Hasilnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.Ia berlaku apabila jumlah pengundi Melayu dinaikkan kepada 81 peratus iaitu kenaikan 2 peratus berbanding sebelum ini sedangkan jumlah pengundi Cina jatuh 18 peratus manakala India jatuh 23 peratus.Kawasan undi Kampung Redong sahaja berjaya dinaikkan 11 peratus kepada 80 peratus berbanding sebelum ini hanya 69 peratus.
Felda Chemplak naik 6 peratus kepada 88 peratus manakala di Felda Tenang naik 6 peratus kepada 86 peratus.

Peratusan ini adalah berdasarkan analisa peratusan keluar mengundi yang dibuat oleh Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Undi Cina dan India
Kerana sikap pilih kasih dan bias fokus alat kerajaan untuk kepentingan BN ini, peratusan pengundian di kawasan Cina jatuh teruk. Ia ditambah pula dengan suasana sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba. Mereka bimbang untuk meredah banjir dan hujan kerana takut demam atau cedera menjelang sambutan itu.

Hasilnya, peratusan keluar mengundi Cina jatuh 18 peratus iaitu kepada 54 peratus sahaja. Namun begitu, peratus undi untuk PAS kekal iaitu 64 peratus.

Peratusan keluar mengundi untuk Labis hanya 50 peratus, Labis Tengah 72 peratus, Labis Timur 67 peratus manakala Tenang Station hanya 51 peratus.

Kawasan yang paling teruk terjejas akibat diskriminasi ini adalah pengundi India apabila hanya 39 peratus sahaja pengundi mereka turun iaitu turun sebanyak 23 peratus.

Pada jam 3 petang semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menangguhkan pilihan raya ini kerana ramai yang tidak boleh kelauar akibat banjir ini.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Namun begitu, selepas pengumuman dibuat, seorang lagi naib presidennya yang juga pengarah pilihan raya ini, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima keputusannya buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terjejas teruk oleh banjir yang melanda beberapa pusat pengundian di Tenang hari ini.

Kataya, banjir telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

Kejayaan PAS
Namun begitu, dengan kekalahan ini PAS masih berbangga dengan beberapa perkara termasuk menyelesaikan persepsi yang cuba dibina oleh Umno selama ini kononnya PAS berkawan dengan DAP yang anti Islam.

Pilihanraya ini membuktikan, MCA sebenarnya yang anti Islam bahkan tidak cuba langsung mendekati dan memahami Islam.

"What is so great about knowing Muslim values?" (Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?)" kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Sebelum itu, beliau menghina calon PAS, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya dan juga memakai sarung tangan untuk membolehkan beliau bersalama dengan mereka.

Ekoran itu pelbagai pihak telah mempertikaikan Soi Lek sehingga Mufti Perak sendiri meminta beliau memohon maaf kepada orang Islam kerana penghinaannya itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyeru seluruh jentera parti PAS untuk menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu Barisan Nasional.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bilamana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ianya termasuk kawasan Felda,” kata Tuan Ibrahim yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di pilihanraya kecil Tenang.

Calon PAS, Normala Sudirman tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakalah Azahar memperolehi 6,699 undi dengan peratusan keluar mengundi hanya 66.7 peratus.

Jentera Pakatan Rakyat berjaya mengekang majoriti BN naik kepada melebihi 5000 undi sebagaimana yang disasarkan BN.



MK kata: hamPAS dah hilang sokongan kecuali di pencacai tegar sahaja. Post mortem dibuat tapi strategi yang digunakan sama aje dan tak ada improvement...Pergi jahanam sama hamPAS..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana