Showing posts with label Oh Melayu. Show all posts
Showing posts with label Oh Melayu. Show all posts

Monday, January 2, 2012

Melayu Tak Sedar Di Untung


Berbaring di atas jalan raya. Budaya mana agaknya yang diikuti mereka ini.


Kerosakan harta benda milik orang lain. Mak bapak sendiri punya pandai pulak nak jaga elok-elok.


Perasaan menjadi tak keruan. Fikiran berkecamuk melihat gelagat budak-budak Melayu yang selama ini diharapkan menjadi pewaris bangsa.
Melihat foto dan membaca kronologi demonstrasi haram mahasiswa dan mahasiswi Melayu di pintu pagar UPSI sebenarnya menerbitkan satu perasaan tidak senang dalam diri.
Adakah ini intelektual Melayu yang mahu dihasilkan oleh generasi Melayu hari ini. Jika kita melihat kepada 'kebearnian' mereka untuk melakukan tindakan paling bodoh dalam sejarah pendidikan Melayu amat membimbangkan. Sememangnya kalau ditelunsuri peristiwa ini, sebenarnya ianya adalah saling tak tumpah dengan apa yang pernah dilakukan oleh ketua pembangkang kira-kira 40 tahun dahulu. Replika inilah yang sedang dicetkkan dalam pemikiran anak muda kita hari ini.
Adakah ini juga bermakna, pemimpin pelajar yang sangat 'berani' juga suatu hari nanti akan terjebak dalam situasi seperti idola mereka hari ini. Pertuduhan demi pertuduhan akan dihadapi dan helah yang sentiasa dicari untuk menyebarkan kononnya mereka ini dianiayai. Kalau inilah keadaannya....sudah pasti generasi mahasiswa/wi ini akan berantakan pada masa akan datang.

Keberanian yang membabi buta mahasiswa/wi kita hari ini sudah pasti memberikan konotasi yang tidak elok kepada sebilangan besar kita dan boleh menyebabkan 'label' bodoh bangang kepada keseluruhan institusi pendidikan Melayu dan mahasiswa/wi Melayu.

MK amat berterima kasih dan menghargai tindakan yang telah dilakukan oleh pihak keselamatan. Biarlah pihak keselamatan dituduh dengan pelbagai tohmahan, dan MK mengharapkan agar kebenaran akan muncul jua suatu hari nanti. Dasar pencegahan adalah lebih baik dengan sekadar beretorik untuk memperbaiki. Alangkah indahnya juga sekiranya masih ada ISA. Sumbatkan sahaja mereka yang terlibat dalam kes ini di Kemunting. Tahniah untuk pasukan keselamatan.

Lebih membimbangkan...apa agaknya nak jadi dengan mereka yang terlibat dalam demonstrasi ini. Terjerit terlolong macam beruk kena belacan...di pagi hari. Waktu yang sepatutnya adalah waktu rehat untuk semua.

MK kata : memang bodoh bangang mereka ini.

Thursday, July 21, 2011

Lelaki Misteri?

Kenalkah anda pada wajah lelaki di bawah ini.

Mungkin sebahagian besar daripada kita kenal dengan lelaki ini. Lelaki ini cukup hebat namanya di Malaysia.
Namun bukan semua daripada kita mengenali beliau sebaik daripada kita mengenalinya. Mungkin ramai daripada golongan muda apabila ditanya tentang lelaki ini, pastinya mereka menjawab 'entah'.

Mari kita buat sedikit analisis tentang lelaki ini. Apakah yang patut dilakukan oleh beliau dalam lingkungan umur sepertinya.

1. Beliau patut lebih banyak menghabiskan masanya untuk beribadah dengan membanyakkan istifar dan mengelakkan diri daripada melakukan kerja-kerja bodoh yang menampakkan ketidak berapa pandaian beliau.
2. Beliau sepatutnya lebih banyak menghabiskan masa untuk menulis secara serius. Idea dan pandangan beliau rasanya lebih berisi dan berapi dalam bentuk novel ataupun satira.
3. Dulu beliau pernah melakukan mogok seni. Waduh-waduh...sekarang sudah bertukar pulak...daripada mogok secara individu dan tidak menyusahkan orang lain kepada satu bentuk ekspresi yang memalukan dan memualkan.
4. Duk rehat-rehat kat rumah...layan cucu pun baik jugak.

Pandangan anda pula? Silalah berikan komen.

Tuesday, April 12, 2011

DNA Telur dan DNA ANUwar



Heboh satu Malaysia apabila dikatakan kewujudan telur tiruan yang dijual di pasaran. Laporan CAP ( Persatuan Pengguna Pulau Pinang) berkemungkinan wujudnya telur tiruan ekoran daripada beberapa aduan dan rungutan pengguna yang mendapati telur yang dibeli agak pelik.

Muktahir daripada ujian yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia mendapati tidak wujudnya telur tiruan dan tiada telur sebegitu yang di jual di pasaran Malaysia namun begitu di China telur tiruan sememangnya dibuat untuk dijual kepada pengguna. Ujian DNA yang dijalankan menunjukkan protin telur yang dikatakan tiruan adalah merupakan telur yang mengalami kecacatan.

Menarik bukan apabila telur yang dikatakan tiruan diambil sampelnya dan di uji DNA bagi mengelakkan rakyat Malaysia termakan telur tiruan yang tidak sah DNAnya.

Namun begitu. berbeza dengan Ketu Pembangkang...susah benar nak dapatkan DNAnya secara HALAL..

Alahaiiii....DNA telur pun boleh diuji, kenapa tak nak berikan DNA agaknya. Sehingga menimbulkan rasa tidak tenteram kepada rakyat kebanyakan.

MK Kaata: DNA ohhhhh DNA

Sunday, March 6, 2011

PRK Kerdau Merlimau : Melayu vs Melayu

Melayu vs Melayu : Balaci betul parti hamPAS. Fikir dia aje
yang betul dia aje yang pandai...poooodah
Memang dasar kaki gaduh
     PRK Merlimau dan Kerdau telahpun melabuhkan tirainya sebaik pengistiharan pemenang bagi kedua-dua kerusi diumumkan.
     Tahniah untuk BN (Baca UMNO) parti keramat orang Melayu. Sesungguhnya terbukti sudah bahawa UMNO sememangnya berjuang untuk survival Melayu.Kemenangan BN di kedua-dua PRK memberikan makna bahawa     orang Melayu sudah menerima semula UMNO sebagai pembela nasib bangsa.Keyakinan sebahagian besar umat Melayu kepada kepimpinan UMNO menerajui negara semakin meningkat. Kemerosotan undi dalam PRU12 pada tahun 2008 berkebarangkalian besar adalah merupakan undi protes. Namun ketidakpuasan hati ini nampaknya terubat juga dek kebijaksanaan DS Najib membeli semula hati-hati orang Melayu yang tercalar sebelum ini. Alhamdulillah.
     Sepanjang pengamatan MK samada di media arus perdana mahupun blog-blog, memang nampak meriah kedua-dua PRK ini. UMNO ingin membuktikan bahaw ianya masih diterima dan relevan sebagai parti orang Melayu terbesar. hamPAS juga begitu, tapi hanya sekadar untuk mengurangkan majoriti sahaja (Baca Bebal punya prinsip). Tiada tujuan lain dn bukannya untuk membela Islam dan Melayu.hamPas seumpama menghantar leher untuk dijerut. Dengan lain perkataan, padan muka untuk hamPAS.
Namun,
Apa yang MK nampak dikedua-dua PRK ini, entah dimana silapnya atau sememangnya satu strategi - ketiadaan jentera parti yang gagah daripada parti-prti cina untuk membantu. Baik untuk UMNO mahpun untuk hmPAS. Mungkinkah PRK ini tidak begitu menarik perhatian golongan ini ataupun mereka beranggapan sudah tak perlu lagi membantu kerana fokus mereka adalah PRU13. Mungkin.
Insiden kekecohan yang dicetuskan oleh jentera hamPAS semasa memberikan sokongan kepada calon mereka amat memualkan. Beginilah rupa ahlul bahalul sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Dengan kebanyak si balul berkopiah putih...namun menunjukkan sikap dan perilaku yang menjelikkan mata memandang. Golongan yang ekstrimis yang suka mencetuskan provokasi dan kaki gaduh amat memalukan. Tak nampak pulak MK jentera parti DAP yang chauvinist tu. Melayu sahaja yang ada dan sangup menjadi balaci. Mana yang dikatakan persepakatan dalam Pakatan HaramJadah tu.

MK kat: Ingatlah Melayu, orang lain tidak berminat sebenarnya untuk memartabatkan Melayu.

Sunday, October 31, 2010

PRK Galas

Penulis sebenarnya tidak begitu gembira nak menulis tentang PRK Galas. Namun begitu sesuatu yang istimewa dan mengujakan menyebakan penulis terpanggil untuk mengulas bab PRK Galas ini.

Melayu vs Melayu

Calon yang bertanding di PRK Galas, kedua-duanya Melayu. Apa yang kita boleh fikirkan apabila melihat Melayu bertempur dengan Melayu. Rasanya dari aspek calon yang diketengahkan tidak banyak serangan berbentuk peribadi sesama mereka demi untuk menjaga aib dan maruah diri sebagai calon. Namun apa yang paling ketara, apa yang dilakukan oleh jentera parti untuk menarik sokongan pengundi. Lihat sahajalah poster, banner, flyers, tulisan-tulisan nukilan penyokong kedua-dua parti malah lihat sahajalah gelagat pemimpin parti yang bertanding.

Adussss...Melayu lawan Melayu.

Tentu banyak kebobrokan akan didedahkan. Stategi menikam sesama calon sudah pasti menjadi senjata paling ampuh untuk menarik perhatian pengundi. Jika benar ini yang berlaku, alangkah malangnya orang Melayu. Kata kesat, nista, tohmahan, tuduhan malah fitnah berleluasa dan ianya adalah sangat pasti juga di lakukan oleh Melayu.

Melayu Kulai: Bilakah agaknya Melayu akan bersatu dan menikmati kehidupan Islam yang harmoni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana