Beberapa hari lepas, kita semua tentu perasan dengan kemeriahan sambutan CNY 2012. Bagi MK yang tinggal di Kulaijaya, tepat jam 12 malam...MK rasa macam berada pada zaman peperangan. Bunyi mercun dan bunga apa berdentam dentum sepanjang malam. Rasa seronok ada, rasa takut ada. Seronok bila melihat percikan bunga api yang berwarna warni...dan pastinya bunga api yang dibakar bukan daripada jenis bunga api cap ayam. Sudah tentu bunga api jenis mahal dan kemungkinan berharga sekitar RM100 untuk sekali bakar. Rasa takut pula bila mengenangkan, manalah tahu boleh berlaku kebakaran yang mungkin akan mengakibatkan kerosakan harta benda mahupun nyawa.(Terkini di Sabah...seorang pemuda mati dengan mukanya hancur dipercayai akibat letupan bunga api di bahagian mukanya).
Agaknya suasana sebegini adalah biasa bagi masyarakat di negara lain. Iraq, Palestin, Mogadishu dan lain-lain tempat yang dilanda perang baik perang saudara mahupun perang bukan saudara. Baik untuk menguatkan cengkaman kekuasaan mahupun berhadapan dengan penceroboh yang mahukan kedaulatan negara. Memang menakutkan sekiranya ini berlaku di tanahair tercinta. Bunyi tembakan, pengeboman dan jeritan kesakitan mahupun ratapan kematian sememangnya perkara biasa bagi mereka. Mereka hanya pasrah...yang tidak merasai hari ini, mereka bersedia untuk masa depan menghitung nasib mereka sendiri. Bagi MK, perkara seperti ini diharapkan hanya menjadi tatapan di media sahaja dan bukan berlaku secara live. Minta dijauhkan.
Tapi MK bukan mahu bercerita tentang ini. MK ingin mengajak anda pembaca mengimbas apa yang berlaku pada CNY. Lebih tepat lagi beberapa hari, atau beberapa minggu atau beberapa bulan sebelum tibanya CNY.
Mari kita sama-sama lihat apa implikasi CNY kepada orang Melayu. Bagi bangsa yang menyambut CNY sudah tentu mereka sangat gembira dan percaya tuah mereka akan lebih baik pada tahun naga air ini. Adakah tuah dan nasib orang Melayu juga turut sebaik dan sebertuah mereka.
MK cuba menelunsuri kepada impak barang-barang keperluan. Samada yang kita semua gunakan mahupun sebahagian daripada kita menggunakan dan juga mengambil kesempatan.
1. Barang keperluan makanan contohnya ayam.
Harga ayam sebelum CNY mencatat harga yang agak rendah berbanding beberapa minggu dan bulan sebelumnya. Harga di Econsave pernah mencatatkan RM3.99 bagi sekilo. Murah, bolehlah borong banyak-banyak bagi yang memiliki freezer besar.
Hari ini, selepas beberapa hari CNY, harga ayam melonjak naik, dan MK akan terus naik dan naik seperti tahun-tahun sebelumnya sehinggakan menimbulkan rungutan yang banyak di kalangan pengguna.
2. Barang mewah - emas, perhiasan
Sedar atau tidak, semasa bulan Ramadhan yang lalu...harga emas telah 3 kali dinaikkan oleh FGJAM (badan yang terdiri daripada pengilang dan peniaga emas). Tahukah anda bahawa harga emas telah turun dengan banyak dalam tempoh 2 bulan sebelum CNY sehinggalah CNY.
Apa yang berlaku adalah...walaupun harga emas naik berkali kali ketika umat Islam bersedia menyambut hari kebesaran....Umat Islam di Malaysia berbondong-bondong membeli barang kemas perhiasan. Jika di lihat senari masa itu, golongan bukan Melayu tidak berbuat sepertimana orang Melayu lakukan. Mereka hanya melihat kegilaan membeli perhiasan, mereka hanya tersenyum dengan ketidakbijaksanaan orang Melayu.
Baru-baru ini, harga emas turun menggila sebelum CNY...mereka membuat pelaburan dengan banyak membeli logam berharga ini. Bijak, memang bijak.
Dan MK rasa, tidak lama lagi harga logam ini akan terus naik dan naik dan naik sehinggalah ke saat AidilFitri. Kita tunggu dan lihat.
Mereka untung membeli ketika harga murah, kita pun 'untungggg' membeli ketika harga mahal.
Mari kita menelunsuri di sebalik pegangan kek ekonomi Malaysia. Kartel mereka memberikan kemudahan dan keistimewaan untuk mereka mendapatkan pelbagai barangan dengan harga murah di saat mereka memerlukan manakala kita tidak dapat memahami apa yang berlaku di sekitar kita dan kita selalunya kalah dalam game ini.
MK kata:
Renung-renungkanlah

