Showing posts with label Melayu di hina. Show all posts
Showing posts with label Melayu di hina. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

A Farmosa : Lambang Keruntuhan dan kehinaan Melayu (1)



MK cuba berkongsi beberapa fakta tentang kewujudan A Farmosa di Melaka. Mungkin sebahagian besar daripada kita memahami tentang kewujudan A Farmosa sebagai satu simbol keagungan pemerintahan Portugis di Bumi Melayu ini. Namun begitu masih ramai lagi yang tidak mengetahui kisah disebalik kemashyuran tugu Portugis ini.

1. Pembinaan A Farmosa hanya mengambil masa lebih kurang 6 bulan sahaja.
Melaka tidak punya batu-batuan yang banyak untuk menyiapkan kota sebesar A Farmosa ini yang melingkungi kawasan pentadbiran Portugis disamping peranan utamanya sebagai pelindung Portugis daripada serangan balas orang-orang Melayu Melaka yang tewas pada 1511.

Untuk membawa batu-batuan daripada Goa India sebagai pembekal utama juga adalah mustahil kerana jarak perjalanan melalui laut adalah memakan masa yang panjang. Portugis mengambil kira sekiranya usaha mengambil batu-batuan dari Goa akan menyebabkan kedudukan Portugis di Melaka akan tergugat.
Atas alasan ini, agaknya dari sumber batu-batuan untuk mebangunkan A Frmosa yang mashyur ini.
Tentu kita tertanya-tanya...batu yang banyak dan masa pembinaan yang singkat tentulah memerlukan sumber yang cepat dan terdekat.

Persoalan yang timbul adalah, bagi sebuah kerajaan yang cukup hebat barang sudah tentu ada peninggalan kepada sejarah kerajaan itu sendiri. Jika kita mengkaji sejarah keagungan bangsa-bangsa lain berabad dahulu, peninggalan mereka cukup hebat. Taj Mahal, Great Wall, istana kerajaan di negara-negara barat. Tapi bagi sebuah kerajaan yang lebih hebat daripada itu iaitu Kerajaan Melayu Melaka...di mana kita dapat mencri warisan kerajaan tersebut.

Tidak ada. Ye, tidak ada sedikit pun peninggalan fizikalnya, kecuali nota-nota sejarah yang masih banyak tersimpan di muzium di London dan Lisbon, itupun belum ada umat Melayu yang berani untuk menggalinya keculai Prof Datuk Ramlah Adam.
Apa yang dapat kita fahami daripada kenyataan ini.
Pembinaan kota A Farmosa adalah daripada runtuhan istana Melayu zama Kesultanan Melaka, runtuhan masjid-masjid, runtuhan surau-surau, runtuhan rumah orang-orang Melayu. Malah tidak cukup dengan itu, pembangunan A Farmosa adalah daripada batu-batu binaan kubur dan batu nisan orang-orang Melayu Melaka.

Kesian sungguh orang Melayu. Dihina sebegitu rupa, hinggakan tidak ada ruan untuk kita mengenang tentang kewujudan datuk nenek kita orang Melayu Melaka ketika itu. Mungkin juga sekiranya kita pernah menziarah A Farmosa, ketika kita sentuh binaannya...apakah yang kita rasakan. Kemungkinan bahawa itulah batu-batu atau pun lantai tempat sujudnya orang Melayu Islam Melaka suatu masa dahulu.

Andaikata kita melihat hari ini A Farmosa itu lambang kekuatan Portugis sepertimana catatan nota sejarah. Jangan lupa bahawa ianya juga adalah lambang kehinaan orang-orang Melayu suatu masa dahulu. Adakah Melayu hari ini akan merasai kehinaan seperti ini lagi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana