Showing posts with label Cabaran Melayu. Show all posts
Showing posts with label Cabaran Melayu. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Wanita Melayu Terhebat

Mari Bincang Pasal Nasib Melayu, Perpaduan Melayu, Cabaran Melayu hatta apa sahaja tentang Melayu
Wanita Berani Mengangkat Senjata
Belajar menembak pakai kain batik.Sisi lawak yang boleh mencetuskan gelak ketawa hingga senak perut. Kalau hari ini kita melihat wanita sebegini belajar menembak, mau terguling-guling ketawa. 

Namun jangan lupa, madah pujangga mengatakan sekeping gambar boleh memberikan 1000 erti. Begitulah juga dengan gambar yang MK muatnaik ini. Banyak maksud yang tersirat yang kita boleh huraikan tanpa sedikitpun prejudis dan anda juga boleh memberikan pandangan terhadap gambar ini.

MK percaya, ada dikalangan kakak-kakak atau makcik-makcik yang ada dalam gambar ini yang sudah tidak ada, dan sekiranya masih hidup usia mereka sudah pasti dalam lingkungan 70 - 90 tahun.(Maafkan MK sekiranya MK tersilap mengira). Mungkin juga dalam kalangan kakak-kakak dan makcik-makcik ini adalah emak, emak saudara, jiran, mungkin juga nenek kepada kita. Di mana agaknya mereka sekarang.

Tentu ada peristiwa besar sehingga wanita-wanita dalam gambar ini sanggup belajar menembak. Sedangkan kita tahu pada masa tersebut, dimana kedudukan wanita. Jangan kata pergi berperang, wanita yang pergi bekerja sahaja sudah menjadi sebut-sebutan masyarakat kampung. Menjadi kejanggalan bagi wanita Melayu zaman pra merdeka bekerja apatah lagi menjadi soldadu dan memegang senjata. Kenapa mereka sanggup mengenepikan nista orang lain dan mengambil tanggungjawab memegang senjata. Tentu ada sebabnya.Tentu ada perkara yang sangat besar dan bermain diminda mereka sehingga perkara yang tidak pernah menjadi keutamaan mereka diambil peduli sebegitu sekali.

Kenapa agaknya?

Monday, January 9, 2012

Anwar Bebas. Malaysia Bebas?



Teruja sedikit untuk respon kepada keputusan mahkamah membebaskan DSAI yang tidak bersalah.

Tahniah untuk DSAI. Nyata anda 'mungkin' tidak bersalah pada pusingan pertama ini. Kita tunggulah pusingan seterusnya nanti selepas beberapa ketika. Pihak pendakwaan pula sedang menimbangkan kesesuaian untuk memfailkan rayuan (kalau dirasakan sesuai kot). Namun MK pasti walaupun pusingan kedua dan seterusnya bukan daripada barisan pendakwaraya, akan ada yang akan menguruskannya. Ternyata juga dengan 'kemenangan' ini  pihak DSAI masih harus lagi  mengakui akan integriti Hakim mahkamah Malaysia dan tidak terlalu menaruh kepercayaan kepada hakim rakyat. Yer la, kalau gunakan hakim rakyat...ada kemungkinan yang lain akan berlaku.

MK terima dan akur dengan keputusan mahkamah. Namun jauh disudut hati MK percaya ada yang tersurat dan tersirat. Ada strategi yang dirangka dan ada gerak yang diatur. Tidak mungkin pihak geng Pak Jib akan duduk diam goyang kaki. Jadi...percayalah yang tersirat akan jauh mengatasi yang tersurat. Ada hikmah yang perlu diperhalusi.

MK kata;
Tunggu dan lihat

Monday, January 2, 2012

Ultraman Melayu


Ultraman Melayu Beraksi.....

Hehehe....Ini bukan foto demo kat UPSI tu. Ini foto kejadian semasa demo Bersih2.0 dulu.

Lawak kan..kan..

Alangkah eloknya kalau mamat dalam foto ini, gunakan power ultraman dia semasa demo di UPSI...dapat jugak dia membantu adam n the gang melawan polis....tak ada la yang cedera teruk sangat langgar cermin....boleh guna kuasa laser ultraman untuk kalahkan polis dan pecahkan cermin.

Agaknya kenapa mamat ni tak hadir di demo di UPSI. Mungkin...mungkin sebab dia bukan mahasiswa universiiti.....

MK kata;
Ultraman Melayu bagus ada...sbb boleh bantu Melayu jadi supreme...ahaksss.

Tuesday, May 10, 2011

Jangan terlalu mengalah sehingga kalah

Picture
(Sinar Harian 9 Mei 2011)

Akhbar rasis terus menggembar-gemburkan peristiwa seorang pemandu lori, Ong Kim Koon, 52, yang dianggapnya sebagai wira dalam membantu sepasang suami isteri Melayu yang cedera parah tersepit dalam kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) pada 14 April lalu. Dalam kejadian itu, Zainal Mohammad Yusoff, 45, dan isteri, Rosamiah Hashim, 38, cedera parah. Kim Koon segera turun daripada kenderaan dan mengangkat Zainal ke bahu jalan. Apabila kembali mahu menolong Rosamiah, tiba-tiba sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan laju oleh seorang pemuda Cina melanggarnya, lalu meninggal.

Saya amat menghargai sikap dan jasa baik mendiang. Atas rasa tanggungjawab kerajaan turut memberikan bantuan. Peliknya, bantuan kerajaan terhadap keluarga mangsa tidak banyak diberikan perhatian dan publisiti. Malah ada yang mengutuk dan sinis.

Terbaharu, Shin Chew melaporkan Hua Zong atau Persekutuan Persatuan Cina Malaysia mengatakan pendirian mereka akan menyokong Barisan Nasional dan MCA jika kerajaan benar-benar melaksanakan gagasan 1Malaysia berasaskan sama rata dan sama rasa dalam semua polisinya, terutama berkaitan sistem pendidikan Cina. Jika tidak, orang Cina akan memilih DAP dan akan wujud sistem dua parti. Sebelum itu, Jawatankuasa Persekutuan Persatuan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sabah (UA) mendesak kerajaan supaya mengiktiraf dan memberikan layanan sama rata kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian di universiti-universiti dari negeri China. Publisiti diberikan secara besar-besaran. Sama ada mereka ada kelulusan bahasa Melayu atau boleh berbahasa kebangsaan langsung tidak dibangkitkan.

Malah mereka mendesak supaya kerajaan menghantar lebih ramai lagi pelajar ke China berbanding 3000 yang ada pada hari ini. UA membandingkan jika negara China boleh menghantar 10,000 pelajarnya ke sini, kenapa kita tidak? Ultra kiasu sungguh. Berapakah populasi China berbanding dengan Malaysia. Pada saya angka 3000 sudah cukup besar. Lagipun menuju tempat yang sama. Mungkin menambahkan lagi sentimen perkauman.

Kata UA lagi, majoriti pelajar sekolah persendirian Cina di Sabah hanya dapat melanjutkan pelajaran ke negeri China sekitar 8.5 peratus. Selebihnya 36 peratus berada di universiti tempatan. Semua ini disebabkan oleh polisi kerajaan yang membantutkan mereka ke China. Persoalan saya, di manakah kiblat kita? China sahajakah destinasinya? Pada saya biarlah pelajar Melayu ke China, belajar mengenai bangsa lain. Pelajar Cina sepatut banyak belajar mengenai bangsa Melayu. Pergilah ke Indonesia atau mana-mana kepulauan yang bukan Cina untuk belajar tentang bangsa lain pula. Jangan asyik melihat sehala sahaja. Dunia hari ini memerlukan kita melihat berbagai hala, elok banyak berjalan, baru luas pandangan dan bertambah pengalaman. Pengalaman mendewasakan kita.

Tidak timbul soal pelajar-pelajar kita yang pergi belajar di sana dapat merapat hubungan bilateral antara kedua buah negara. Hubungan kita dengan China memang telah baik sejak zaman Tun Razak lagi iaitu bapa kepada Perdana Menteri. Kedatangan Perdana Menteri China sudah cukup membuktikan. Tidak cukupkah lagi? Menghantar lebih ramai pelajar ke sana hanya akan mengikis jati diri atau mengubah kiblat kita. Sehingga akhirnya sanggup mengutuk negara sendiri seperti namewee yang terlalu lama tinggal di sana.

UA juga mendesak kerajaan supaya memberikan biasiswa terhadap pelajar-pelajar Cina yang ingin belajar di China. Terfikir saya tidak ada lagi negara lain di dunia ini yang hampir 200 buah, selain China? Saya ingatkan Cina di Sabah, kurang sedikit kiasunya, rupa-rupa langsung tidak ada bezakan. Hanya lautan sahaja yang memisahkan, roh dan jasad tetap sama. Adakah ini bukan 1Cina 1Bumi. Bila ada akhbar yang menulis 1Melayu 1Bumi, bukan main lagi dihentamnya. Bila mereka mengamalkan sikap 1Cina 1Bumi, disokong seratus peratus. Saya yakin ini bukan suara UA seorang tetapi suara orang lain juga seperti parti dan NGO ultra kiasu. Mereka langsung tidak peduli soal keupayaan bahasa kebangsaan.

Persatuan ini memberikan reaksi mengenai sokongan orang Cina akan berubah kepada DAP, berbanding MCA jika kerajaan tidak melihat perkara ini dengan serius. Persoalan saya, adakah benar selama ini mereka mengundi Barisan Nasional? Saya yakin tidak, selama ini mereka mengundi parti ultra kiasu, sebab sikap mereka sudah jelas menunjukkannya. 

Nampaknya perjuangan perkauman tidak pernah habis dalam politik Malaysia. Memperlihat seolah-olah Malaysia jaguh perkauman. Berita inilah yang selalu diwar-warkan setiap masa sehingga orang luar melihat minoriti berada dalam keadaan tertekan disebabkan oleh bentuk berita sebegeini; berita nasional vs berita perkauman dan pendidikan nasional vs pendidikan perkauman (vernakular) tidak pernah akan selesai dan disensasikan.

Publisiti akan ‘ketidakadilan’ dasar kerajaan diberikan seolah-olah sudah tidak ada cerita lain di Malaysia ini. Wal hal, keadilan yang dinikmati sudah melimpah ruah, cuma mereka mahu menambah lagi yang telah diperolehi. Satu kebaikan bangsa sendiri dicanang habis-habis, sedangkan kebaikan orang lain yang tidak terkira banyaknya disenyapkan. Sama juga peristiwa jika ada seorang bukan Melayu mati dalam tahanan di tangan SPRM atau Polis, heboh 1Malaysia, sedangkan ramai lagi Melayu yang mati, tetapi tidak ada siapa peduli.

Berapa ramai muallaf yang kalah dalam perbicaraan mendapatkan hak mereka, perebutan anak, perebutan mayat dan sebagainya, disenyapkan? Namun jika satu dari kalangan mereka yang kalah, maka Malaysia dituduh tidak mengamalkan kebebasan hak asasi manusia, mahkamah syariah tidak adil, ada campurtangan politik dalam mahkamah dan sebagainya. Malaysia digambarkan seolah-olah tidak menjaga hak mereka langsung. Kebebasan media dikatakan disekat sama sekali dan berbagai tohmahan lagi. Mereka seperti kaduk naik junjung, diberikan betis hendak peha.

Saya begitu hairan bagaimana Indeks kebebasan media terbaharu 2011 oleh Freedom House, meletakkan Malaysia di tangga 143 daripada 196 negara yang dikaji. Di Asia Tenggara, Malaysia berada di bawah Timor Timur (18), Filipina (21), Indonesia (23), Thailand (29) dan Cambodia (30), tetapi mengatasi Singapura (32), Brunei (34) dan Nietnam (36). Negara yang mengamalkan kebebasan media dalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland dan Luxembourg. Sedangkan kebebasan media di negara ini saya lihat agak bebas, walaupun tidak sepenuhnya.

Jika kita bandingkan kebebasan media Melayu dan media bukan Melayu, saya berani mengatakan media bukan Melayu mempunyai lebih kebebasan daripada media Melayu. Dari segi bilangannya sahaja sudah cukup membuktikan bahawa media bukan Melayu sudah menenggelamkan media Melayu. Mereka lebih bebas melaporkan kerana majoriti orang Melayu tidak tahu isi kandungannya.

Ya, saya tidak nafikan ada kawalan terhadap media, terutama kepada media pembangkang. Perkara ini biasa berlaku di mana-mana. Malah kita lebih baik daripada Singapura, yang selalu dipuji oleh ultra kiasu ini. Saya amat jarang mendengar mereka mengutuk Singapura walaupun kebebasan media mereka lebih teruk daripada negara kita. Yang saya tahu mereka memujinya dan saban kali mengunjungi negara Yahudi itu untuk mengatur langkah dan strategi.

Pada saya, indikator yang digunakan oleh Freedom House juga boleh dipersoalkan dari sudut ketelusannya. Kebebasan bersuara di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga semakin terbuka terutama dengan munculnya media baru yang tidak dikenakan sekatan seperti internet, blog dan portal berita. Adakah bila hajat mereka tidak tercapai, dan mereka gagal memenuhi nafsu ultra kiasunya, bererti media negara ini dikatakan tidak bebas? Semua ini berlaku saya fikir disebabkan oleh tindak-tanduk ultra kiasu yang sengaja membesar-besar atau mereka-reka cerita-cerita sensasi untuk menarik perhatian orang lain. Hasilnya, media kita dikatakan tidak bebas.

Saya tidak pasti berita perhimpunan Kristian seluruh diPulau Pinang yang digembar-gembur itu benar atau tidak. Jika benar, bermakna kaduk sudah naik junjung. Mereka sudah benar-benar mencabar kewibawaan kita. Kepala kita sudah dipijak-pijak. Di manakah maruah kita sebagai penganut agama Islam?

Kita sedia maklum, berapa kerat sahaja penganut Kristian di negara ini. Tolak campur lebih kurang 10 peratus. Tetapi publisiti mereka menenggelamkan agama lain, termasuk agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Ternyata mereka telah menang besar dalam isu kalimah Allah dan terjemahan kitab Injil dalam Melayu. Kita juga yang kalah kerana terlalu mengalah. Mereka mahu tunjuk besar kepala lagi, walaupun saya yakin mereka sedar bahawa agama Islam mendapat perlindungan yang istimewa dalam perlembagaan. Mereka sengaja mencabar. Isu kalimah Allah sudah cukup menyayatkan dan mengguris hati kita. Bukan kita tidak melarang menggunakan mahu menggunakan kalimah Allah atau menterjemahkan kitab Injil dalam bahasa Melayu. Secara peribadi, saya tidak melarang, bukan makna bersetuju. Persoalannya, kenapa sekarang baharu ditimbulkan? Apa tujuan di sebalik? Saya petik kata-kata cendekiawan tersohor Profesor Syed Naguib Al-attas mengenai isu kalimah Allah yang berbunyi:

“Allah is not from Bahasa Malaysia, it is not a National Language. It belongs to the Language of the Muslims all over the world. Therefore your argument using this for the word ‘Allah’ does not fit into your idea of God because Allah does not have a son. It is not one of three. That is why, out of respect to Allah we can’t allow you to use this. We agree you want to use God then use ‘Tuhan’ as we also use that. But we understand in the Malay language ‘Tuhan’ is not a translation of Allah. That is why we say,. So Allah cannot be translated as no language has translated Allah. But if they use it and they say in Indonesia they have used it, why can’t we here. It is because of the Muslims. If Muslims don’t care, they will go on and use it, and in Indonesia they are using not only that but other things too. They even call it choir for selawat. Choir is not a Selawat as selawat is for the Prophet. It is not singing a hymn”.

Pendapat ini memang tepat dan padat. Kalimah Allah bukan berasal datang daripada bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan. Kalimah ini kepunyaan umat Islam di seluruh dunia. Justeru, penggunaan kalimah ini tidak sesuai kepada agama lain kerana kalimah Allah berbeza dengan Allah menurut Kristian.

Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Rujuk surah Al-Ikhlas. Allah bukan satu dalam tiga atau tiga dalam satu. Sebab itu kalimah ini tidak dibenarkan digunakan. Kita boleh bersetuju menggunakan perkataan Tuhan, kerana di Malaysia perkataan ini memang digunakan. Tetapi perkataan Tuhan bukan terjemahan daripada kalimah Allah. Dengan sebab kita menyebut ‘Tiada tuhan melainkan Allah, bukan ‘Tiada tuhan melainkan Tuhan’. Mereka boleh gunakan di Indonesia kerana dibenarkan, silakan, tetapi tidak di sini.

Kepada orang bukan Islam, jangan begitu berani mencabar orang Islam. Paderi-paderi Kristian mengeluarkan kenyataan mereka tidak mencabar kewibawaan Islam, tetapi tindak-tanduk mereka tidak menunjukkan sedemikian. Mereka amat kurang ajar dan biadab. Justeru, sudah sampai masanya kita jangan terlalu mengalah. Jangan terlalu fikirkan soal undi dan kemenangan pilihan raya. Apa guna sorak jika kampong halaman tergadai. Kita akan menyesal seumur hidup. Kita akan dikutuk oleh generasi akan datang disebabkan tangan-tangan kita sendiri yang merosakkan.

Sumber:
Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau

Sunday, May 1, 2011

MCA jangan nak berdolak dalik

KUALA TERENGGANU, 30 April – Kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. 

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut. 

“Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata beliau dipetik beberapa media hari ini. 

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan. 

Semalam, MCA, komponen kedua terbesar dalam BN, mengumumkan pendirian tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat pusat dan negeri jika calonnya gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum ke-13. 

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. 

‘‘Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen BN. 

‘‘MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara,” kata beliau.

‘‘Kami yakin kewibawaan Perdana Menteri selaku pemimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1 Malaysia,” katanya. 

Dr Chua berkata, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. 

‘‘MCA perlu berubah kerana kita kena capai keputusan yang lebih baik daripada pilihan raya umum yang lepas,” ujarnya. 

Pada 8 Mac 2008, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi parti terbabit. 



MK Kata;
MCA, aka CSL agaknya apa kebenda yang kau maksudkan dengan kenyataan seperti ini. Kenyataan yang boleh dipertikaikan tentang kesetiaan kaum cina dengan kerjasama dalam Barisan Nasional.


Adakah PRU13 ini, MCA sebenarnya menuntut kerusi yang sama walaupun kalah dalam PRU12 sedangkan dalamasa yang sama ramai Melayu yang masih setia dengan BN mengharapkan DS Najib mengkaji kedudukan kerusi majoriti Melayu kepada calon Melayu. Memang jika dianalisis kepada keputusan PRU12, kebanyakan kerusi yang dimenagi oleh MCA adalah kerusi majoriti Melayu. MCA gagal di kerusi majoriti cina. Ini apa maksudnya. CSL tentu tahu tentang ini. Namun keangkuhan tetap bersarang dihati beliau yang sememangnya agak kiasu dalam mendepani kehendak pengundi/majoriti Melayu.


Oiii MCA, sedarlah bahawa sokongan kepada kau sebenarnya sudah tidak ada lagi. Orang cina sudah tidak lagi menaruh harapan kepada kepimpinan dan pendekatan yang dibawa. Orang Melayu sebenarnya sudah mula meluat dan merasa mual dengan tindak tanduk MCA. Cakap berdegar-degar namun keputusanundi jelas tidak memihak kepada MCA lagi.


Adakah penolakan yang dinyatakan sekiranya gagal dalam mencapai kejayaan semasa pilihanraya bermakna sememangnya MCA sudah tidak punya taring dan taring itu telah berpindah milik kepada DAP.Adakah dengan kegagalan memenangi kerusi parlimen yang diperuntukan akan menjelaskan bahawa 
sememangnya MCA gagal.


Kemungkinan MCA akan menarik diri daripada BN pada masa itu bukan suatu yang mustahil untuk dilakukan. Dan kemungkinan yang paling besar adalah MCA akan bergabung dengan sekutu bangsanya iaitu DAP untuk merampas kuasa pentadbiran. kalau ini berlaku...memang hampehlah kau MCA.


DS Najib tentu amat memahami senaro ini dan sebab itulah beliau memberikan amaran keras kepada MCA.


Gerakan bagaimana pula?

Saturday, April 23, 2011

Cina Chauvinist Dah Seram Sejuk


Sumber : Malaysiakini

Fiasco 1Melayu buktikan Najib 'satu lagi Pak Lah'
Apr 23, 11 3:37pm
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata reaksi yang diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan Utusan Malaysia agar konsep “1Melayu, 1Bumi” diutamakan membuktikan beliau tidak lagi mempunyai kuasa dalam partinya sendiri.

sarawak election miri dap ceramah 110411 lim kit siangMalah kata Lim, Najib boleh diibaratkan sebagai 'pak turut' yang menjejaki langkah presiden Umno sebelum ini, Tun Abdullah Badawi.

“Soalan yang diingin diketahui ramai sekarang ialah sama ada Perdana Menteri Najib Razak telah menjadi seorang lagi Pak Lah (Abdullah), perdana menteri kelima yang tidak mengendalikan Umno meskipun beliau adalah Presiden Umno sehingga menyaksikan beliau dipaksa bersara sebagai ketua Umno dan perdana menteri,” kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

“Jawapan semakin diperlukan selepas pendirian Najib yang langsung tidak boleh diterima berhubung cadangan 1Melayu, 1Bumi oleh Utusan,” kata Lim.

Beliau juga membidas perdana menteri yang memberikan alasan dayus bahawa kenyataan rasis yang disiarkan akhbar milik Umno itu adalah pendapat peribadi penulisnya.





MK kata:
1. LKS dan Malaysiakini masih dengan psywar mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Pendekatan memperlekeh dan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan parti pemerintah sememangnya menjadi satu strategi sebagaimana saran Sun Tzu.


Kenyataan sebegini, pastinya mendapat dokongan padu kaum sebangsa LKS malahan sebenarnya ia menujukan kenyataan ini kepada Melayu yang membenci DS najib dan kerajaan agar mereka bereaksi sama dan memberikan satu pandangan negatif.


MK rasa, strategi ini amat menjadi dan begitu popular . Mudh saja, nyatakan apa sahaja keburukan yang dilakukan pemerintah untuk menampakkan kebodohan dan kegagalan pemerintah. Rakyat yang terpengaruh akan memandang kegagalan ini sebagai trade mark dan akan sentiasa ada sahaja kegagalan yang boleh diketengahkan sekirannya perspektif negatif sentiasa bermain di minda.


2. Mk cukup merasakan bahawa kenyataan-kenyataan sebegini adalah kesan daripada ketakutan yang cukup berbekas. LKS cukup bimbang sekiranya Konsep 1 Melayu 1 Bumi menjadi kenyataan. Apa yang berlaku hari ini juga sudah memperlihat bahawa umat Melayu Malaysia sudah mulai sedar akan apa yang sedang dilakukan oleh golongan chauvinist ini.


Kebangkitan kesedaran Melayu ini sebenarnya boleh menggagalkan objektif malaysia Malaysian sepertimana gagasan mereka. Perkara ini yang amat menjadi ketakutan. Perlu diingat Melayu/Bumiputera merupakan lebih kurang 69% majoriti penduduk.Inilah golongan kiasu yang takut dengan bayang-bayang sendiri dan suka bermain api perkauman. 


3. Kalau dikenang-kenangkan, MK rasa dalam tempoh sekurang-kurangnya 6/7 tahun dahulu, keadaan politik Malaysia tidak pernah tercemar sebegini teruk. Tidak pernah ada orang atau rakyat  begitu berani mempertikai dan menunjukkan kebencian yang amat sangat kepada pemimpin baik kuasa eksekutif mahupun institusi beraja. Kenyataan-kenyataan yang amat biadab dan kurang ajar telah menjadi mainan mereka sahaja. Macam sudah tidak ada rasa bersalah, rasa malu mahupun rasa kasihan kepada orang lain yang dikata. Seolah-olah mereka ingin menunjukkan  betapa pandangan hormat kepada pemimpin seakan tidak ada di dalam kamus mereka. Ini keadaan yang cukup bahaya.



Tuesday, April 12, 2011

Sultan Perak dan Kedaulatannya sengaja dicabar





Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang bermula hari ini menyaksikan sekali lagi sikap kebiadapan ADUN pembangkang dari DAP YB Nga Ko Ming – ADUN Pantai Remis yang hadir tanpa mengenakan pakaian rasmi nombor satu yang menjadi pakaian rasmi pada setiap pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri.

Ini jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab, kurang ajar dan tidak menghormati Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah oleh pemimpin DAP kerana YB Nga Ko Ming satu-satunya ADUN yang datang dengan berpakaian biasa sedangkan semua wakil rakyat termasuk dari pembangkang mengenakan pakaian tersebut.

Adakah YB Nga Ko Ming bodoh dan tidak tahu peraturan yang ditetapkan atau sengaja ingin menarik perhatian semua yang hadir.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri hari ini mengutuk tindakan kurang ajar YB Nga Ko Ming dan inikah rupa dan gaya seorang pemimpin yang ingin diketengahkan sebagai seorang yang komited dan bersopan?

Sumber : Perak Today

MK Kata:
Ini memang salah satu kebiadapan golongan chauvinist ini. Persoalannya masihkan golongan ini 
diterima dan diangkat oleh Melayu menjadi pemimpin kepada Melayu.

Kebiadapan ini benar-benar encabar kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagaimana ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia. Benar-benar tidak menghormati Sultan Perak sebagai Ketua Negeri Perak yang berdaulat. Celaka punya manusia.


Thursday, March 17, 2011

MP Lembah Pantai Si Celupar

Macam ni ke cara mendidik rakyat Malaysia

     MK sebenarnya tidak berapa gemar dan tidak mahu juga memberikan publisiti percuma untuk MP Lembah panti ini. Namun kenyataannya untuk kali kedua dalam tempoh terdekat amat memualkan MK.Agaknya sudah tak ada benda lain yang anda nak spekulasikan ker.


     Kenyataan pertama yang senada dengan penderhaka Melayu Al-Jub meminta rakyat untuk bangkit menentang kerajaan yang disifatkan sebagai zalim ekoran daripada kejayaan rakyat dibeberapa negara Arab menjatuhkan kerajaan diktator  di sana. Bagi MK adalah tidak wajar dan tidak sopan untuk menggerakkan rakyat Malaysia yang sememangnya cintakan keamanan untuk merusuh seperti mana pendemo-pendemo sehingga mengakibatkan kerosakan kepada negara dan yang paling sediah sudah pastinya pengakhiran demonstrasi mengakibatkan kematian.


     Sesuai benar dengan nada bapanya yang kononnya mahukan rakyat bangkit menentang kezaliman kerajaan. Agaknya sudah tidak betul apa pemikiran anak Al-Jub ini. Cuba menyamakan pemerintahan kerajaan BN dengan pemimpin-pemimpin di negara Arab tersebut. Entah rakyat mana yang diajaknya untuk bangkit merusuh. Oiiii manusia tidak sedar diri, janganlah disamakan rakyat negara ini dengan orang-orang Arab yang degil itu. Jangan menyamakan kedegilan anda dengan rasa hormat rakyat negara ini. MK pun kadangkala rasa nak tergelak pun ada, asyik asyik disebut rakyat. Kuasa rakyat, Kehendak rakyat. Cuba anda beritahu, rakyat mana yang nak sangat pada demokrasi ala bapa anda itu. Entah berapa peratus rakyat yang menyokong ideologi anda dan idola anda itu.


Anda baca pula ini,
Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan memberikan penjelasan terperinci kepada rakyat berhubung kesan letupan ketiga di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi di Jepun.

Menurut Nurul Izzah, penjelasan mengenainya perlu kerana rata-rata rakyat di negara itu turut merasa bimbang akan kesan radiasi yang dihebah-hebahkan.

"Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario 'full meltdown'?

"Pada masa yang sama, Kerajaan Pusat wajib menghentikan dahulu sebarang perancangan untuk membina loji tenaga nuklear mahupun pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth refinery) di negara ini,"katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tahap radiasi loji nuklear di utara ibu negara Jepun, Tokyo dikatakan meningkat 400 kali ganda hari ini di selepas negara itu digegarkan gempa bumi dan dibadai tsunami, Jumaat lalu.

Angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiichi dikatakan akan memberi kesan ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Perdana Menteri Jepun juga menasihatkan rakyat yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear supaya berada di dalam rumah kerana radiasi dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan.

Menurut Nurul Izzah, perkembangan di Jepun itu terus menggusarkan rakyat di negara ini dan mempersoalkan tindakan kerajaan sama ada mempunyai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan akibat dari pencemaran nuklear jika berlaku.

sumber : Kelab Greenboc


     Manusia jenis apa anda yer. Tak kan la semua benda mahu anda politikkan. Sabarlah. Bukankah sebilangan besar di Jepun itu masih bergelut dengan keadaan yang kelam kabut. Begitu juga dengan kerajaan Malaysia, masih cuba memberikan bantuan sekadar yang mampu.
Berilah masa, janganlah pula anda yang nampaknya terlalu sibuk nak cuba menjadi hero. Pigiiii daaa. Apa anda ingat, anda fikir, Kerajaan Malaysia ini bodoh sangat ker, MK percaya PM DS Najib sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat.


     Jangan cuba menangguk di air yang keruh. Kenyataan yang anda lemparkan nampak sangat cuba menuduh kerajaan Malaysia hari ini tidak ambil peduli akan kebajikan rakyatnya. Lupakan anda betapa kesungguhan Kerajaan membantu rakyat ketika situasi tegang di mesir.


     Kenyataan anda sebenarnya lebih menimbulkan spekulasi yang tidak baik untuk keamanan Malaysia.
Hormati juga perasaan rakyat Jepun terutama sekali rakyat Malaysia. Tugas anda sebagai MP Lembah Pantai perlu lebih diutamakan bukan sekadar lontaran-lontaran retorik yang akhirnya akan menampakkan kebodohan anda.


MK: Inilah contoh keluarga penderhaka Melayu, sewajarnya dinyahkan daripada bumi bertuah ini.

Tuesday, March 8, 2011

Melayu Didahulukan



     Kemenangan berganda BN ( Baca UMNO) di PRK Kerdau dan Merlimau memberikan peluang baru kepada dua pemimpin pelapis UMNO masa hadapan. Tahniah kepada kedua-dua calon yang berjaya memenangi pertempuran yang begitu sengit. Tahniah juga kepada jentera yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha memenangi PRK ini. Tahniah juga kepada sebilangan besar rakyat terutamanya MELAYU yang terus memberikan sokongan dan juga kepada MELAYU yang telah memberikan dan mengembalikan kepercayaan kepada UMNO untuk membela nasib Melayu. Walaupun UMNO BN bukanlah yang terbaik namun UMNO BN masih merupakan pilihan terbaik untuk membela survival melayu hari ini.

     Kehadiran dua orang wakil rakyat muda dan tidak memegang jawatan tertinggi parti dalam Bahagian membuktikan komitmen DS Najib untuk memenuhi kehendak rakyat terbanyak.
kriteria calon yang boleh diterima oleh rakyat terbanyak memberikan satu peluang kepada sesiapa sahaja dalam UMNO untuk menjadi wakil dan senario ini memberikan tekanan kepada pemimpin tertinggi Bahagian. Jika sebelum ini mereka berebut untuk memenangi jawatan Ketua Bahagian sebagai kerusi selamat untuk dipilih sebagai calon pilihanraya. Namun kini, jawatan tertinggi bukan penentu kriteria dipilih sebagai calon. nasib nasib...Puas sudah berebut jawatan Ketua bahagian namun kebarangkalian dipilih sebagai calon pilihan raya belum tentu lagi..

     Bagi kedua-dua YB baru dan juga YB yang sudah lama memegang jawatan. Ingatlah anda dipilih oleh rakyat dan pastinya rakyat yang memberikan undi sudah barang pasti mahukan perkhidmatan terbaik daripada anda.

     Bagi YB di kawasan majoriti Melayu...Ingatlah harapan dan kehendak orang Melayu secara keseluruhan.
janganlah Melayu di kawasan YB menjadi golongan yang terpinggir dan di berikan sisi yang berlainan dalam proses pengagihan pembangunan dan kekayaan. jngan pula dek mengejar kesenangan diri dan keluarga (mungkin bagi sesetengah YB) Melayu yang menjadi majoriti tidak lagi dipedulikan.Belalah nasib mereka, tingkatkan kehidupan mereka, penuhi impian mereka. Iangan sudah ada jawatan anda sebagai YB melupakan teras dan akar umbi anda.

MK kata : Survival Melayu perlu YB YB jadikan sebagai misi no 1. Ingat tu

Sunday, February 27, 2011

Celaka Betul Perhimpunan HINDRAF : Tak sedar diuntung

Petikan dari Berita Harian:
KUALA LUMPUR: Pengasas Hindraf P Uthayakumar dilaporkan ditahan pagi tadi berikutan rancangan untuk mengadakan satu perhimpunan haram di sekitar ibu negara, hari ini.

Polis dikatakan turut menahan kira-kira 78 orang yang dipercayai pengikut Hindraf di sekitar Kompleks KLCC di Menara Petronas bagi menyertai perhimpunan yang dinamakan Solidariti Membantah Perkauman UMNO.

Uthayakumar dilaporkan ditahan ketika hendak keluar dari rumahnya di Pantai Hill Park jam 8 pagi tadi sebelum dibawa ke Balai Polis Hang Tuah.


Polis sebelum ini memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang menghadiri perhimpunan hari ini.


Nak situasi seperti ini berlaku lagi ke?



Ulasan MK:


Inilah contoh kaum yang paling tidak mengenang budi dan golongan yang dah rasa terlalu pandai dan hebat. Golongan Hindraf ini memang celaka. 
Sudahlah menuntut yang bukan-bukan, dah tu nak tunjuk pulak dia punya kebagusan. Kononnya berjuang untuk hak orang India(Hindu)...tapi nampaknya dah melampaui batas. Entah berapa kerat sahaja lah orang India di Malaysia bumi bertuah ini yang menyokong dan bersekongkol dengan persatuan haram ( baca haram jadah) ini.
Kepada Menteri KDN ...Rasanya cukup-cukuplah beri muka kepada golongan ini. Kerja dan strategi hanya nak menghuru harakan negara sahaja. Rasanya lebih elok dan manis kalau semua yang terlibat dengan perhimpunan hari ini disumbatkan dalam ISA. 
Isu Interlok tu MK rasa boleh jugalah kita terima...dek kerana perkataan pariah yang digunkan kononnya terasa hati. KPM dah pun memberi penjelasan untuk semakan kepada perkara ini tapi masih tak juga puas hati...memang dasar pari*h punya manusia.
Kebodohan dan kedunguan sememangnya bersarang dalam hati golongan pari*h ini. Kita memang melihat budaya kasta ini terus subur di kalangan masyarakat India di Malaysia. Apa yang nak diherankan.


Namun yang MK tidak boleh terima adalah...perhimpunan ini diadakan untuk menunjukkan rasa marah kepada UMNO. UMNO dituduh sebagai parti politik yang zalim.
Apa maksudnya...
MK beranggapan ini adalah satu usaha untuk menghina dan menjatuhkan maruah orang Melayu. Sudah pasti orang Melayu dianggap jahat dan zalim kepada golongan ini. 
Apa tak cukupkah apa yang telah diberikan oleh orang Melayu kepada golongan ini. Tak pernah lah pulak orang Melayu membuat perhimpunan menyatakan tidak suka kepada orang India sedangkan MK rasa ini yang banyak berlaku di Malaysia.
Atau ini stragegi politik pembangkang untuk PRU 13. menggerakkan hindraf untuk memberikan persepsi buruk oleh orang awam kepada Kerajaan BN. Kalau dilihat semula sejarah 2007...perhimpunan hindraf di Batu Caves...macam sama aje yang berlaku.
"Anugerah Tuhan" dah tak ada idea lagi dah ke.


MK kata : Golongan ini memang dah sepatutnya di nyahkan dari bumi bertuah ini. Hidup klau asyik nak menyusahkan orang dan tidak tahu bersyukur...pooodaaaaaaaaah.

Wednesday, October 13, 2010

CABARAN MELAYU

Melayu hari ini berdepan dengan cabaran yang cukup besar.
namakan apa sahaja. Hampir semua aspek dan bidang, baik ekonomi, pendidikan, politik, sosial,pemilikan malah apa sahaja yang ditempuhi oleh orang Melayu sememangnya bukan calang-calang halangan.
Posting ini cuba berkongsi dengan pembaca senario yang diharungi oleh Melayu hari ini.

MELAYU DAN HARTANAH

Penulis suka memberikan satu gambaran suasana kampung. Bagi kebanyakan daripada kita, rasanya kampung yang indah dan permai di sebahagian besar negeri Johor ini memberikan satu panorama nostalgia. Sebahagian besar kampung-kampung di Johor yang biasanya dinamakan mengikut parit. Parit Keoma, Parit Separap dan parit-parit yang lain yang penulis pun tidak dapat memberikan kepastian mengapa di sebut sebagai Parit xxx. Cubalah anda berkereta dari Pontian ke Rengit dan cuba kira, berapa banyak kampung yang ada di sepanjang perjalanan yang nama kampungnya bermula dengan "Parit"

Kebiasaannya, kampung-kampung ini dihuni oleh orang Melayu yang berkemungkinan samada Jawa, Bugis, Banjar malah Boyan sekalipun. Namun apa yang hampir pasti, di setiap persimpangan masuk ke 'lorong' kampung kita akan dapat lihat kelibat rumah orang cina ataupun rumah kedai yang barang pasti juga milik orang cina. Pemandangan biasanya rumah kedai ini adalah sebuah kedai runcit ataupun kedai basikal. Tentunya ini pemandangan biasa bagi kita.

Seingat penulis, rumah orang cina ini dalam 10-15 tahun dahulu biasanya ada rumah papan yang nampak buruk dengan atap zink yang sudah berwarna kemerahan. Tapi pada hari ini, apa yang kita lihat?

Orang-orang Melayu di kawasan kejiranan kampung ini biasanya berbelanja untuk keperluan harian di kedai runcit ini. Rasanya, apa yang pasti mulut peniaga cina ini sangat manis. Berbelanjalah seberapa banyak pun, kalau tak mampu untuk membayarnya pada hari itu boleh masuk dalam buku hutang. Ini yang cukup mengujakan hati orang-orang Melayu. Dah lah boleh berbelanja apa sahaja tapi bila bab membayar...boleh bertangguh pulak tu. Bukan hutang untuk sehari dua, malah sehingga berbulan-bulan pun boleh. Apa yang cukup membanggakan lagi, hutang tu boleh disimpan sehingga bertahun-tahun lamanya. Sapa yang tak nak. Ye tak?

Tapi sebenarnya, inilah perangkap maut untuk orang-orang Melayu. Mereka akan menganggap inilah peniaga yang mereka anggap macam saudara.  Siap di promosi lagi kepada rakan-rakan sekejiranan malahan sapa sahaja anggap memberikan anggapan yang cukup hebat kepada peniaga cina ini.

Namun........apa yang terjadi selepas beberapa lama berhutang. Sudah pasti hutang menjadi terlalu banyak dan kemampuan untuk membayar hutang semakin susut. Haaaaa pada ketika inilah jarum akan menusuk ke jiwa orang Melayu.

Dengan alasan hutang terlalu banyak dan keperluan peniaga ini untuk menambah modal, si Melayu berhutang ini tadi akan diminta untuk menjelaskan hutangnya. Cuba anda teka.....pada ketika ini mampu ke orang Melayu itu tadi untuk membayar hutangnya. Yang nilainya sudah pasti mencecah ribuan ringgit.
Ohhhhhhhhhh sudah pasti tidak.

Penyelesaian terbaik.......tanah tanah tanah.

Maka mulai hari itu, maka tergadailah tanah orang Melayu di kampung aka "parit" itu tadi. Sedikit demi sedikit si peniaga lintah darat ini akan menambahkan koleksi geran tanah yang asalnya tanah orang melayu di kampung tersebut.

Senario yang berlaku di hampir seluruh pelusuk kampung dan negeri...Ohhhhhh tidak dapat penulis bayangkan berapa banyak tanah milik Melayu terlepas ke tangan si penjarah ini.

Nampak manis tapi cukup berbisa.

MELAYU HILANG TANAH akhirnya...

Ohhhhhhhhhhhhhhh....begitu sayu hati penulis bila membicarakan perkara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana