Thursday, January 17, 2013

Masih Menunggu!!!

PRU 13 semakin hampir yang akan menutup sejarah PRU 12. Meskipun ianya amat-amat hampir dan paling lewat ianya mesti dilaksanakan pada April 2013. Namun PM DS Najib masih berteka teki lagi berkaitan tarikh sebenar. Mungkin ada perancangan PRU yang masih belum diselesaikan dan itulah yang menyebabkan DS Najib mengambil pendekatan berahsia yang mengambil pendekatan serupa PM sebelumnya.


melayu, melayukulai, melayu kulai
Polisi, dasar dan pendekatan kerajaan yang diamal oleh DS Najib sehingga hari ini, jika dilihat pada mata kasar sebenarnya sudah mampu untuk memberikan impak paling positif kepada pengekalan kuasa pemerintahan BN sehingga kini. Namun tanda-tanda kepada pegumuman pembubaran parlimen masih lagi tidak dilakukan. Mungkin PM memerlukan sedikit lagi masa untuk beliau rasa berpuas hati terhadap program transformasi yang dijalankan. Terbaharu, bantuan awal persekolahan RM100 kepada murid-murid sekolah sedang berlangsung. Berdasarkan pemerhatian, program bantuan awal persekolahan ini amat disenangi oleh rakyat terbanyak walaupun ianya tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Kebanyakan ibu bapa memanjatkan kesyukuran atas limpahan rezeki yang diterima dan amat membuktikan keprihatinan kerajaan BN hari ini kepada golongan ibu bapa yang mungkin terpaksa menanggung bebanan yang cukup besar dalam menangani masalah kewangan berkaitan persekolahan. Walaupun amaun RM100 tidak begitu besar, namn ia berjaya membantu golongan ibu bapa ini untuk mendapatkan sedikit kelegaan.


Berkemungkinan juga DS Najib mahu menunggu kesan daripada program bantuan BB1M ( Baucer Buku 1 Malaysia) yang dijangka akan diagihakan dalam pertengahan bulan Februari. Mungkin DS Najib mengambilkira juga pandangan dan kegembiraan golongan mahasiswa. Tackle untuk golongan dewasa dan berkeluarga hampir selesai dan kini dalam proses menunggu respon positif daripada golongan mahasiswa yang mana golongan pengundi  dalam kalangan mereka juga cukup besar. Inilah yang dinantikan oleh DS Najib dalam memenangi hati golongan muda. Harapan MK agar bantuan BB1M ini dapat memberikan kesan positif kepada sokongan mahasiswa kepada kerajaan BN yang memerintah hari ini.

Namun disebalik semua ini, dengan pelbagai insentif kebajikan kepada golongan sasar pengundi dan bakal pengundi masa depan seharusnya, mereka yang benar-benar terlibat dengan proses pengekalan kuasa segera mengambil pendekatan bersegera untuk bersama-sama PM DS Najib berusaha untuk mengekalkan tampuk pemerintahan dengan majoriti 2/3. Jawatankuasa atau sesiapa sahaja yang diberikan tanggungjawab samada di zon peti undi tidak harus menunggu loceng dibunyikan untuk melaksanakan gerakan dan jentera seharusnya sudah sampai ke tahap 85% sekarang. Mungkin masih ada lagi yang masih alpa dan tertunggu-tunggu arahan dari pihak berkaitan. Seharusnya diingat, pihak di sebelah sudah lama menggerakkan jentera mereka dan mereka sebenarnya tidak pernah kenal erti berhenti daripada menggerakkan jentera. Usaha mereka adalah berterusan dan sebenarnya inilah juga yang harus kita lakukan untuk majoriti 2/3 mahupun lebih lagi..

MK : Jangan Tidur Lagi

1 comment:

psikiks melayu said...

http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana