Wednesday, May 9, 2012

DS Najib Legaa



          Pengumuman berkaitan 'durian runtuh' untuk warga Felda semalam bagi MK merupakan satu petanda jelas. Kelegaan tahap maksimum DS Najib sebagai persediaan PRU telah sampai kemuncaknya. Selepas ini bolehlah PM memberikan fokus dan menumpukan perhatian kepada 'gendang' sebenar pilihanraya.Banyak urusan berkaitan PRU diserahkan kepada Jeneral Muhyiddin, kini gabungan mantap 2 pemimpin utama melayu ini sudah boleh melebarkan sayap PRU dengan lebih jauh sehingga menyentuh ke tahap akar umbi rakyat. Sesuai dengan slogan yang sering dilaung-laungkan oleh PM, "kita mendengar setiap denyut nadi rakyat'.Mungkin sebelum ini, PM agak tertekan dengan pelbagai isu yang belum selesai yang boleh menyebabkan momentum sokongan rakyat solid kepada BN. Rasanya PM kita tidur nyenyak sekali malam tadi.

        Mari kita sama-sama menulunsuri kejayaan DS Najib dalam menyiapkan BN untuk PRU 13 dan sebahagian tanda-tanda menjelangnya PRU.

Durian Runtuh Felda
Pengumuman durian runtuh untuk warga Felda semalam memberikan keceriaan yang bukan sedikit. Peneroka, isteri peneroka malah tidak dilupakan dan tidak menjangka adalah golongan generasi kedua yang turut menerima tempias daripada berita baik ini. Staff Felda juga turut menerima imbuhan apabila menerima bonus khas dua bulan setengah. Ini memang benar-benar runtuh.
Strategi DS Najib cukup cemerlang di sini. Selain berjaya memikat sebilangan besar majoriti warga Felda, pengumuman ini juga telah mengecutkan telur pembangkang yang sebelum ini beria-ia benar cuba memberikan persepsi buruk kepada penyenaraian FGVH. Tahniah DS Najib.
Walaupun masih terdapat sebilangan peneroka Felda yang tidak begitu menyokong, namun sewajarnya mereka mensyukuri nikmat Allah dan bermuhasabbah tentang kebaikan dan cuba-cubalah melihat sisi kebaikan kerajaan kepada mereka. Marilah kita sama-sama mendoakan agar golongan ini tidak termasuk ke dalam golongan kufur nikmat dan menjadi golongan yang mendapat hidayah.

Bersih 3.0
Perhimpunan Bersih 3.0 telah selamat 'diadakan' pada 28 April 2012. Walaupun perhimpunan ini nampaknya berjaya mengumpulkan 20-25 ribu peserta, namun ianya tidak menggambarkan tentang golongan majoriti yang masih selesa dengan kepipmpinan BN yang ada sekarang.
Masih ramai lagi dan merupakan bilangan besar rakyat tidak bersetuju dengan penggunaan kaedah kekerasan begini untuk berkuasa.Mereka masih lagi sukakan keamanan dan Natijah daripada perhimpunan bersih ini, rakyat semakin muak dengan taktik kotor pembangkang dan akan terus setia dengan BN dan berdiri teguh menyokong PM dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Benci dan cukup menjengkelkan melihat Melayu yang tidak sedar diuntung ini.
DS Najib pastinya melihat perhimpunan haram ini sebagai indikator kepada momentum sokongan rakyat kepada pembangkang. Berdasarkan kepada hasil perhimpunan tersebut, kita sendiri dapat melihat betapa terdesaknya pembangkang untuk berhadapan dengan rakyat dalam PRU 13 kali ini.

Isu Lynas
Isu Lynas telah berjaya diselesaikan. Sokongan kepada isu ini nampaknya semakin reda. Apatah lagi, pihak berkaitan Lynas telahpun memulakan prosiding mendakwa beberapa individu dan NGO atas dakwaan memburuk-burukkan dan memfitnah pihak pengurusan Lynas.
Rasanya isu Lynas ini tidak lagi menjadi ancaman besar kepada BN dalam memenangi hati rakyat. Sekiranya ada ketidakpuasan pun, ianya hanya membabitkan segolongan kecil sahaja dan barang sudah tentu Tok Nan selaku MB Pahang ada cara dan strateginya untuk mengatasi isu ini.

BR1M
Perlu diingat bahawa hampir 3 juta isi rumah mendapat manfaat daripada BR1M ini. Walaupun hanya RM500 sahaja, namun bagi sebilangan besar golongan penerim BR1M ini, ianya merupakan jumlah yang berpatutan dan dapat digunakan untuk pelbagai kegunaan bagi meringankan beban mereka. Meskipun bantuan ini diterima oleh rakyat tanpa mengira ideologi politik penerima, golongan penentang kerajaan turut memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang diterima. Golongan ini pastinya dapat melihat kesungguhan kerajaan BN sedia ada dalam membantu meringankan beban kehidupan.

Baucer Buku
Strategi DS Najib memenangi hati golongan mahasiswa ini cukup disenangi. Nilai tidak begitu banyak. RM200 sudah cukup untuk menampung sebahagian keperluan mahasiswa. 

Kejayaan DS Najib menguruskan perkara-perkara ini dengan baik telah meningkatkan keyakinan rakyat majoriti kepada kepimpinan beliau. Penyokong tegar BN akan terus kekal bersama PM dan BN, pengundi atas pagar yang sentiasa melihat , memerhati dan menilai dasar sudah pasti gembira dengan pendekatan DS Najib. Sokongan golongan atas pagar ini sudah mulai cenderung kepada BN pastinya kerana mereka turut menilai usaha dan pendekatan yang di bawa oleh pihak pembangkang. Malah yang lebih menarik lagi, sudah ada sebahagian penyokong tegar parti pembangkang yang berkira-kira untuk memberikan undi kepada BN.

Hidup BN
Yakini BN
Undi untuk BN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana