Thursday, January 26, 2012

A Farmosa : Lambang Keruntuhan dan kehinaan Melayu (1)



MK cuba berkongsi beberapa fakta tentang kewujudan A Farmosa di Melaka. Mungkin sebahagian besar daripada kita memahami tentang kewujudan A Farmosa sebagai satu simbol keagungan pemerintahan Portugis di Bumi Melayu ini. Namun begitu masih ramai lagi yang tidak mengetahui kisah disebalik kemashyuran tugu Portugis ini.

1. Pembinaan A Farmosa hanya mengambil masa lebih kurang 6 bulan sahaja.
Melaka tidak punya batu-batuan yang banyak untuk menyiapkan kota sebesar A Farmosa ini yang melingkungi kawasan pentadbiran Portugis disamping peranan utamanya sebagai pelindung Portugis daripada serangan balas orang-orang Melayu Melaka yang tewas pada 1511.

Untuk membawa batu-batuan daripada Goa India sebagai pembekal utama juga adalah mustahil kerana jarak perjalanan melalui laut adalah memakan masa yang panjang. Portugis mengambil kira sekiranya usaha mengambil batu-batuan dari Goa akan menyebabkan kedudukan Portugis di Melaka akan tergugat.
Atas alasan ini, agaknya dari sumber batu-batuan untuk mebangunkan A Frmosa yang mashyur ini.
Tentu kita tertanya-tanya...batu yang banyak dan masa pembinaan yang singkat tentulah memerlukan sumber yang cepat dan terdekat.

Persoalan yang timbul adalah, bagi sebuah kerajaan yang cukup hebat barang sudah tentu ada peninggalan kepada sejarah kerajaan itu sendiri. Jika kita mengkaji sejarah keagungan bangsa-bangsa lain berabad dahulu, peninggalan mereka cukup hebat. Taj Mahal, Great Wall, istana kerajaan di negara-negara barat. Tapi bagi sebuah kerajaan yang lebih hebat daripada itu iaitu Kerajaan Melayu Melaka...di mana kita dapat mencri warisan kerajaan tersebut.

Tidak ada. Ye, tidak ada sedikit pun peninggalan fizikalnya, kecuali nota-nota sejarah yang masih banyak tersimpan di muzium di London dan Lisbon, itupun belum ada umat Melayu yang berani untuk menggalinya keculai Prof Datuk Ramlah Adam.
Apa yang dapat kita fahami daripada kenyataan ini.
Pembinaan kota A Farmosa adalah daripada runtuhan istana Melayu zama Kesultanan Melaka, runtuhan masjid-masjid, runtuhan surau-surau, runtuhan rumah orang-orang Melayu. Malah tidak cukup dengan itu, pembangunan A Farmosa adalah daripada batu-batu binaan kubur dan batu nisan orang-orang Melayu Melaka.

Kesian sungguh orang Melayu. Dihina sebegitu rupa, hinggakan tidak ada ruan untuk kita mengenang tentang kewujudan datuk nenek kita orang Melayu Melaka ketika itu. Mungkin juga sekiranya kita pernah menziarah A Farmosa, ketika kita sentuh binaannya...apakah yang kita rasakan. Kemungkinan bahawa itulah batu-batu atau pun lantai tempat sujudnya orang Melayu Islam Melaka suatu masa dahulu.

Andaikata kita melihat hari ini A Farmosa itu lambang kekuatan Portugis sepertimana catatan nota sejarah. Jangan lupa bahawa ianya juga adalah lambang kehinaan orang-orang Melayu suatu masa dahulu. Adakah Melayu hari ini akan merasai kehinaan seperti ini lagi.





Wednesday, January 25, 2012

CNY




Beberapa hari lepas, kita semua tentu perasan dengan kemeriahan sambutan CNY 2012. Bagi MK yang tinggal di Kulaijaya, tepat jam 12 malam...MK rasa macam berada pada zaman peperangan. Bunyi mercun dan bunga apa berdentam dentum sepanjang malam. Rasa seronok ada, rasa takut ada. Seronok bila melihat percikan bunga api yang berwarna warni...dan pastinya bunga api yang dibakar bukan daripada jenis bunga api cap ayam. Sudah tentu bunga api jenis mahal dan kemungkinan berharga sekitar RM100 untuk sekali bakar. Rasa takut pula bila mengenangkan, manalah tahu boleh berlaku kebakaran yang mungkin akan mengakibatkan kerosakan harta benda mahupun nyawa.(Terkini di Sabah...seorang pemuda mati dengan mukanya hancur dipercayai akibat letupan bunga api di bahagian mukanya).


Agaknya suasana sebegini adalah biasa bagi masyarakat di negara lain. Iraq, Palestin, Mogadishu dan lain-lain tempat yang dilanda perang baik perang saudara mahupun perang bukan saudara. Baik untuk menguatkan cengkaman kekuasaan mahupun berhadapan dengan penceroboh yang mahukan kedaulatan negara. Memang menakutkan sekiranya ini berlaku di tanahair tercinta. Bunyi tembakan, pengeboman dan jeritan kesakitan mahupun ratapan kematian sememangnya perkara biasa bagi mereka. Mereka hanya pasrah...yang tidak merasai hari ini, mereka bersedia untuk masa depan menghitung nasib mereka sendiri. Bagi MK, perkara seperti ini diharapkan hanya menjadi tatapan di media sahaja dan bukan berlaku secara live. Minta dijauhkan.


Tapi MK bukan mahu bercerita tentang ini. MK ingin mengajak anda pembaca mengimbas apa yang berlaku pada CNY. Lebih tepat lagi beberapa hari, atau beberapa minggu atau beberapa bulan sebelum tibanya CNY.


Mari kita sama-sama lihat apa implikasi CNY kepada orang Melayu. Bagi bangsa yang menyambut CNY sudah tentu mereka sangat gembira dan percaya tuah mereka akan lebih baik pada tahun naga air ini. Adakah tuah dan nasib orang Melayu juga turut sebaik dan sebertuah mereka.


MK cuba menelunsuri kepada impak barang-barang keperluan. Samada yang kita semua gunakan mahupun sebahagian daripada kita menggunakan dan juga mengambil kesempatan.


1. Barang keperluan makanan contohnya ayam.


Harga ayam sebelum CNY mencatat harga yang agak rendah berbanding beberapa minggu dan bulan sebelumnya. Harga di Econsave pernah mencatatkan RM3.99 bagi sekilo. Murah, bolehlah borong banyak-banyak bagi yang memiliki freezer besar.
Hari ini, selepas beberapa hari CNY, harga ayam melonjak naik, dan MK akan terus naik dan naik seperti tahun-tahun sebelumnya sehinggakan menimbulkan rungutan yang banyak di kalangan pengguna.







2. Barang mewah - emas, perhiasan


Sedar atau tidak, semasa bulan Ramadhan yang lalu...harga emas telah 3 kali dinaikkan oleh FGJAM (badan yang terdiri daripada pengilang dan peniaga emas). Tahukah anda bahawa harga emas telah turun dengan banyak dalam tempoh 2 bulan sebelum CNY sehinggalah CNY.
Apa yang berlaku adalah...walaupun harga emas naik berkali kali ketika umat Islam bersedia menyambut hari kebesaran....Umat Islam di Malaysia berbondong-bondong membeli barang kemas perhiasan. Jika di lihat senari masa itu, golongan bukan Melayu tidak berbuat sepertimana orang Melayu lakukan. Mereka hanya melihat kegilaan membeli perhiasan, mereka hanya tersenyum dengan ketidakbijaksanaan orang Melayu.
Baru-baru ini, harga emas turun menggila sebelum CNY...mereka membuat pelaburan dengan banyak membeli logam berharga ini. Bijak, memang bijak.
Dan MK rasa, tidak lama lagi harga logam ini akan terus naik dan naik dan naik sehinggalah ke saat AidilFitri. Kita tunggu dan lihat.
Mereka untung membeli ketika harga murah, kita pun 'untungggg' membeli ketika harga mahal.







Mari kita menelunsuri di sebalik pegangan kek ekonomi Malaysia. Kartel mereka memberikan kemudahan dan keistimewaan untuk mereka mendapatkan pelbagai barangan dengan harga murah di saat mereka memerlukan manakala kita tidak dapat memahami  apa yang berlaku di sekitar kita dan kita selalunya kalah dalam game ini.


MK kata:
Renung-renungkanlah

Monday, January 23, 2012

PRU 13 diadakan pada Mei ini



MK rasa PRU 13 sudah hampir tiba masanya. Memang PM Najib yang ada tarikhnya. Tapi rasanya memang dah dekat sangat. Cuba kita analisis beberapa sebab yang membolehkan parlimen dibubarkan dan diadakan pilihanraya. Jom kita zoooommm.


1. Bantuan RM100 untuk persekolahan murid dah selesai.
Status: Rakyat puas hati


2. Bantuan BR1M RM500 sudah mula diagihkan, dan akan selesai tak berapa lama lagi.
Status : Rakyat puas hati


3. Brader Anwar dah terkucil. Dia ingat dia kena sumbat kat Sungai Buloh tapi dia dah 'bebas'. Ramai strategis yang menjangkakan brader ini kena hukum nampaknya tersasar. Dan mulut strategis-strategis ni dah tertutup...dah tak ada modal dah...Isu ini dijangkakan  boleh bertahan dalam 3-4 bulan dari sekarang.
Status : Ramai rakyat yang dah faham situasi sebenar


4. Impak dari 'pembebasan' brader Anwar menyebabkan ramai sekutu yang ada kat luar negara pun dah tak ada point..so...mahkamah Malaysia bukanlah mahkamah kanggaroo. Depa ni pun mula dah tak berapa nak yakin kepada brader Anwar. Sebaliknya mungkin dah wujud sedikit keyakinan kepada kepimpinan PM Najib.
Status: Lega


5.Kakitangan awam seramai 1.4 juta orang. Ini pun ada impak yang besar kepada keputusan PRU akan datang. Pelaksanaan SBPA yang segelintir tak puas hati akan dikaji semula dan siap dalam masa 3 bulan. Maknanya yang tak puas hati dah suka sebab akan ada kajian semula dan mereka tentu menjangkakan akan ada petanda positif untuk mereka. Mulut pun dah kena kunci baekk punya.
Status : Tak perlu risau


6. Cabaran hamPAS. Sejak hamPAS kena bambu oleh bekas exco Selangor...Ramai yang dah celik akal menengok keletah hamPAS yang sememangnya jadi kuda tunggangan sahaja. Semalam pulak Nik Aziz kata dia tak payah buat peristiharan harta sbb katanya dia tak ada pun harta, kecuali beberapa keping tanah peninggalan bapanya. Sedangkan semua orang tau...rumah yang besar kat belakang rumah rasminya tu dia jugak yang punya. Kalau ada org Pulau Melaka yang boleh sahkan, sila sahkan.
Negara Kebajikan pula sudah mengambil alih peranan negara Islam. Ni isu terbaik untuk dimanipulasi. Ramai ahli hamPAS merasa mereka telah diperdaya dengan cara halus. Hehehehe...padan muka hangpa.
Status : hamPAS dah semakin terperosok dalam longkang.


Rumusan:
Ada banyak lagi petanda yang menunjukkan saat terbaik untuk PRU diadakan. Kalau saudara-saudara pembaca ada 'resa'. meh la kongsi-kongsi.

BN menang besar PRU 13?

 Berita-berita tersiar di media arus perdana  memaparkan keyakinan tinggi pihak-pihak pro BN untuk menang besar di Pru 13. MIC hari ini menyatakan akan menyapu kembali kebanyakan kerusi yang 'hilang' semasa PRU 12 yang lalu. Ini termasuklah kerusi Sungai Siput yang seakan menjadi hak milik kekal untuk parti tersebut. Malah MIC turut berasa angin untuk meletakkan calon mereka di kerusi-kerusi tertentu di Pulau Pinang dan Kedah yang kononnya memiliki pengundi india yang agak ramai. Mungkin bertukar dengan kerusi tradisi yang agak panas dan kurang kemungkinan untuk ditawan kembali. Kalau tidak bertukar pun, mereka mengharapkan diberi agihan tambahan dalam PRU 13.


Kalau hari ini MIC berasa begitu gembira untuk melakukan pengumuman ini, tidak terkecuali juga parti komponen BN yang lain. Gerakan awal-awal lagi menaburkan janji besar untuk menawan kembali kerusi parlimen yang terlepas.Pulau Pinang yang jatuh ke tangan DAP, kalau diikutkan cerita Gerakan seperti akan kembali semula ke pangkal jalan. Namun begitu ini adalah angan-angan yang belum jadi kenyataan. Hanya cakap-cakap kosong sebelum gendang sebenar berbunyi dan seakan gula-gula untuk masyarakat cina di Pulau Pinanang sahaja rasanya.


Komponen PPP yang diketuai oleh Kayveas juga tidak kurang hebatnya. Kata-kata, beliau tidak akan beralih arah ke pihak pembangkang walau apa pun terjadi juga amat menarik untuk diulas dan dikupas berdasarkan senario politik hari ini. Barang jangan dilupa bahawa PPP akan sentiasa menjadi penyokong kepada BN yang mewakili kaum India dan jangan lupa juga pada suatu ketika dahulu PPP adalah pembangkang. Presiden PPP mencanangkan untuk BN memberikan kepada PPP beberapa kerusi yang pernah mereka menangi beberapa puluh tahun dahulu. Ini juga rasanya gimik yang perlu diberikan perhatian. Rasanya biarlah mereka menjadi pengikut dan penyokong yang setia. Perkongsian kuasa mungkin belum sesuai untuk mereka buat masa ini.


UMNO pulak bagaimana. Dah ada ke yang berani mengeluarkan kenyataan akan menawan kembali samada kerusi mahupun negeri-negeri tertentu yang terlepas. Rasanya belum ada. PM belum lagi membenarkan mereka untuk cakap besar. Namun cakap-cakap kosong seolah memberikan kita isyarat tersebut. Isyarat yang tidak berapa jelas namun boleh dihidu kehadirannya.


UMNO rasanya tak perlu untuk cakap besar. Kerja kuat dan sentiasa dihadapan untuk menghadapi perang pilihanraya perlu diteruskan. Langkah besar telah dimulakan oleh Presiden BN, langkah-langkah kecil perlu sentiasa dan terus dilakukan oleh yang lain. Kuasa memerintah tidak seharusnya menjadi taruhan untuk Melayu terus survive hari ini. Jangan jadikan ungkapan "Kita pilih ***, tak suka nanti kita pangkahlah semula BN'. Kita tidak boleh lagi memperjudikan nasib kita seperti ini. Perlu diingat, 5 tahun yang mendatang adalah suatu masa yang panjang. Banyak hal dan perkara yang boleh dilakukan, berubah dan terlepas dari tangan kita, Dan untuk mendapatkannya kembali bukanlah suatu yang mudah, semudah pangkah tanpa analisis sepertimana berlaku pada 2008.


MK kata:
Melayu tidak boleh lagi alpa dan sentiasa bersangka baik, banyak yang perlu di perhalusi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana