Saturday, January 21, 2012

DS Najib : Strategis Terbaik 1


          



Apa yang anda nampak tentang DS Najib. Nampak tak betapa strategisnya DS Najib. Banyak keputusan berbentuk politiking berjaya ditangani oleh PM dengan begitu berhemah. Tak nampak pun penglibatan beliau dalam sesuatu isu tetapi setiap isu yang mendatang berjaya ditangani dengan baik dan memberikan impak yang besar kepada kepercayaan dan persepsi rakyat terbanyak kepada kepimpinan PM kita.


MK cuba menyentuh apa yang dilakukan oleh DS Najib untuk memenangi hati rakyat. Bermula dengan slogan dan tg line 'Rakyat didahulukan ,Pencapaian diutamakan', DS Najib terus berusaha meningkatkan persepsi rakyat kepada amalan dan kepimpinan baik PM.


Apa yang MK dapat nyatakan, DS Najib sentiasa meluangkan masa bersama rakyat untuk menonjolkan diri dan kepimpinannya. Mungkin anda perasan mungkin juga anda tidak menyedari bahawa setiap hari PM kita akan cuba untuk bersama-sama sebahagian besar rakyat terbanyak. Pogram bersama rakyat dirancang setiap hari agar memberikan peluang kepad rakyat untuk bertemu PM yang mereka sayangi.


Dan setiap hari juga ada berita baik untuk rakyat yang ditemui oleh PM. Tidak kira program apapun, PM akan cuba mendekati rakyat dan mengambil hati mereka. Peluang yang ada tidak dilepaskan oleh PM untuk menimbulkan persepsi PM dan kerajaan BN hari ini adalah yang terbaik. Beliau cuba menghakis sedikit demi sedikit persepsi buruk segelintir rakyat yang meragui kepimpinan beliau akibat dari dasar pecah dan perintah pembangkang. malah fitnah dan gambaran buruk PM dan kerajaan yang sentiasa dicanangkan oleh pembangkang berjaya dikikis oleh PM melalui program bersama rakyat ini.


Setiap hari, malah mungkin sehari ada dua ataupun tiga program PM bersama rakyat. Anda perhatikanlah. Kerja baik ini juga turut dilakukan oleh pendokong setia beliau selaku TPM. Mereka berdua sentiasa berusaha mendekati rakyat untuk memberikan penjelasan dan memberikan peluang untuk rakyat bersalam, bertemu dan memandang wajah pemimpin mereka. Mereka berdua sememangnya boleh dikatakan berjiwa rakyat.


Namun usaha murni ini tidak dapat diteruskan dan diikuti oleh sebilangan besar pemimpin kerajaan. Tidak berapa ketara pendekaan ini dimanfaatkan oleh pemimpin lain. Nampaknya mereka begitu selesa dengan kedudukan ini. Mungkin merasakan mereka tidk perlu bersusah payah untuk melakukan perkara ini, mungkin dalam perkiraan mereka usaha ini sudah dilakukan oleh pemimpin besar mereka.Tak tahulah samada pemimpin lain tidak dapat bersama-sama seiring bekerja keras ataupun mereka memang malas untuk mendekati rakyat. Apa yang MK nampak, sekiranya mereka turut sama dalam program-program lain, mereka masih menampakkan bahawa mereka adalah expartiat dan tidak berusaha menrapatkan jurang ketara antara mereka dan rakyat. 


MK kata:
Syabas untuk PM dan TPM. Pemimpin lain, anda sepatutnya mencontohi kepimpinan yang seperti ini, namun bila la agaknya.








Thursday, January 19, 2012

Pemuda PAS pun bingai sama macam Ambiga



MK paling meluat kalau tengok gambar pompuan tak sedar diuntung ini. Macam-maca hal dibangkitkan untuk menyakitkan hati orang Melayu. Lepas satu, satu pekara di ungkitnya.

Terkini, si ambiga ni dah nak ugut kerajaan agar memenuhi tuntutan yang tidak munasabah. Kalau setakat tuntut jer tak pa lagi, ni siap ugut kerajaan pulak. Kalau kerajaan tidak dapat memenuhi tuntutannya, dia akan gerakkan perhimpunan ala demo haram atas nama bersih 3.0 plak. Ini sudah melampau. memang melampau. Apa dia ingat dia saja ker rakyat negara Malaysia ni. Dia fikir dia saja ke yang boleh nak menuntut itu dan ini. Kita sebagai rakyat tak boleh ke mintak dan tuntut itu dan ini.

Kita kena faham, bahawa apa yang dibuat oleh si ambiga ini sudah pasti ada maksud yang tersirat. Sempena dengan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat yang memberikan bom jangka untuk pembangkang berkubur. Gerakan yang sebelum ini diharapkan akan menjadi momentum sokongan rakyat kepada Anwar tidak menjadi kenyataan. Pembebasan bererti check mate untuk Anwar. Habislah kerja sia-sia Anwar bertahun-tahun memburukkan kerajaan samada di dalam negara mahupun luar negara tidak menjadi kenyataan. Sebab pembebasan ini bermakna kerajaan tidak buruk. Syabas Tok Jib, strategi yang baik untuk mematikan lagkah si gila kuasa ini.

Dah tak ada point. Maka digerakkan si ambiga ini dengan projek bersihnya. Kalau tak jalankan projek ini, sudah pasti populariti dan momentum sokongan rakyat akan terhapus. hahahah. Pada muka hang. Nampaknya hang dah silap startegi. Gerakan bersih inilah diharapkan akan mengembalikan momentum sokongan rakyat kepada si gila kuasa ini.Dah tak ada cara lain dah. Ceramah pun orang dah tak berapa nak heran. kat obersea pon orang dah mula tak percaya dah. Hahahaha. Kesian lagi.

Tapi yang paling MK tak tahan dengan sikap si pemuda hamPAS. klik sini. Cuba anda nilai kata-kata Ketua Penerangannya. Penganjur seksualiti merdeka seperti ini pun nak disokong dengan sepenuh hati. Dah hilang pertimbangan dan akal agaknya mamat ini. Dah tak tahu nak membezakan yang mana bulu yang mana tulang. Sudah-sudahlah wahai hamPAS totok. Bak kata YB Zul..pilihan yang ada samada anda dan parti anda keluar dengan terhormat daripada PR ataupun tukar nama parti anda. jauhkan daripada memalukan umat Islam Malaysia secara keseluruhan.

MK kata:
Kalau nak tunjuk bingai pun agak-agak la...

Sunday, January 15, 2012

Berundur dengan terhormat?



MK tertarik dengan berita di akhbar arus perdana hari ini, yang memetik kata-kata mantan Ketua Wanita UMNO yang membayangkan beliau tidak akan bertanding di kerusi Parlimen. Beliau menjelaskan bahawa beliau sudah cukup lama dan usianya menghampiri 70 tahun sekiranya beliau masih bertanding dan memegang jawatan ahli parlimen.

Beliau juga membayangkan, akan berundur dan memberikan peluang kepada muka baru untuk bertanding menggantikan beliau nanti.

Rasanya jika dimbau sekilas pandang, sudah cukup lama orang kuat wanita UMNO ini memberikan sumbangan dan baktinya kepada parti dan negara. Beliau kini turut memegang jawatan pengarah bukan eksekutif Airasia.

Rasanya beliau tidak perlu menmbuat pengumunan seperti ini. Kalau rasa sudah sampai masa untuk berundur, berundurlah dengan terhormat.Beliau sepatutnya menyatakan 'tidak akan bertanding' dan bukannya 'sedia berundur'. Kenyataan yang boleh menimbulkan pelbagai polemik untuk rangkikata 'tidak akan' dan 'sedia'.

Menarik juga sekiranya kita melihat bukan sahaja, bekas ketua wanita UMNO ini yang sepatutnya memberikan laluan kepada lebih ramai muka baru. Baik ahli parlimen mahupun ahli dewan undangn negeri. baik presiden, setiausaha mahupuan menteri kabinet yang saban kali pengumuman barisan kabinet baru dilakukan, masih terlekat lagi nama-nama yang kadangkala menjadi liabiliti kepada kerajaan mahupun parti pemerintah.

Sudah terlalu lama untuk mereka yang seperti ini duduk dalam barisan kepimpinan negara samada dalam jawatan tertinggi parti mahupun kerajaan. Duduk bertenggek dan melekat dengan jawaan yang seolah-olah dirasakan hanya mereka sahaja yang mampu memikul tnggungjawab yang diberikan.

Berilah peluang kepada lebih ramai lagi pemimpin pelapis yang mungkin mempunyai visi dan corak pemikiran yang boleh membawa organisasi kepada suatu saf baru yang lebih dinamik dan berupaya memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat terbanyak. Kalau masih menyatakan setia kepada parti dan kerajaan, adakah dengan tidak diberi jawatan kepimpinan dalam parti mahupun kerajaan...tidak mampu memberikan sumbangan?

 Senario ini sebenarnya amat membimbangkan bagi MK sebagai rakyat marhaen. kalau kita lihat, contoh terbaru...bekas Menteri Penerangan DS Kadir Sheikh Fadzir...apa yang berlaku pada bekas menteri ini hari ini. Dengan tidak adanya jawatan, beliau telah beralih kem dan menyertai pembangkang. Kita sebagai rakyat sudah tentu akan mempersolkan khidmat yang telah diberikan oleh beliau semasa berkhidmat dalam kerajaan. Sebagai menteri dilantik, sebenarnya beliau tidak memberikan sepenuh perkhidmatan, dan pastinya hati beliau tidak seputih yang diharapkan dalam perkhidmatan yang diberikan. Chua Jui Meng, Zaid Ibrahim dan yang terhebat adalah Anwar Ibrahim. Malah kalau disenaraikan, ianya akan memberikan senarai yang cukup panjang. Kalau kebanyakan barisan saf kepimpinan parti dan kerajaan seperti ini...maka rosaklah kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

MK kata:
Susah nak letakkan kepercayaan 100% kepada orang yang macam ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana