Monday, January 9, 2012

Anwar Bebas. Malaysia Bebas?



Teruja sedikit untuk respon kepada keputusan mahkamah membebaskan DSAI yang tidak bersalah.

Tahniah untuk DSAI. Nyata anda 'mungkin' tidak bersalah pada pusingan pertama ini. Kita tunggulah pusingan seterusnya nanti selepas beberapa ketika. Pihak pendakwaan pula sedang menimbangkan kesesuaian untuk memfailkan rayuan (kalau dirasakan sesuai kot). Namun MK pasti walaupun pusingan kedua dan seterusnya bukan daripada barisan pendakwaraya, akan ada yang akan menguruskannya. Ternyata juga dengan 'kemenangan' ini  pihak DSAI masih harus lagi  mengakui akan integriti Hakim mahkamah Malaysia dan tidak terlalu menaruh kepercayaan kepada hakim rakyat. Yer la, kalau gunakan hakim rakyat...ada kemungkinan yang lain akan berlaku.

MK terima dan akur dengan keputusan mahkamah. Namun jauh disudut hati MK percaya ada yang tersurat dan tersirat. Ada strategi yang dirangka dan ada gerak yang diatur. Tidak mungkin pihak geng Pak Jib akan duduk diam goyang kaki. Jadi...percayalah yang tersirat akan jauh mengatasi yang tersurat. Ada hikmah yang perlu diperhalusi.

MK kata;
Tunggu dan lihat

Sunday, January 8, 2012

Presiden Pemikiran Buruk dan Bernanah


Cuba teka : Presiden parti mana saudara kita ini?

      MK sebenarnya tak berapa nak suka membicarakan tentang Mr Presiden hamPAS ni. Namun kenyataan beliau berkaitan dengan demo 901 amat menjengkelkan MK. Rasa kecewa ada, marah ada, geram ada, rasa nak hormat pun seakan dah semakin menipis. Seruan beliau untuk ahli-ahli hamPAS sama-sama hadir ke demo 901 sebenarnya seakan kata keramat untuk pengikut totok hamPAS. Mana ada ahli totok hamPAS akan menolak amanat dan gesaan Mr Presiden.

      Sebagai seorang Presiden, sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan majoriti ahlinya adalah Islam dan berseteru pula dengan sebuah parti yang kononnya pulak tidak islamik namun hakikatnya 100% ahli parti politik seteru beliau adalah muslimin dan muslimat.

      Adakah sudah terlalu laparkan kuasa sehingga sanggup mengenepikan rasa terkilan sebilangan masyarakat Islam yang lain. Adakah sudah terlalu kemaruk untuk meletakkan UMNO jauh daripada Putrajaya. Dan apakah sudah hilang pertimbangan menyeru ahli parti hamPAS untuk menyatakan sokongan kepada seorng pemimpin yang ketandusan moral dan integriti. Adakah atas dasar persepakatan maka berbondong-bondong si lembu dicucuk hidung terpekik terlolong macam beruk kena siram dengan tar, apakah juga dengan alasan menjaga dasar persefahaman maka dibolehkan untuk ingkar kepada undang-undang dan melakukan provokasi melampau untuk mengakibatkan pihak keselamatan terpaksa melakukan sesuatu yang agak diluar jangkaan si lembu tadi dan dijadikan modal mengatakan pihak keselamatan bertindak ganas.

      OOOhhhhh...sudah-sudahlah Mr Presiden. Balik la ke pangkal jalan. Tak akan kemana jawatan sebagai Mr Presiden sekiranya ramai umat Islam di negara ini lebih terluka dengan tindakan seolah manjadi kuda tunggangan sahaja dan menampakkan tahap kebebalan dan kebodohan melampau. Pastinya Mr Presiden cukup tidak suka dengan semangat machiavelli...matlamat menghalalkan cara.

      Berundur bukan bererti kalah...diam bukan bererti bengap. Mungkin ini yang lebih baik Mr Presiden amalkan dan pastinya akan menampakkan kebijaksanaan dan menyerlahkan karisma.

MK kata; 
Cukup cukup dan sudah sudahlah. Ada agenda lain, menyatukan Islam dan umatnya suatu ibadah dan fardu kifayah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana