Monday, November 12, 2012

Wanita Melayu Terhebat

Mari Bincang Pasal Nasib Melayu, Perpaduan Melayu, Cabaran Melayu hatta apa sahaja tentang Melayu
Wanita Berani Mengangkat Senjata
Belajar menembak pakai kain batik.Sisi lawak yang boleh mencetuskan gelak ketawa hingga senak perut. Kalau hari ini kita melihat wanita sebegini belajar menembak, mau terguling-guling ketawa. 

Namun jangan lupa, madah pujangga mengatakan sekeping gambar boleh memberikan 1000 erti. Begitulah juga dengan gambar yang MK muatnaik ini. Banyak maksud yang tersirat yang kita boleh huraikan tanpa sedikitpun prejudis dan anda juga boleh memberikan pandangan terhadap gambar ini.

MK percaya, ada dikalangan kakak-kakak atau makcik-makcik yang ada dalam gambar ini yang sudah tidak ada, dan sekiranya masih hidup usia mereka sudah pasti dalam lingkungan 70 - 90 tahun.(Maafkan MK sekiranya MK tersilap mengira). Mungkin juga dalam kalangan kakak-kakak dan makcik-makcik ini adalah emak, emak saudara, jiran, mungkin juga nenek kepada kita. Di mana agaknya mereka sekarang.

Tentu ada peristiwa besar sehingga wanita-wanita dalam gambar ini sanggup belajar menembak. Sedangkan kita tahu pada masa tersebut, dimana kedudukan wanita. Jangan kata pergi berperang, wanita yang pergi bekerja sahaja sudah menjadi sebut-sebutan masyarakat kampung. Menjadi kejanggalan bagi wanita Melayu zaman pra merdeka bekerja apatah lagi menjadi soldadu dan memegang senjata. Kenapa mereka sanggup mengenepikan nista orang lain dan mengambil tanggungjawab memegang senjata. Tentu ada sebabnya.Tentu ada perkara yang sangat besar dan bermain diminda mereka sehingga perkara yang tidak pernah menjadi keutamaan mereka diambil peduli sebegitu sekali.

Kenapa agaknya?

1 comment:

Anonymous said...

Ancaman komunis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana