Friday, October 28, 2011

Balik Pulau nan indah



Indah sungguh panorama di balik Pulau. Memandu di lereng-lereng bukit sambil menikmati panorama pantai di area Balik Pulau memang mengasyikkan.



Banyak jugak MK lihat taman-taman perumahan baru sedang dibina termasuklah deretan rumah mewah seperti gambar. kalau melihat gambar, rumah seperti ini di Pulau Pinang adalah lambang kekayaan dan kejayaan  seseorang individu. Kalau di lihat secara kasarnya...memang cantik rumah dalam gambar. Apatah lagi setelah diserah milik...bolehlah dibuat sedikit pengubahsuaian mengikut citarasa sendiri.

Namun begitu...kalau berpendapatan dibawah RM4000, tak usahlah nak berangan memiliki rumah seperti ini. Langsung tak layak dengan kemampuan membayar balik pinjaman yang tentunya mencecah ribuan ringgit sebulan. Belum ditambah lagi dengan lain-lain bayaran utilities dan sebagainya.kalau RM5000 pun masih boleh menyebabkan air liur meleleh.

Kesempatan berkunjung ke Pulau Mutiara beberapa hari lalu, dan diberi kesempatan pula untuk sampai ke kawasan Balik Pulau yang seingat MK sangat jauh berbeza panoramanya berbanding 5 atau 6 tahun dahulu.
Mungkin ada kebenarannya, bahawa Melayu Balik Pulau sedang diusir secara halus melalui pembinaan rumah-rumah dan pembukaan taman-taman perumahan baru yang asaslnya adalah tanah milik orang Melayu tetapi hari ini dijual dengan harga yang cukup tinggi. Harga yang boleh menyebabkan ramai orang melayu di Balik Pulau terbeliak.

MK lihat bukan sekadar sebuah taman perumahan...malah sangat banyak taman perumahan baru sedang dalam pebinaan...dan rata-ratanya adalah rumah teres mahupun rumah semi-D dua tingat. Harganya....anda bayangkan sendiri.

Kalau dulu, Balik Pulau adalah kawasan orang Melayu sebab tak ampu untuk membeli rumah di kawasan Georgetown dan sekitarnya....tapi selepas Balik Pulau 'dimajukan'...kat mana Melayu ini nak tinggal.



MK: Kesian dengan hang pa wahai Melayu Balik Pulau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana