Monday, August 15, 2011

Koh Tsu Koon : Liabiliti BN Paling Besar

Hari ini, media sebuk memperkatakan tentang Koh Tsu Koon. Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, walaupun kita semua tahu bahawa beliau telah kalah teruk di Pulau Pinang dalam PRU 12. Cuba kita menilai, senario terkini yang membabitkan 'beliau';

Pertama:


KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menyelar tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang mengugut mahu membakar pejabat portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang beliau dakwa sebagai ejen pengkhianat Islam.
Tegas Koh, tindakan Ezam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.
Beliau juga berkata tindakan Ezam itu terlalu mengikut perasaan apabila mengulas tentang kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu.
“Dalam amalan demoktrasi, Ezam mempunyai hak untuk menyatakan pendirian dalam mempertahankan Islam dan juga melahirkan kebimbangan dengan kegiatan memurtadkan orang Islam yang kini sedang disiasat (Jais).
“Jika beliau mengatakan laporan portal berita ini salah, beliau perlu membahaskan secara jelas, sediakan fakta-fakta dan bukti yang kukuh atau ambil tindakan perundangan,” katanya dalam satu kenyataan.




Kedua:
 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tidak patut terikut-ikut dengan kedangkalan pemimpin pembangkang berhubung isu 'pembakaran' portal propembangkang The Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor yang mengeluarkan kenyataan bersedia 'membakar' kedua-dua portal itu berkata, kedua-dua entiti portal propembangkang itu sebenarnya tidak boleh 'dibakar' secara fizikal kerana sifatnya yang hanya wujud di alam siber.

"Justeru ia (kenyataan untuk membakar dua portal) jelas simbolik kemarahan terhadap kebiadapan portal berita itu terhadap agama Islam selaku agama rasmi negara ini



MK Kata:
Sebenarnya pada pandangan MK, inilah liabiliti yang paling besar yang terpaksa di tanggung oleh BN. Menteri ini dilihat tidak efisien dalam barisan kepimpinan negara. Hanya yang kerap dapat dilakukan adalah, menonjolkan wajah di majlis-majlis utama dan pastinya muka ' beliau' ada berdekatan dengan PM. Boleh juga kalau dikatakan 'beliau' nampaknya adalah Menteri Pembodek Kuat. Kerja yang dilaksanakan entahlah...sebagai menteri penuh, kadangkala respon 'beliau' kepada sesuatu isu amat pantas tetapi merapu entah apa yang diracaukan dan tidak melambangkan pemimpin yang sudah cukup lama dalam kepimpinan.


Mungkin kita masih ingat, cabaran Tsu Koon kepada pihak yang menjatuhkan air mukanya dengan mengatakan KTK bukanlah seorang Ketua Menteri yang cemerl;ang sepanjang perkhidmatan sebagai KM Pulau Pinang. Melenting dengan tuduhan liar sebegitu, cepat-cepat KTK melontarkan kecaman balik kepada golongan yang tidak menyukai beliau.


Namun berdasarkan kepada analisis, MK cuba catatkan beberapa perkara besar yang harus kita renungi tentang KTK ini.
1. Siapa ketua parti Gerakan yang kalah teruk dalam PRU12 yang lalu?
2. Banyak peristiwa yang melibatkan orang Melayu Pulau Pinang, kenapa tidak nampak pembelaan yang wajar daripada barisan kepimpinan Perhubungan BN Negeri PP...Siapa Pengerusi Perhubungan BN Pulau Pinang?
3. KTK menang ke dalam PRU12 yang lalu? 


Rasanya tidak wajar masih mengekalkan KTK dalam barisan kabinet dan terus mengharapkan untuk melakukan perubahan demi merampas kembali PP. 
KTK mungkin adalah duplikasi LGE...sama sahaja mereka berdua. Kelemahan KSK dan ketidak mampuan KSK memimpin barisan pembangkang di PP sebenarnya adalah satu memorandum yang telah dirancangkan bersama LGE untuk memastikan undi untuk DAP tidak akan lari. Siapa yang nak mengundi Gerakan jika keadaan seperti ini berlaku. Lebih baik mereka terus mengundi DAP. Peranan inilah yang sedang dimainkan oleh KTK dalam memastikan kelangsungan penguasaan DAP di Pulau Pinang.


Syabas KTK...Memang layak menjadi balaci LGE. Dua-dua ada kepentingan di sana. Melayu juga yang terus merana di sana. Sabarlah melayu PP. Tapi sebelum itu, padanlah dengan muka anda yang pada PRU12 mengundi selain BN kononnya untuk melakukan perubahan. 5 tahun bukan satu jangkamasa yang pendek. 


Apa peranan KTK sebagai pemimpin yang masih gagal disebalik Jawatan Menteri di JPM?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana