Thursday, June 16, 2011

Penggodam Web Kerajaan : Patut di ISAkan

hacker
Lihat imej di atas.
Kebanyakan web rasmi kerajaan yang berjaya digodam akan dipaparkan dengan paparan di atas.
Setakat post ini ditulis sudah 91 laman web kerajaan telah berjaya digodam dan akses kepada web tersebut tersekat dengan paparan di atas. 61 web berjaya dipulihkan.


Ulasan MK
Ini memang kerja manusia yang tidak bertanggungjawab. Kerja seperti ini sebenarnya amat menyusahkan baik kepada kerajaan mahupun kepada pengguna untuk akses kepada web-web yang digodam.
Tindakan untuk menjatuhkan reputasi dan imej kerajaan ini rasanya sememangnya dirangcang oleh golongan yang tidak memikirkan tentang ketenteraman awam.
Adakah kemungkinan kerja-kerja jahat di dokong oleh geng pakatan haram yang diketuai oleh PKR PAS DAP. MK rasa ianya ada kemungkinan daripada penyokong pakatan haram tersebut. Mungkin juga mereka mendapat arahan daripada kepimpinan mereka. Apa yang penting, MK rasakan perkara ini dapat memberikan imej buruk kepada rakyat Malaysia khususnya dan warga dunia lain amnya.
MK mengharapkan agar pengodam ini jika dapat dikesan dan ditangkap _ ditahan di bawah ISA. ISA sesuai sangat untuk mereka yang kita boleh kategorikan sebagai pengkhianat negara.


MK : Ini memang kerja jahat dan biadap.

Wednesday, June 15, 2011

RON 97 turun 10 sen



MK ucapkan tahniah kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional.
Kerajaan memutuskan menurunkan harga RON 97 sebanyak 10 sen mulai 12 tengah malam ini. Tak lupa juga penguatkuasaan melarang pemegang Mykad untuk mengisi petrol RON 95 bagi kenderaan berplat luar negeri. Motorsikal pula tidak ada larangan dan masih boleh membeli dengan mendapatkan subsidi.

Walaupun MK bukanlah pengguna RON 97, MK cukup gembira dengan penurunan harga minyak ini. Bersesuaian dengan penurunan crude oil dunia, langkah bijak telah diambil. Bukan sahaja janji pembangkang menurunkan harga minyak, kerajaan UMNO BN telah mendahului...dah lama dah mendahului dalam menjaga kebajikan rakyat.

MK : Puashati

Tuesday, June 14, 2011

9 lagi inisiatif bawah ETP babit pelaburan RM2.77b : Anda rasa apa-apa ke?

pix_gal0

Bangga sungguh MK bila DS Najib mengumumkan 9 lagi inisiatif di bawah ETP. Ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO Barisan Nasional ini sentiasa berusaha untuk menambahbaik bidang-bidang tertentu yang menjadi keutamaan peningkatan kebajikan kepada rakyat.


Inisiatif ini dijangka dapat menjana pelaburan RM 2.77 billion yang akan menjana pendapatan negara kasar RM 18.67 billion dan mewujudkan 36, 595 peluang baru. Ini baru betul kerajaan yang membela rakyat.


Namun disebalik gah nya berita seperti ini, MK kadang-kadang tertanya-tanya di dalam hati, siapa sebenarnya yang benar-benar menerima faedah daripada berita baik seperti ini. Golongan manakah sasaran bagi semua inisiatif ini. Adakah golongan marhaen seperti MK ini akan mendapat faedah terus atau sekurang-kurangnya mendapat tempiasnya.


Untuk tidak berburuk sangka kepada kerajaan, MK mengharapkan MK akan menerima tempias daripada pelbagai inisiatif yang diwujudkan. Mudah2an inisiatif ini benar-benar sampai kepada golongan sasaran dan tidak berlakunya ketirisan. Maklumlah...jumlah inisiatif yang diumumkan cukup besar sebenarnya dan sekiranya berlaku ketirisan, amatlah malang bagi kerajaan kerana sebahagian inisiatif ini akan hanya dinikmati oleh golongan tertentu sahaja.


MK : Bangga dengan PM, UMNO Barisan Nasional.

Monday, June 13, 2011

Nelayan Mogok : Kerajaan Kena Tegas, Tarik Balik Lesen Mereka



Membaca berita mutakhir di akhbar arus perdana berkaitan isu subsidi minyak diesel untuk nelayan bot C2. Klik   sini
MK merasakan isu ini sengaja diperbesar-besarkan oleh nelayan ( baca tauke cina) yang kononnya akan mengalami kerugian dengan penarikan balik subsidi diesel untuk bot C2 daripada RM1.25 kepada RM1.80.

Sebenarnya mereka-mereka ini, hampir keseluruhan pengusaha bot laut dalam ini adalah terdiri daripada orang-orang chauvinis.Mereka dah untung berjuta-juta sebenarnya. Mereka sudah terlalu lama menjadi nelayan kaya. Bukan nelayan yang hidupnya susah seperti kebanyakan nelayan tradisional. Sudah sekian lama mereka menikmati subsidi dan tauke ni sememangnya sudah kaya raya. Kerajaan patut bantu nelayan tradisional Melayu dan berhentilah memberikan sokongan untuk golongan chauvinist ini. Undi mereka pun bukannya untuk BN, aku percaya sangat mereka ni tamak, harta, kekayaan, subsidi semua nak...undi tak nak bagi.

Untuk rekod MK, ugutan mogok tidak nak menangkap ikan ini bukan kali yang pertama. 9 Dis 2008 juga adalah tarikh mereka memberikan ugutan kepada kerajaan supaya tidak menaikkan harga diesel daripada RM1.00 seliter kepada harga sekarang.

Inilah mentaliti golongan chauvinist ini, kerajaan diibaratkan sebagai penghalang mereka untuk mengaut keuntungan berjuta-juta mereka.

Kerajaan diharapkan jangan berlembut dengan mereka. Tak  mogok pun sememangnya ikan yang dijual hari ini sudah sememangnya mahal. Konon bila mogok maka bekalan ikan berkurangan dan ini akan menyulitkan rakyat lain. Ewah...banyak cantik muka korang.

Kalau kerajaan tarik lesen diorang lagi bagus. Dia ingat diorang aje yang pandai tangkap ikan. Ramai lagi orang Melayu yang pandai menangkap ikan, cuma mungkin peluang tak ade. Ye lah dek kerana dan di monopoli oleh mereka. Celaka sungguh.

Korang punya ikan yang korang tangkap naik bot guna minyak subsidi tu, aku nak tanya...ko hantar ke mana. Adakah ko hantar ke market kat Malaysia ni. Aku percaya sebilangan besar ikan korang tangkap tu akan korang hantar ke market Singapura. Wah wah...sedara korang dapat ikan yang baik-baik yer, segar segar lagi. Kami ni rakyat biasa dapat ikan import pulak. Weiiii...korang boleh belah la weiii.

Kalau korang tak suka dengan sistem pelaksanaan kerajaan yang ada hari ini...Boleh berambus.

MK : Aku marah ni.

Sunday, June 12, 2011

hamPAS : Mereka hanyalah pewaris nabi palsu

Catatan ini MK petik daripada Mingguan Malaysia hari ini, sini.
MK cukup tertarik kepada apa yang diungkapkan oleh Maulana Arif dan MK suka nak kongsikan sebahagian daripada pandangan kritis beliau agar sama-sama kita renungkan.

Ini ke wajah pewaris nabi : Jauh panggang dari api beb


Nabi Muhammad juga pernah merasa kecewa kerana dakwahnya di Mekah tidak membawa hasil yang setimpal dengan usahanya, tetapi tidaklah baginda patah hati sampai meninggalkan kaumnya seperti Nabi Yunus. Baginda terus berdakwah selama 13 tahun di Mekah sehinggalah baginda diperintahkan berhijrah ke Madinah, di mana dakwahnya berterusan selama 10 tahun sebelum baginda wafat. Kemudian Islam berkembang pesat sehingga akhirnya tersebar ke seluruh dunia.


Iktibar daripada kisah-kisah nabi ini ialah kita mesti beristiqomah (tetap pendirian dan tindakan) dalam perjuangan mengembang dan memperkukuh agama yang diredai Allah. Angka atau hasil berbentuk fizikal tidak menjadi matlamat kerana ia urusan Allah.
Nabi Muhammad tidak pernah berganjak sekalipun ditawarkan dengan pangkat, kuasa dan kekayaan oleh kaum Quraish supaya menghentikan dakwahnya. Malah baginda terus berdakwah sekalipun ditekan, dihina, diejek dan akhirnya hampir dibunuh.


Inilah sikap pejuang agama yang tulen. Pada hari ini kita dapat menilai siapa pejuang Islam sebenar di Malaysia. Adakah mereka dari kalangan yang berserban, berjubah, berkopiah dan gemar memekik Allahuakbar? Lihatlah betapa rapuhnya semangat perjuangan mereka.
Mereka menetapkan kuasa memerintah negara sebagai KPI mereka. Kononnya untuk mendaulatkan pemerintahan Islam. Bagi mereka ini, apa jua yang kerajaan sedia ada buat adalah tidak Islam.


Setelah berpuluh tahun berjuang dan masih gagal untuk memerintah negara bagi mendaulatkan Islam, mereka lalu mengubah haluan. Tiba-tiba mereka mengatakan al-Quran tidak menggariskan corak pemerintahan Islam. Lalu mereka melaungkan bahawa yang ada ialah pemerintahan negara kebajikan. Bagi mencapai cita-cita menegakkan negara kebajikan, mereka bersekongkol dan tunduk kepada puak yang terang-terang memusuhi Islam dan puak yang diragui pegangan agama mereka.
Apakah mereka tidak belajar apa-apa daripada perjuangan para nabi yang dikisahkan dalam Quran? Adakah Nabi Muhammad berjaya membentuk masyarakat beriman dan menegakkan Islam dengan matlamat menubuhkan kerajaan? Tidak fahamkah mereka bahawa di akhirat kelak kita akan ditanya apakah yang telah kita buat semasa hidup di dunia? Kita tidak akan ditanya sama ada kita telah berjaya membentuk kerajaan Islam atau tidak. Atau ditanya berapa ramaikah rakyat Malaysia memakai kopiah dan suka bertempik ‘‘Allahuakbar’' hasil perjuangan kita.


Mereka ini berjubah dan berserban kononnya mengikut sunah rasul. Dengan ijazah-ijazah pengajian agama yang dimiliki, mereka berasa merekalah pewaris nabi. Mereka sahajalah yang berhak bercakap soal agama. Sombong sungguh mereka ini. Disebabkan kesombongan mereka, Allah telah mendedahkan siapa sebenar mereka ini. Sekarang mereka pula yang dipimpin oleh orang-orang yang tidak memakai serban dan jubah. Apa lagi yang mereka mahu?


Di Malaysia yang penduduknya hanya kira-kira 60 peratus Muslim, sudah lama diinstitusikan agama Islam. Kita ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam. Kita ada Jabatan Kemajuan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri, mufti, kadi, Majlis Hal Ehwal Agama Islam, universiti Islam, sekolah rendah dan menengah agama, tadika Islam, kelas KAFA, Baitulmal, perbankan Islam dan piawaian halal. Pelbagai sudah dibuat untuk umat Islam.


Bandingkan Malaysia dan Indonesia, negara yang mempunyai paling ramai penduduk Islam di dunia. Adakah Indonesia yang dikatakan rakyatnya lebih 90 peratus Muslim menginstitusikan agama Islam sebagaimana di negara kita? Raja kita orang Islam. Perdana Menteri dan timbalannya juga orang Islam. Apa lagi yang tidak Islam? Dulu mereka berkata, undang-undang kita tidak Islam. Kita mesti laksanakan hukum hudud yang boleh menyebat penzina 100 kali atau merejam sampai mati.


Apakah di bawah negara kebajikan akan wujud hukum hudud terhadap penzina yang memerlukan empat saksi dari kalangan orang beriman? Kalau video pun tidak diterima sebagai bukti, mudahkah mahu mendapatkan empat saksi orang beriman. Yang pakai kopiah memang ramai, tetapi pastikah mereka ini orang beriman?


Usahkan berzina, malah orang beriman tidak mengumpat, tidak sombong, tidak memfitnah, tidak melemparkan gelaran buruk terhadap orang lain. Malah tidak bersahabat dengan syaitan, tidak bermuafakat dengan orang munafik dan kafir yang memusuhi Islam.
Ketahuilah bahawa undang-undang Islam hanya boleh ditegakkan di kalangan orang-orang beriman. Orang beriman, sekalipun terlanjur melakukan zina, mereka akan mengaku salah dan bertaubat. Mereka lebih takutkan Allah dan hukuman di akhirat daripada hukuman dunia. Tanpa paksaan dan penguatkuasaan, undang-undang Islam pasti wujud dalam setiap jiwa yang beriman. Maka serulah diri kita dan orang lain supaya beriman dengan sebenar-benar iman.

MK: Berfikir menggunakan iman dan akal, bukan guna kepala lutut

Bersih V2 : Menyingkap ketakutan hamPAS



Perhimpunan Bersih v2 yang dijangka diadakan pada 9 Julai 2011 ini menarik perhatian banyak pihak.
Pihak pro kerajaan bersungguh-sungguh meminta kerajaan menghalang perhimpunan ini daripada menjadi kejayaan.
Pihak pro pembangkang pula bersungguh-sungguh mahu meneruskan perhimpunan ini.
Pro dan kontra ini sudah pastinya akan menjadi polemik berpanjangan sehinggalah tarikh 9 Julai ini menjelma.

Satu perkara yang MK dapat kesan daripada perancangan perhimpunan ini sudah pastinya berkaitan dengan jangka hayat parti hamPAS. MK tidak mahu mengulas sudut pandangan yang lain, kerana ianya sudah cukup banyak diutarakan oleh pihak-pihak lain.

Cuma jika meneliti secara skeptikal, apa tujuan sebenar diadakan perancangan sebegitu rupa oleh hamPAS terutamanya oleh Mat Sabu.

MK merasakan apa yang tersirat adalah, parti hamPAS sudah merasai bahang kehilangan penyokong tegarnya. hamPAS sudah tidak mendapat tempat yang sewajarnya dihati golongan fanatiknya. Bukan itu sahaja malah hati penyokong hamPAS yang sebelum ini hanya suam-suam kuku juga sudah tidak dapat mempercayai hamPAS hari ini. Pelbagai isu yang melanda hamPAS membuatkan hati mereka begitu jauh dengan hamPAS. Mereka merasakan mereka tidak dapat turut serta dalam perjuangan hamPAS yang dahulu begitu dekat jiwa Islamik mereka. Namun apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, sokongan kepada peliwat no 1, kedudukan kepimpinan erdogan yang menggantikan ulamak, dasar perjuangan yang bertukar kepada negara berkebajikan apatah lagi dengan isu-isu moral pemimpin hamPAS itu sendiri telah memburukkan imej hamPAS pada mata penyokong senyap ini.

Perhimpunan bersih v2 ini tidak lain dan tidak bukan adalah bagi membuktikan kepada ramai penyokong dan pendokong setia bahawa hamPAS masih seperti dulu. Mereka cuba menarik balik sokongan yang kian terhakis sedikit demi sedikit malahan kalau dilihat di barisan akar umbi, kebimbangan kepada hamPAS merupakan satu dogma yang menakutkan mereka. hamPAS sebenarnya panik. Mereka menjangkakan bahawa mereka akan lebih berkuasa selepas PRU12, namun mereka kini tidak dapat lagi bermimpi perkara yang sama. Sudahlah mimpi dengan rakan-rakan pakatan mimpi yang berbeza, malah kini mereka sering bermimpi yang menakutkan.

Padan dengan muka hamPAS, bodo piang. Bukan mudah sebenarnya untuk mengekalkan asas perjuangan yang telah sekian lama diletakkan oleh golongan ulama. Kemenangan berganda barisan tertinggi kecuali presiden sahaja sudah membuktikan bahawa presiden yang ada hanyalah BONEKA. Itu pun msih lagi sombong. Hadi ooo Hadi, apalah malang nasib kau.

MK: Betul ke depa kata, Mat Sabu adalah Syiah. Pegangan dia adalah Ali Khomeini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana