Monday, May 16, 2011

Kempen Kasi Kaya Orang melayu

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukannya sebagai orang melayu terkaya di Malaysia.Pendapatan asetnya meningkat sebanyak 50% kepada Rm 8.84 bilion. Berikut di bawah adalah senarai lengkap 10 rakyat malaysia paling kaya 2011.

  1. Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion
  2. T. Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion
  3. Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion
  5. Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion
  6. Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary-RM 8.84 bilion
  8. Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.42 bilion
  9. Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.772 bilion
  10. Ong Beng Sheng-RM 3.987 bilion
Kedudukan orang paling kaya di Malaysia pasti memberikan satu  pengertian yang cukup mendalam. Daripada 10 orang paling kaya, hanya seorang Melayu. Diulangi...hanya seorang sahaja. Kekayaan sekitar  RM8.84 billion meletakan Syed mokhtar berada di kedudukan ke-7. Kalau dibandingkan dengan kedudukan nombor 1,Robert Kuok mengatasi kedudukan Melayu terkaya ini dengan kekayaan lebih kurang 5 kali ganda.


namun begitu, tidak ramai orang Melayu kisah siapa yang paling kaya di Malaysia. Lagipun ianya tidak ada kenan mengenapun dengan kebanyakan kita. Sudah pastinya yang tersenarai dalam 10 terkaya ini bukan adik beradik kita, juga bukan saudara terdekat dengan kita. Jadi, ada kita kisah.


Kalau dibuat sedikit perbandingan, orang Melayu merupakan majoriti terbesar di malaysia. Kira-kira 55% penduduk adalah terdiri daripada orang Melayu. kalau berdasarkan bilangan terbanyak ini, sepatutnya separuh daripada orang terkaya di Malaysia adalah Melayu. Tetapi ini tidak terjadi. 


Orang kedua terkaya di malaysia adalah orang India. Ananda sentiasa mengekori Robert Kuok dalam senarai ini. Mungkinkah stu hari nanti, kita akan melihat kedudukan no 1 itu akan berubah.


Sedikit catatan. 
Orang Melayu juga tidak kurang hebatnya dari aspek kuasa beli. Ramai Melayu yang kini berada dalam golongan pertengahan dan sebenarnya mempunyai kuasa beli yang cukup besar dan mereka adalah pembeli yang 'baik'.


Talian telefon bimbit anda daripada penyedia mana. Maxis, Digi atau celcom. Adakah anda melanggan saluran tv berbayar astro? Berapa bayaran untuk langganan tersebut?


Jika jawabapan kepada penyedia telefon anda adalah Mxis dan anda berlanggan saluran Astro, bermakna anda sendang membantu Ananda untuk menjadi terus kaya. Dan beliau akan terus kaya kerana sokongan padu anda.


Di mana pula anda berbelanja untuk barangan keperluan harian. Giant, Tesco, Jaya Jusco, Econsave, Pasaraya Titah, atau pasaraya/kedai runcit milik Melayu yang agak kurang jumlahnya.


Fikir-fikirkan lah. Adakah sehingga hari ini, anda masih tidak membantu Melayu untuk menjadi orang kaya dan mungkin juga anda turut membantu memberikan persepsi buruk kepada peniaga Melayu.


Marilah sama-sama kita membantu peniaga Melayu. Biarlah mereka turut merasai nikmat kekayaan. MK percaya, mereka akan membayar zakat atas kekayaan mereka dan agihan zakat ini akan seterusnya membangunkan ummah. Robert Kuok dan Ananda bayar zakat tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana