
Mungkin agak terlambat MK mengulas tentang SRP (Skim Rumah Pertamaku). Hari ini MK terbaca di akhbar berkaitan perkara ini, timbul pertanyaan di benak. Apa kebaikan SRP untuk generasi Malaysia. Dapatkah skim ini membantu golongan muda membeli rumah. Mampukah mereka untuk membeli rumah sekitar harga RM200K sedangkan bagi kebanyakan hartanah di Lembah Klang rasanya sudah amat payah untuk menemui rumah berharga sedemikian.
Dalam kepayahan rupanya bila ditelunsuri secara mendalam, strategi SRP sebenarnya adalah pelan jangka panjang Kerajaan untuk memulihkan kembali suasana pemecahan etnik di Malaysia terutamanya di kawasan-kawasan bandar.
Sudah terlalu lama rupanya label yang tidak sepatutnya dimomokkan kepada orang Melayu seolah-olah Orang Melayu adalah golongan terpinggir dan tidak mampu untuk memiliki hartanah mewah mahupun sederhana setidak2nya.
Kita amat biasa dengan sinonim bahawa rumah murah adalah secara amnya untuk Melayu/bumiputera. Asal dibangunkan penempatan kos murah...berbondong-bondong orang Melayu mendaftar nama untuk mendapatkan kuota untuk Melayu. Akhirnya bila disebut pasal rumah murah kita akan terbayang Melayu, dan bila disebut pasal Melayu dan rumah pastinya label rumah murah tidak akan lekang daripada topik perbincangan.
Label ini rupanya sudah terlalu lama. Lihatlah disekeling kita hari ini, kwasan penempatan Melayu yang kebanyakkannya rumah murah. bagaimana dengan sosio ekonomi, sahsiah malah pemikiran politik golongan ini. Tidak lupa juga bila kita cuba kaitkan dengan gejala sosial. Konotasi buruk pasti akan kita bayangkan dan semuanya melibatkan Melayu.
Adakah memang orang Melayu tidak mampu memiliki rumah sederhana dan mewah selain rumah murah. Cukup-cukuplah rasanya kita berhadapan dengan label ini.
Impikasi SRP pertama: Pembentukan mentaliti
Cuba anda bayangkan, berapa agaknya jumlah pinjaman yang perlu dibayar untuk sebuah rumah murah. Mungkin bermula RM100 hingga RM300 agaknya. Berapa pula bayaran ansuran ntuk sebuah rumah berharga 100K ke atas. Mungkin perlu dibayar RM700 sebulan dan lebih. Apa impaknya perkara ini?
Sudah tentu bagi pemimjam pinjaman yang dibebankan dengan bayaran ansuran RM100 akan berusaha untuk mencari sebanyak itu untuk melangsaikan bayaran pinjaman. Betul kan begitu. Manakala orang yang membayar lebih RM700 sebulan akan berusaha bagaimana untuk mencari pendapatan sebanyak mungkin untuk melangsaikan bayaran pinjaman.
Akhirnya kita akan dapat melihat tahap usaha, pemikiran malah dari sudut kreativiti dalam melaksanakan pekerjaan mhupun kreativiti mewujudkan kerja sudah pasti akan berbeza. Apabila berlku keadaan seperti ini, pastinya tahap mental bagi dua orang pemimjam ini akan jauh jurang perbezaannya.
Selepas 20/25 tahun kemudian, kedua-dua pemimjam ini pastinya akan sangat berbeza dari semua aspek.
Mungkin perancangan DS Najib daripada pelaksanaan SRP ini bukan membentuk masyarakat Melayu untuk setahun dua, tetapi ianya adalah strategi jangka panjang yang cukup hebat kesan dan implikasinya. Idea yang marbeles. Bravo PM.
Implikasi SRP kedua : Penstrukturan semula masyarakat Melayu
Skim SRP masyarakat Melayu berkemungkinan besar akan mampu untuk membeli hartanah kawasan-kawasan strategik tumpuan utama penempatan seperti di Lembah Klang dan kawasan perbandaran utama yang lain. Jika sebelum ini tidak ramai orang melayu yang mampu untuk bersaing membeli rumah di kawasan seperti ini. Pastinya dengan pelancaran skim ini kuasa beli hartanah orang melayu pastinya akan melonjak.
Apa kelebihan pembelian rumah di kawasan utama di bandar-bandar. Segala kemudahan yang terbaik biasanya diperolehi oleh penghuni di kawasan bandar. Tidak sekadar keperluan asas, malah apa sahaja sehingga kepada sesuatu yang bersifat privilige. Bukan setakat itu, segala peluang ada di kawasan bandar. Ekonomi, pendidikan malah pekerjaan cukup banyak di kawasan bandar. Kalau hari ini kita lihat, siapa yang memperoleh segala kemudahan ini. Adakah orang Melayu secara keseluruhannya kerana orang Melayu merupakan 55% penduduk di Malaysia. jawapannya TIDAK.Penghuni di kawasan utama ini bukannya orang Melayu jadi orang Melayu tidak mendapat manfaat daripada perkembangan pembangunan ini. Terpinggir adalah perkataan yang sesuai untuk keadaan ini.
Stategi SRP ini cuba membetulkan semula konsep pemecahan etnik yang telah berlaku sekian lama. Tidak perlu kita pertikaikan kebaikan SRP kerana ianya bersifat mesra Melayu sebenarnya. Akan lebih ramai lagi orang Melayu memiliki kuasa beli yang tinggii.
Kita tentu berasa bangga apabila ramai orang Melayu berjaya. Dengan beberapa kerat Melayu yang sudah berjaya, pun kita terasa betapa hebatnya Melayu, apatah lagi apabila kita melihat sebilangan besar orang Melayu berjaya. Salah ke kalau Melayu berjaya.Kalau hari ini daripada 10 orang billionair di Malaysia hanya seorang sahaja Melayu dalam kedudukan itu pun sudah kita bangga alangkah hebatnya kalau 5/10 atau 7/10 billionair adalah Melayu. Bila agaknya ini akan berlaku?
MK kata;
Langkah keseimbangan kaum nampaknya telah bermula. Marilah kita sama-sama menyokongnya.Marilah kita berusaha membuang mentaliti lapuk yang mengatakan orang Melayu tidak mampu untuk membeli hartanah mewah. Siapa kata. Melayu mampu sebenarnya.
