Sumber : Malaysiakini
Fiasco 1Melayu buktikan Najib 'satu lagi Pak Lah'

Malah kata Lim, Najib boleh diibaratkan sebagai 'pak turut' yang menjejaki langkah presiden Umno sebelum ini, Tun Abdullah Badawi.“Soalan yang diingin diketahui ramai sekarang ialah sama ada Perdana Menteri Najib Razak telah menjadi seorang lagi Pak Lah (Abdullah), perdana menteri kelima yang tidak mengendalikan Umno meskipun beliau adalah Presiden Umno sehingga menyaksikan beliau dipaksa bersara sebagai ketua Umno dan perdana menteri,” kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.
“Jawapan semakin diperlukan selepas pendirian Najib yang langsung tidak boleh diterima berhubung cadangan 1Melayu, 1Bumi oleh Utusan,” kata Lim.
Beliau juga membidas perdana menteri yang memberikan alasan dayus bahawa kenyataan rasis yang disiarkan akhbar milik Umno itu adalah pendapat peribadi penulisnya.
MK kata:
1. LKS dan Malaysiakini masih dengan psywar mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Pendekatan memperlekeh dan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan parti pemerintah sememangnya menjadi satu strategi sebagaimana saran Sun Tzu.
Kenyataan sebegini, pastinya mendapat dokongan padu kaum sebangsa LKS malahan sebenarnya ia menujukan kenyataan ini kepada Melayu yang membenci DS najib dan kerajaan agar mereka bereaksi sama dan memberikan satu pandangan negatif.
MK rasa, strategi ini amat menjadi dan begitu popular . Mudh saja, nyatakan apa sahaja keburukan yang dilakukan pemerintah untuk menampakkan kebodohan dan kegagalan pemerintah. Rakyat yang terpengaruh akan memandang kegagalan ini sebagai trade mark dan akan sentiasa ada sahaja kegagalan yang boleh diketengahkan sekirannya perspektif negatif sentiasa bermain di minda.
2. Mk cukup merasakan bahawa kenyataan-kenyataan sebegini adalah kesan daripada ketakutan yang cukup berbekas. LKS cukup bimbang sekiranya Konsep 1 Melayu 1 Bumi menjadi kenyataan. Apa yang berlaku hari ini juga sudah memperlihat bahawa umat Melayu Malaysia sudah mulai sedar akan apa yang sedang dilakukan oleh golongan chauvinist ini.
Kebangkitan kesedaran Melayu ini sebenarnya boleh menggagalkan objektif malaysia Malaysian sepertimana gagasan mereka. Perkara ini yang amat menjadi ketakutan. Perlu diingat Melayu/Bumiputera merupakan lebih kurang 69% majoriti penduduk.Inilah golongan kiasu yang takut dengan bayang-bayang sendiri dan suka bermain api perkauman.
3. Kalau dikenang-kenangkan, MK rasa dalam tempoh sekurang-kurangnya 6/7 tahun dahulu, keadaan politik Malaysia tidak pernah tercemar sebegini teruk. Tidak pernah ada orang atau rakyat begitu berani mempertikai dan menunjukkan kebencian yang amat sangat kepada pemimpin baik kuasa eksekutif mahupun institusi beraja. Kenyataan-kenyataan yang amat biadab dan kurang ajar telah menjadi mainan mereka sahaja. Macam sudah tidak ada rasa bersalah, rasa malu mahupun rasa kasihan kepada orang lain yang dikata. Seolah-olah mereka ingin menunjukkan betapa pandangan hormat kepada pemimpin seakan tidak ada di dalam kamus mereka. Ini keadaan yang cukup bahaya.