Semalam, MK berpeluang bertemu dengan rakan MK. akan MK ni boleh tahan la kedudukannya dalam MCA Bahagian Kulai. Bertugas sebagai PA kepada Ahli Parlimen Kulai tentunya memberikan rakan ini akses kepada banyak perkara melibatkan BN dan komponennya.
Beberapa soalan MK ajukan kepada rakan ini. Rasa tak malu juga memberikan soalan-soalan spot kepadanya dek kerana rakan ini mmg merupakan rakan sama sekolah dahulu.
Soalan pertama,
Agaknya apa persediaan BN Kulai untuk memenngi PRU13?
Jawapan;
YB Datuk setakat ni tidak buat apa-apa persediaan kerana YB tidak akan bertanding lagi pada PRU 13. Lagi pul desakan untuk meletakkan calon tempatan berwibawa menjadi prioriti kepada PM dalam kriteria pemilihan calon. Calon-calon yang merasakan diri mereka bakal terpilih sudah mula melobi ke arah itu.
MK kata;
YB memang bukan orang Kulai. Entah kenapa la dulu dia ditawarkan untuk menjadi wakil di sini. YB ni asalnya rang Perak. Adik dia YB Ong Ka Chuan masih jadi YB MP di Perak. Apa dia ingat dia bagus sangat ke. Mentang-mentang la Kulai ni boleh jadi fix deposit untuk BN Johor, letak lah sapa pon. Akhirnya YB ni yang dipilih untuk jadi calon selepas melompat dari parlimen Pontian. Agaknya orang Pontian dah tak suka kan dia ni.
Apa yang MK dengar daripada mulut-mulut rakan, YB ni pun sebenarnya agak rasis dalam pengagihan peruntukan Parlimen. Entah betul entahkan tidak. beberapa rakan yang terlibat dengan politik dalam UMNO di peringkat bahagian memberitahu bahawa peruntukan yang diterima oleh SJK (C) biasanya lebih besar berbanding dengan yang diterima oleh SK. Biasanya bagi SK, peruntukan yang diterima melalui program yang dijalankan adalah dalam lingkungan RM5000 sahaja. namun bagi SJK(C) jumlahnya di antara RM 50K hingga RM 100K. wah! wh! Kalau betul begini, memang nasib melayu la...ada pemimpin yang dipilih, tapi tak begitu membantu.
Mungkin agak menyedari, sokongan orang Melayu Kulai sudah tidak solid kepada beliau, YB ini menjangkakan dia tidak akan bertanding lagi.
Soalan kedua;
Bagaimana dengan persediaan BN bahagian untuk bergerak ke arah PRU 13. Dan...apa peranan YB sebagai wakil rakyat di peringkat Bahagian.
Jawapan;
Buat masa ini, Pengerusi Perhubungan BN Bahagian Kulai memang sangat pasif. Dalamasa 3 tahun selepas PRU 12, hanya sekali sahaja mesyuarat komponen BN di jalankan. Pengerusi Perhubungan ini sekarang duduk di KL, so macamana nak meneruskan agenda Bahagian.YB sekarang ni memberikan foku kepada bantuan-bantuan untuk orang susah sahaja di Kulai.Susah nak tackle orang-orang lain sebab pemikiran mereka banyak ke arah keuntungan sahaja.
MK Kata,
Inilah petanda yang paling ketara, betapa pemimpin BN Bahagian Kulai yang ada dan dipilih tidak serius untuk membantu PM Najib. PM sibuk sepanjang masa...lawatan ke akar umbi bertemu rakyat. namun usaha ini tidak disambut oleh pihak pemipin BN di Bahagian Kulai.
Terkini PM Najib berda di Permatang Pasir, Pulau Pinang. Pemimpin Bahagian Kulai....anda dimana?
Tidak terasakah bahawa agenda anda sememangnya jauh ketinggalan dengan orang Nombor 1. Tak kan nak harapkan PM Najib sahaja bertemu dengan rakyat.
Dahulu...semasa pemilihan di peringkat Bahagian...bukan main melobi untuk memegang jawatan. Sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat jawatan. Selepas dapat jawatan...apa lagi yang anda boleh lakukan. Ini memang jenis pemimpin yang tidak boleh diharapkan. Mahukan jawatan (baca...mahukan projek sahaja kot) tetapi tidak ada perubahan kepada rakyat kebanyakan.
Mari Bincang Pasal Nasib Melayu, Perpaduan Melayu, Cabaran Melayu hatta apa sahaja tentang Melayu