
Kemenangan berganda BN ( Baca UMNO) di PRK Kerdau dan Merlimau memberikan peluang baru kepada dua pemimpin pelapis UMNO masa hadapan. Tahniah kepada kedua-dua calon yang berjaya memenangi pertempuran yang begitu sengit. Tahniah juga kepada jentera yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha memenangi PRK ini. Tahniah juga kepada sebilangan besar rakyat terutamanya MELAYU yang terus memberikan sokongan dan juga kepada MELAYU yang telah memberikan dan mengembalikan kepercayaan kepada UMNO untuk membela nasib Melayu. Walaupun UMNO BN bukanlah yang terbaik namun UMNO BN masih merupakan pilihan terbaik untuk membela survival melayu hari ini.
Kehadiran dua orang wakil rakyat muda dan tidak memegang jawatan tertinggi parti dalam Bahagian membuktikan komitmen DS Najib untuk memenuhi kehendak rakyat terbanyak.
kriteria calon yang boleh diterima oleh rakyat terbanyak memberikan satu peluang kepada sesiapa sahaja dalam UMNO untuk menjadi wakil dan senario ini memberikan tekanan kepada pemimpin tertinggi Bahagian. Jika sebelum ini mereka berebut untuk memenangi jawatan Ketua Bahagian sebagai kerusi selamat untuk dipilih sebagai calon pilihanraya. Namun kini, jawatan tertinggi bukan penentu kriteria dipilih sebagai calon. nasib nasib...Puas sudah berebut jawatan Ketua bahagian namun kebarangkalian dipilih sebagai calon pilihan raya belum tentu lagi..
Bagi kedua-dua YB baru dan juga YB yang sudah lama memegang jawatan. Ingatlah anda dipilih oleh rakyat dan pastinya rakyat yang memberikan undi sudah barang pasti mahukan perkhidmatan terbaik daripada anda.
Bagi YB di kawasan majoriti Melayu...Ingatlah harapan dan kehendak orang Melayu secara keseluruhan.
janganlah Melayu di kawasan YB menjadi golongan yang terpinggir dan di berikan sisi yang berlainan dalam proses pengagihan pembangunan dan kekayaan. jngan pula dek mengejar kesenangan diri dan keluarga (mungkin bagi sesetengah YB) Melayu yang menjadi majoriti tidak lagi dipedulikan.Belalah nasib mereka, tingkatkan kehidupan mereka, penuhi impian mereka. Iangan sudah ada jawatan anda sebagai YB melupakan teras dan akar umbi anda.
MK kata : Survival Melayu perlu YB YB jadikan sebagai misi no 1. Ingat tu
