![]() |
| Tabung buluh ni isi dgn duit hang yer...dah penuh kasi kat chek noooo |
Pelancaran projek tabung buluh PRU-13oleh hamPAS malam tadi jelas membuktikan kedangkalan dan ketamakkan pemimpin hamPAS. klik ini ..
Inilah kerja pemimpin hamPAS. Kerja tak seberapa, asyik nak kutip duit orang sahaja. Samalah yang berlaku dalam ceramah-ceramah, semasa ceramah dijalankan, bergeraklah si pecacai yang kononnya pasukan unit amal membawa uncang hijau untuk diisi dengan sumbangan 'jihad' kononnya. Atas nama sumbangan 'jihad' maka sampai hari ini penyumbang-penyumbang terus tidak mengetahui sudah berapa banyak sumbangan 'jihad' yang mereka berikan.
Kalau diimbau kembali, Tabung memali pun tak sampai ke sasarannya. Itu tabung yang ditubuhkan atas dasar nasional, hurmmm...apatah lagi sampai kepada bakal-bakal YB semasa pilihanraya. MK rasa, segala duit tabung akan habis digunakan...dan lebih malang pulak...kalah teruk pulak hamPAS dalam PRU 13.
Apa yang nyata, duit ahli aje yg dikebas...mana pulak sumbangan pemimpin hamPAS. Pernah ker mereka menyumbang juga. Pernah ke mereka turut sama merasakan susah payah pahit getir ahli. Malah ada sebilangan...malah sebahagian besar pemimpin hamPAS masih lagi mengumpulkan kekayaan. Rasanya mereka-mereka ini sama sahaja dengan pemiimpin lain yang ada kuasa. Poooodahhh...kuasa yang yang ada digunakan untuk menkayakan diri dan keluarga selain kroni. Malah ada yang berbelanja sehingga RM2 juta untuk promosi diri dan mengupah blogger. Kalau yang jenis ini, apa yang nak kita namakan...
MK kata : Pemimpin hamPAS juga manusia, mudah lupa dengan kekayaan dunia...sama sahaja kalau dah namanya manusia.
