Mari Bincang Pasal Nasib Melayu, Perpaduan Melayu, Cabaran Melayu hatta apa sahaja tentang Melayu
Friday, February 11, 2011
Wooooiii Cikgu Mala : Boleh jalan la...
Tertarik sungguh dengan email yang diterima oleh Ruang Bicara Faisal. klik sini la yer.
Ini antara statement yang aku rasa cukup menggelikan hati dan rasa nak meludah muka si penulisnya.
"Tidak dinafikan calon PAS Cikgu Normala menghadirkan seribu ragam. Namun jika difikirkan seenak-enaknya setelah kekalahan Cikgu, apa aka terjadi kepada keluarga dia? Tidakkah kesusahan akan melanda. Cikgu Normala telah berhenti kerja dan sanggup memperjudikan pencen dan segalanya demi mencapai status YB."
Lepas tu baca pulak ini..
"Pada pendapat saya, Normala pasti gundah gulana menghadapi hari mendatang. Saya tidak arif mengenai status dia, kerja dia, pendapatan dia dan sebagainya, tapi sebagai rakyat biasa tercalit rasa belas kasihan yang amat kepada dia. Saudara, ayah saya merupakan seorang bekas tentera dan hidup berpencen. Nikmat berpencen adalah satu rahmat kepada kami sekeluarga. Tidakkah kehilangan pencen oleh Cikgu Normala akan menjadi satu tamparan kepada keluarga dia sekarang? Saya yakin ia. Dia pasti kecewa atas kekalahan ini dan sedang mencari rentak kehidupan baru. Ia tidak mudah saudara. Dia merupakan seorang guru dan sifat pendidik tertanam didalam hati dia dan saya yakin ia masih subur. Cuma kealpaan dan sifat tidak sabar serta mudah tertipu pujuk rayu pihak endorgan PAS berjaya 'swing' dia. Kini dia kehilangan semua."
MK kata: Apa pandangan anda
Subscribe to:
Posts (Atom)