Saturday, February 5, 2011

Gelombang Merah Kelantan : Masa untuk berubah



klik sini
KOTA BAHARU, (Bernama) - Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN)
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan "Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat" akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja. 
Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan PAS yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Gelombang Merah di sini hari ini. 
"Golongan muda di Kelantan adalah lebih ramai jumlahnya daripada pengundi biasa, iaitu jumlah keseluruhan pengundi di negeri ialah 600,000 orang dan 400,000 daripada jumlah itu adalah golongan muda. 
"Mereka merupakan golongan yang berpengaruh dalam menentukan kejayaan BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.
Katanya BN semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan berdasarkan keputusan pada dua pilihan raya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada Julai 2009 dan DUN Galas pada November tahun lepas. 
Pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai 2009, BN berjaya mengurangkan majoriti 1,352 undi yang diraih PAS pada pilihan raya umum 2008 kepada hanya 65 undi dan pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 Nov tahun lepas, BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 1,190 undi berbanding 646 undi pada 2008. 
Mustapa berkata keputusan pada dua pilihan raya kecil itu jelas menunjukkan golongan muda di Kelantan mahukan satu perubahan. 
Beliau percaya golongan muda kini sudah berpihak kepada BN kerana mereka yakin dengan kemampuan BN untuk membawa pelbagai perubahan yang diperlukan bagi merubah landskap Kelantan menjadi sebuah negeri berdaya saing daripada aspek ekonomi. 
"Gelombang Merah bakal membawa perubahan kepada Kelantan yang selama ini dilihat masih tiada perubahan walaupun sekian lama kerajaan PAS memerintah dan kini negeri itu masih diselubungi isu tidak berkesudahan seperti isu bekalan air bersih, ketiadaan peluang pekerjaan untuk golongan muda, isu pembelaan para peniaga dan banyak lagi," katanya. 

MK kata: Ini satu petanda yang baik untuk UMNO BN di Kelantan. Usaha berterusan membongkar segala kebatilan dan kebobrokan hamPAS di kelantan memberikan peluang. MASA UNTUK BERUBAH

Misi Menyelamat : Semua Kerajaan BN Tanggung






KUALA LUMPUR 4 Feb. - "Segalanya kerajaan tanggung, termasuk penginapan dan makan minum mereka di Jeddah. Kepada suara-suara sumbang, kita di sini bukan untuk mengaut keuntungan politik tetapi demi keselamatan rakyat kita.''
Demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung tindakan sesetengah pihak menyebar berita palsu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung usaha kerajaan membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir ke Jeddah.
Berita palsu itu antara lain menyebut: "Jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Malaysia kamu kena tanggung sendiri tambangnya.''
Jamil Khir menerangkan, segala kos membabitkan penerbangan membawa keluar rakyat Malaysia diusahakan kerajaan atas ihsan Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Oleh itu, tidak timbul soal kita meminta bayaran itu ini. Di Jeddah, Arab Saudi pula, mereka ini ditempatkan di Madinatul Hujjaj iaitu pusat penginapan Tabung Haji.
"Tabung Haji sendiri menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyediakan penginapan serta makan minum sebelum mereka yang dipindahkan dibawa pulang ke tanah air. Itu pun, tambang untuk pulang ke Malaysia sedang kita aturkan.
"Jadi, tidak timbul soal kita mengenakan bayaran. Janganlah dengar berita daripada sumber-sumber yang tidak sah. Hubungi kami sendiri untuk kepastian,'' katanya ketika dihubungi di Kaherah hari ini.
Beliau mengulas mengenai fitnah yang disebarkan pihak bertanggungjawab menerusi SMS yang menyebabkan ada rakyat Malaysia khususnya pelajar yang enggan keluar dari Mesir kerana tidak mempunyai wang untuk pulang ke tanah air melalui Jeddah.
Jelas beliau, mengenai penginapan di Jeddah, ahli keluarga di tanah air tidak perlu risau kerana Tabung Haji memiliki pengalaman luas dalam menguruskan urusan berkenaan.
Mengenai kelewatan menerbangkan rakyat Malaysia dari Mesir ke Jeddah, Jamil Khir berkata, situasi di negara itu ketika ini cukup kritikal dan menyukarkan mana-mana syarikat penerbangan mendarat di Mesir.
"Hendak mendapatkan hak mendarat pun sukar. Begitu juga hak mendarat di Jeddah. Ada lebih 11,000 pelajar kita di Mesir. Jadi bayangkan berapa banyak pesawat hendak digunakan untuk membawa mereka keluar?
"Kita bawa mereka ini ke Jeddah dahulu dan mereka telah pun diberikan visa waktu ketibaan (VOA). Oleh itu, jangan risau. Kerajaan sedang usahakan yang terbaik untuk rakyat kita di Mesir,'' tambahnya.
Sehingga kini, katanya, terdapat lebih 700 pelajar diterbangkan ke Jeddah dan menunggu penerbangan pulang ke tanah air.
Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail juga melahirkan rasa kesal terhadap tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang mula menabur fitnah dan berita palsu terhadap apa yang diusahakan kerajaan di Mesir.
Tegas beliau, segala usaha membawa keluar rakyat Malaysia berjalan dengan baik tanpa ada sebarang masalah.
''Saya minta, jangan mempolitikkan isu ini dan jangan sebar cerita mengarut,'' tambahnya yang masih berada di Kaherah.


klik sini untuk rujuk

MK kat : Mana perginya tanggungjwab Ketua Pembangkang...senyap jer...bukankah ini juga keperluan rakyat. Kata Kerajaan Rakyat...Pooodaaahhh. Konon ramai kenalan di luar negara..

MISI MENYELAMAT WARGA MALAYSIA DI MESIR, TAHNIAH KERAJAAN BN



Misi menyelamat warga Malaysia di Mesir, Tahniah kerajaan BN, Tahniah PM Najib, Tahniah DS Jamil Khir, Tahiah Datuk Azeez, Tahniah Timbalan Menteri Luar, Yb Senator Kohilan Pillay, Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato Sahlan Ismail. Tahniah bloger pro kerajaan Info cornerAgenda Daily 
PM berjaya menunjukkan keprihatinan beliau melalui gemblengn pelbagai agensi samada agensi kerajaan dan swasta untuk misi membantu ini. 
Tahniah semua rakyat malaysia yang mengadakan sembahyang hajat memohon supaya mereka semua selamat. Tahniah kepada semua rakyat yang perihatin

Juak-juak pembangkang tak kan lihat aje kerajaan BN bertungkus lumus menyelamatkan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, walaupun ramai pelajar tajaan kau orang kat sana tu yang menimbulkan masalah kerana agenda politik. Tak kan susah nak mengaku kerajaan BN/UMNO sedang dan telah lakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia....ikutkan nafsu politik sepatutnya kerajaan BN selamatkan aje pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia yang kerajaan taja aje...yang lain tu mereka datang sendiri pandai-pandailah bawa diri, buat apa mintak tolong kerajaan BN.


Sekali lagi aku ucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan BN yang membantu mereka ini.


Sumber : Blog Melayu Pasir Gudang

Thursday, February 3, 2011

PAS memang celaka

Foto



Ibu bapa keliru jaminan keselamatan anak di Mesir

Tajuk berita yang boleh di baca dengan klik tersebut sebenarnya agak menarik perhatian. Kebimbangan tentang keelamatan dan survival anak-anak di Mesir yang sedang bergolak memang meruntun jiwa. Agak kasihan juga kepada ibubapa yag sentiasa mendambakan kesejahteraan anak-anak mereka.

Kebimbanngan ini memang ada asasnya. Nyawa menjadi pertaruhan bagi anak-anak yang menuntut di Mesir. Saban hari kita melihat demonstrasi yang semakin menggila di Mesir dan kita akan membayagkan kemungkinan-kemungkinan buruk yang boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa batasan. Makanan sukar diperolehi. Entahkan makan entahkan tidak anak-anak ini. Kalau makan pun, apalah agaknya yang dimakan. 
Cukup ke? Pelbagai persoalan bermain terlintas di hati.

Apa pula tindakan pihak wisma putra selaku badan kerajaan dalam menangani isu ini. Paparan berita dan sumber maya menunjukkan kebangkitan rasa marah ramai keluarga di Malaysia kepada pihak kerajaan yang dikatakan agak lamba mengambil tindakan susulan bagi mengatasi masalah ini.

Kerajaan Malaysia sebenarnya tetap membantu menyelesaikan masalah ini. Tidak pernah rasanya kerajaan mengabaikan rakyatnya walaupun kebanyakan mereka adalah daripada golongan celaka.
Pelbagai usaha dilaksanakan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia.klik sini dinamkan Operasi Piramid.

Namun begitu bagi golongan yang tidak tahu malu dan tidak bersyukur ini, kerajaan tetap berlengah dan lambat dalam menangani situasi ini. Inilah sikap sebenar ibubapa yang sudah tidak dapat menahan kesabaran tentang nasib anak-anak mereka. Dan rata-rata daripada mereka adalah beragama Islam. Cepat sungguh melatah dan menyalahkan serta menuding jari kepada kerajaan.

Jika menelunsuri perkembangan anak-anak yang belajar di Mesir. Kita akan menemui satu titik punca yang sama. Kebanyakan daripada pelajar-pelajar ini adalah datangnya dari kebanyakan sekolah agama dan sekolah pondok yang bertaburan di seluruh negara. 

Siapakah mereka sebenarnya?

Tidak lain dan tidak bukan, ibu bapa yang merupakan penyokong tegar parti hamPAS. mereka menghantar anak-anak mereka untuk belajar bidang keagamaan sebagai manifestasi kebencian kepada sistem pendidikan negara, Dan sistem sekolah inilah yang menjadi pusat pengeluran penyokong-penyokong tegar pihak pembangkang.
Dan sebahagian besar pelajar-pelajar ini apabila pulang ke tanah air akan menjadi pejuang jihad hamPAS yang totok.

Apabila susah dan tersepit, kepada pihak kerajaan juga yang mereka dambakan. Penuh pengharapan agar keselamatan anak-anak ini terjamin. Macm-macam yang dipintanya asalkan anak-anak merreka selamat. Bila waktu senang dan keadaan aman, menjerit-jerit, berdemo, dn mengutuk serta menghina kerajaaan sahaja setiap hari. 

Muka tak malu. Kerajaan yang mereka benci dan dikatakan zalim, tiada ada apa-apa sejak lebih 50 tahun memerintah inilah juga menjadi tempat untuk mereka 'bermanja'.
Inlah perangai sial si pecacai hamPAS. Umpama melepaskan anjing tersepit. Dah selamat, selesa dan berjaya, kerajaan yang di salak semula dan digigit. 
Sudah nama di dasar celaka memang begitulah tindakan dan perlakuannya.

MK kata: Patut ke kita tolong manusia jenis yang macam ni. 

Tuesday, February 1, 2011

Kemenangan di Tenang buktikan sokongan kepada BN semakin meningkat

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah


Penulis suka nak buat perbndingan berkaitan PRK Tenang. Kedua-dua analisa ini memberikan perspektif berbeza  daripada pandangan politik.


Analisis pro-kerajaan di bawah boleh dibaca di sini.

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N5) kelmarin memberi impak moral yang besar kepada jentera pilihan raya BN dan parti yang menganggotainya. Kelebihan undi majoriti 3,707 calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, ke atas calon PAS, Normala Sudirman berbanding 2,492 pada Pilihan Raya Umum 2008, jelas membuktikan sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat. Selain undi Melayu khususnya dari kawasan FELDA dan kampung tradisi yang menjadi sandaran, undi kaum Cina dan India turut membantu meningkatkan majoriti BN. Daripada 12 saluran peti undi yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 11 peti undi dimenangi calon BN. Peti undi kawasan majoriti kaum Cina yang menjadi kubu kuat PAS pada pilihan raya umum lalu berjaya ditembusi BN iaitu masing-masing peti undi Labis Timur dan Labis. Bagi peti undi Labis Timur, BN meraih 669 undi, manakala PAS (632 undi), sementara peti undi Labis, BN mendapat 400 undi dan PAS (336 undi). Bagaimanapun, BN tewas pada satu-satunya peti undi iaitu bagi kawasan majoriti kaum Cina iaitu di Labis Tengah dengan 365 undi, manakala PAS mendapat 851 undi. Walaupun majoriti undi BN yang diraih bagi dua peti undi terbabit kecil, masing-masing 37 dan 64 undi, ia sekurang-kurangnya membuktikan bahawa sudah ada perubahan pengundi Cina untuk kembali menyokong BN. Peningkatan undi kaum Cina di DUN Tenang cukup signifikan kerana ia juga boleh dijadikan petunjuk bahawa komuniti itu mula menerima corak pentadbiran yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terutama gagasan 1Malaysia dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kita percaya BN kembali diterima rakyat semua kaum berbanding beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, seperti di Parlimen Hulu Selangor dan Bukit Gantang dengan majoriti pengundi Cina tidak mengundi BN. 

          Justeru, kita melihat sudah ada perubahan positif dalam kalangan pengundi Cina dan India untuk menyokong BN. Mereka sebenarnya lebih rasional dalam melihat sesuatu isu dan tidak terkongkong kepada isu perkauman semata-mata. Walaupun sentiasa disogok dan dimomokkan oleh DAP dan PAS dengan isu perkauman seperti dakwaan bahawa kaum Cina dipinggirkan kerajaan BN, namun mereka sebenarnya dapat melihat sesuatu isu itu secara lebih terbuka dan tidak mudah diperkotak katik. Yang jelas mereka tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan propaganda keterlaluan oleh DAP yang boleh menghancurkan keharmonian negara yang sudah dipupuk sejak sekian lama. Pengundi bukan Melayu di Tenang juga sebenarnya menolak dasar perjuangan PAS yang tidak konsisten. Ketika pemimpin PAS tidak membangkitkan isu pembentukan negara Islam di hadapan pengundi bukan Melayu-Islam, pada masa sama mereka berkobar-kobar akan melaksanakan undang-undang Islam dalam kalangan orang Islam di negara ini. Pengundi bukan Melayu tentunya dapat melihat kepincangan dasar perjuangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang sama ada dasar DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kita percaya jika bukan Melayu tidak mengundi BN sebelum ini, tentu ada alasan yang menyebabkan mereka berbuat begitu.







Baca pulak analisis ini oleh paschabau...klik sini


LABIS, 31 Jan: Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.Pada jam 11 pagi ketika para pelancong politik, petugas dan pengundi bersesak di jalan menuju ke kampung dan Felda Tenang kerana banjir, siren petugas kecemasan kerajaan bingit meminta laluan diberikan kepada mereka untuk membawa bot ke sana.Antaranya bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat bergegas di bawa ke sana.

Namun usaha ini tidak berlaku di kawasan pengundi Cina. Ini menyebabkan, kenaikan mendadak peratus mengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina.Hasilnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.Ia berlaku apabila jumlah pengundi Melayu dinaikkan kepada 81 peratus iaitu kenaikan 2 peratus berbanding sebelum ini sedangkan jumlah pengundi Cina jatuh 18 peratus manakala India jatuh 23 peratus.Kawasan undi Kampung Redong sahaja berjaya dinaikkan 11 peratus kepada 80 peratus berbanding sebelum ini hanya 69 peratus.
Felda Chemplak naik 6 peratus kepada 88 peratus manakala di Felda Tenang naik 6 peratus kepada 86 peratus.

Peratusan ini adalah berdasarkan analisa peratusan keluar mengundi yang dibuat oleh Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Undi Cina dan India
Kerana sikap pilih kasih dan bias fokus alat kerajaan untuk kepentingan BN ini, peratusan pengundian di kawasan Cina jatuh teruk. Ia ditambah pula dengan suasana sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba. Mereka bimbang untuk meredah banjir dan hujan kerana takut demam atau cedera menjelang sambutan itu.

Hasilnya, peratusan keluar mengundi Cina jatuh 18 peratus iaitu kepada 54 peratus sahaja. Namun begitu, peratus undi untuk PAS kekal iaitu 64 peratus.

Peratusan keluar mengundi untuk Labis hanya 50 peratus, Labis Tengah 72 peratus, Labis Timur 67 peratus manakala Tenang Station hanya 51 peratus.

Kawasan yang paling teruk terjejas akibat diskriminasi ini adalah pengundi India apabila hanya 39 peratus sahaja pengundi mereka turun iaitu turun sebanyak 23 peratus.

Pada jam 3 petang semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menangguhkan pilihan raya ini kerana ramai yang tidak boleh kelauar akibat banjir ini.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Namun begitu, selepas pengumuman dibuat, seorang lagi naib presidennya yang juga pengarah pilihan raya ini, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima keputusannya buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terjejas teruk oleh banjir yang melanda beberapa pusat pengundian di Tenang hari ini.

Kataya, banjir telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

Kejayaan PAS
Namun begitu, dengan kekalahan ini PAS masih berbangga dengan beberapa perkara termasuk menyelesaikan persepsi yang cuba dibina oleh Umno selama ini kononnya PAS berkawan dengan DAP yang anti Islam.

Pilihanraya ini membuktikan, MCA sebenarnya yang anti Islam bahkan tidak cuba langsung mendekati dan memahami Islam.

"What is so great about knowing Muslim values?" (Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?)" kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Sebelum itu, beliau menghina calon PAS, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya dan juga memakai sarung tangan untuk membolehkan beliau bersalama dengan mereka.

Ekoran itu pelbagai pihak telah mempertikaikan Soi Lek sehingga Mufti Perak sendiri meminta beliau memohon maaf kepada orang Islam kerana penghinaannya itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyeru seluruh jentera parti PAS untuk menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu Barisan Nasional.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bilamana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ianya termasuk kawasan Felda,” kata Tuan Ibrahim yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di pilihanraya kecil Tenang.

Calon PAS, Normala Sudirman tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakalah Azahar memperolehi 6,699 undi dengan peratusan keluar mengundi hanya 66.7 peratus.

Jentera Pakatan Rakyat berjaya mengekang majoriti BN naik kepada melebihi 5000 undi sebagaimana yang disasarkan BN.



MK kata: hamPAS dah hilang sokongan kecuali di pencacai tegar sahaja. Post mortem dibuat tapi strategi yang digunakan sama aje dan tak ada improvement...Pergi jahanam sama hamPAS..

Pemimpin Berjiwa Rakyat



Cuba anda perhatikan gambar di atas.
Cepat sungguh pemimpin negara menjenguk golongan marhaen yang ditimpa musibah.
Mangsa banjir tentu gembira, seronok dapat bertemu pemimpin negara ketika dalam keadaan kesedihan akibat banjir.
Bukan senang pemimpin negaa untuk meluangkan masa bersama-sama dengan rakyat. Bukan ketika senang sahaja tetapi ketika melalui masa sukar.

Syabas...andalah pemimpin yang dapat menjuarai rakyat.

MK: Sayang sekali penulis tidak dapat menyiarkan gambar PM DS Najib bersama-sama mangsa banjir di Labis.

Sunday, January 30, 2011

BN menang lagi



Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Syabas untuk sdr Azahar Ibrahim. Legasi BN diteruskan lagi di Tenang.
Selamat datang ke dunia ADUN YB.
Bersedialah YB untuk terus memberikan khidmat kepada rakyat Tenang.

8 hari kempen sdr telah berjaya menjelajah ke seluruh kawasan di Tenang.
Harapan penulis agar selepas ini, sdr tidak segan dan terlalu sibuk untuk terus melawat kawasan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Namun begitu, BN diingatkan agar tidak terlalu yakin untuk menang PRU13, masih banyak lagi ranjau dan duri yang perlu diharungi.
Pendekatan yang bersifat penambahbaikan kepada strategi dan persediaan untuk PRU13 harus dikenalpasti dan di aplikasikan.
Jangan terlalu selesa dengan kemenangan ini.

MK : Masa untuk berubah.Ubahlah BN ke arah mesra rakyat dan bukan dengan pemimpin yang lagak sombong.


Untuk catatan:


Barisan Nasional : 6679
PAS: 2994

Majoriti : 3685


KEPUTUSAN PETI-PETI UNDI

Peti Undi 1 : Kampung Redong :
BN 462
PAS 105
 Undi Rosak : 12
Majoriti 357
BN Menang

Peti Undi 2 : Pekan Ayer Panas:
BN : 451
PAS :83
Undi Rosak : 12
Majoriti 368
BN Menang


Peti Undi 3 : Ladang Labis Utara :
BN 152
PAS 40
 Undi Rosak : 11
Majoriti 112
BN Menang
Peti Undi 4: Bandar Labis Timur:
BN 669
PAS 632
Undi Rosak : 16
Majoriti 37
BN Menang
  
Peti Undi 5: Bandar Labis Tengah:
BN 365
PAS 801
 Undi Rosak : 0
Majoriti 486
PAS Menang  

Peti Undi 6: Labis :
BN 380
PAS 337
Undi Rosak : 0
Majoriti 43
BN Menang
 
Peti Undi 7 : Felda Tenang:
BN 955
PAS 160
Undi Rosak : 0
Majoriti 795
BN Menang
  

Peti Undi 8: Sawah Bahru:
BN 212
PAS 55
Undi Rosak : 0
Majoriti 157
BN Menang


Peti Undi 9 : Tenang Station:
BN 744
PAS 352
 Undi Rosak : 12
Majoriti 392
BN Menang

Peti Undi 10 Ladang Bukit Dato:
BN 351
PAS 99
Undi Rosak : 8
Majoriti 252
BN Menang
  

Peti Undi 11: Chemplak Barat:
BN 838
PAS 142
 Undi Rosak : 0
Majoriti 696
BN Menang 
Peti Undi 12 : Chemplak:
BN 985
PAS 135
 Undi Rosak : 15
Majoriti 850
BN Menang

Undi Pos
BN 115
PAS 3
Undi Rosak : 0
Majoriti 112
BN Menang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana