Saturday, December 18, 2010

Perang kepada Raja-raja Melayu

Tindakan pembangkang keluar dari dewan Parlimen selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggantung selama 6 bulan ketua pembangkang DS Anwar Ibrahim dan 3 MP yang lain iaitu Karpal Singh, Azmin Ali dan Sivarasa.

Perlu dingat, kewujudan Parlimen kesan daripada status kemerdekaan negara sejak 1957 seharusnya memberikan satu pengiktirafan dan penghormatan kepada Institusi Raja-Raja Melayu.

Komponen Parlimen yang berelemenkan Yang DiPertuan Agung sebagai kuasa tertinggi, Dewan Negara diikuti oleh Dewan Rakyat menjelaskan kepada kita semua kepada ketinggian Parlimen itu sendiri.

Keputusan untuk menentang Parlimen dengan kelakuan buruk keluar dari dewan oleh kesemua Ahli Parlimen Pembangkang tidak seharusnya dilihat dari sudut penentangan kepada Speaker Dewan tetapi lebih jauh dari itu ini adalah manifestasi menentang Raja-raja Melayu seterusnya cuba menjatuhkan dan merendhkan institusi beraja di Malaysia.

Sepanjang pengetahuan penulis, berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa seperti mengistiharkan perang kepada YDPA oleh pertubuhan Al-Maunah, usaha-usaha penentangan seperti ini seharusnya ditangani dengan sewajarnya. Pertubuhan Al-Maunah telah diperangi oleh pihak keselamatan negara sehingga mengakibatkan beberapa kematian. Ketua pertubuhan Al-Maunah dan master mind pertubuhan ini telah di tangkap dan dibicarakan. Keputusan akhir untuk tindakan MENGISTIHARKAN PERANG KEPADA YDPA adalah GANTUNG SAMPAI MATI.

Penulis sangat berharap agar tindakan yang sesuai juga diambil kepada penentang YDPA ini khasnya untuk semua Ahli Parlimen yang keluar dewan adalah hukuman GANTUNG SAMPAI MATI.

MK : Bila agaknya tindakan ini akan dilakukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana