
Rasanya sudah sekian lama kita membantu peniaga/usahawan bukan Melayu, dan pada hari ini juga kita masih meberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada mereka.
Mari kita lihat perbandingan; 1 contoh yang biasa kita lihat.
Pasar Malam vs Pasar Tani.
Pasar malam - Peniaga daripada berbilang bangsa
- Pengunjung/pembeli pelbagai bangsa juga
Pasar Tani - Peniaga daripada kalangan orang Melayu
- Pengunjung hampir 100% orang melayu
Apa yang kita dapat perhatikan.
Pasar Tani hanya disokong oleh orang Melayu. Hampir tidak ada bangsa lain yang menyokong Pasar Tani. Ternyata hanya orang Melayu yang menyokong peniaga Melayu.
Kita seharusnya eneruskan usaha membeli dan menyokong peniaga-peniaga Melayu untuk meneruskan survival mereka dalam mendapatkan lebih banyak kek ekonomi.
Kedai/ Kedai Runcit/Pasaraya milik Orang Melayu
Hari ini, kita melihat semakin banyak tumbuh kedai-kedai runcit, pasaraya dan premis perniagaan Melayu di persekitaran kita. Kita dapat mengenali ini dengan wujudnya nama kedai yang beridentitikan Melayu.
Senario yang biasa kita dengar dan kita tanamkan dalam minda, 'Berapa lama agaknya kedai Melayu ini dapat bertahan'
Adakah kita sebagai orang Melayu memberikan sokongan kepada kewujudan kedai/premis perniagaan Melayu. Seringkali rungutan yang kita dengar adalah perbezaan harga di antara kedai/premis perniagaan Melayu ini dengan kedai bukan Melayu.
Barangkali kita dapat melihat perbezaan harga bagi sesetengah barangan yang mungkin harga di kedai Melayu lebih mahal 10 sen atau pun 20 sen. Dari segi logik akalnya, apalah bezanya mahal 10 sen atau 20 sen asalkan niat kita untuk membantu meningkatkan jualan di kedai Melayu. Barang diingat, perbezaan harga 10 sen ataupun 20 sen ini boleh menyebabkan kedai Melayu tadi kurang mendapat pelanggan.
Menelunsuri sejarah perniagaan di negara kita, hari ini kita amat jarang untuk bertemu dengan pemborong-pemborong Melayu bagi banyak jenis barang. Sudah pasti pemborong/pembekal banyak barangan di kedai Melayu tadi adalah datangnya daripada pemborong/pembekal bukan Melayu.
Tidak hairanlah pembekal ini akan membekal dengan harga yang agak mahal berbanding bekalan ke kedai bukan Melayu yang lain.
Oleh kerana itulah, ramai pembeli Melayu akan berkira-kira dengan perbezaan yang lebih tinggi seperti yang ditawarkan di kedai Melayu.
Sebagai menghidupkan perniagaan berteraskan Melayu, apalah salahnya kita berbelanja lebih itupun sekadar 10 sen atau pun 20 sen. Sedangkan kita mampu untuk berbelanja yang bukan-bukan sehingga beringgit-ringgit malah berpuluh mahupun beratus ringgit untuk perkara-perkara yang lain. Sekadar 10 sen atau 20 sen rasanya tidak menjadi kudis kepada kita.
Inilah satu strategi bangsa asing untuk melumpuhkan rangkaian perniagaan Melayu. Sebab itulah kita melihat, banyak kedai-kedai melayu agak malap. Iye lah, dengan hasil jualan yang tidak banyak dan jarang dapat dijual, adakah penjual tadi mampu untuk menambahkan stok barangan yang ada? Tentu sekali tidak.
Orang Melayu secara relatifnya baru sahaja berjinak-jinak dengan perniagaan. Rasanya sudah terlalu lama kita membantu peniaga lain dan mereka sudah cukup kaya dengan perniagaan, rasanya sudah tiba masanya kita membantu perniagaan Melayu demi melahirkan peniaga Melayu yang berjaya pada masa hadapan.
Jangan pula kita cemburu dengan orang Melayu yang menjadi kaya dengan perniagaan, sebagaimana kita melihat orang lain yang kaya raya, apa perkataan biasa yang kita keluarkan "alah, dia berniaga, sebab tu la dia kaya" dan konsep ini perlu kita tanamkan untuk golongan peniaga Melayu juga. Jangan kita melabelkan peniaga Melayu dengan pelbagai label yang tidak enak dan manis di dengar.