Thursday, October 21, 2010

Melayu dan Kedai / Perniagaan

Hari ini, kalau kita berjalan-jalan di kawasan bandar di mana-mana bahaagian di Johor ini, agaknya kalau kita kira mengira jumlah kedai yang dimiliki oleh orang Melayu atau kedai yang namanya Melayu, berapa jumlah agaknya.

Tentunya mudah dikira bukan. Sebab paling nyata ialah...jumlahnya tak banyak atau jumlahnya cukup sedikit.

Apakah ertinya itu.

Adakah ia memberi konotasi Melayu tak pandai berniaga, Melayu tak ada kedai, Melayu takut nak buka kedai.
Apa pun itulah hakikatnya Melayu dan kedai/ perniagaan masa kini.

Agaknya...besar ke modal diperlukan untuk berniaga.
Agaknya...Melayu tidak ada jaringan perniagaan.
Agaknya...kenapa yer.

Marilah kita sama-sama renungkan.

Tuesday, October 19, 2010

Melayu dan Perhimpunan Agung UMNO 61

1Hari ini, bermulalah Persidangan UMNO kali ke-61. Bermakna sudah 61 kali UMNO berbincang tentang orang Melayu.

Apakah signifikan Persidangan UMNO ini dengan nasib Melayu.

Adakah, akan hadir dalam Perhimpunan ini lawak jenaka dan usul-usul yang sebenarnya tidak memberi erti kepada survival Melayu.

Adakah sebahagian besar pemimpin UNO baik yang menduduki kerusi Presiden mahupun AJK Tertinggi menyedari bahawa HARI INI kuasa Melayu semakin terhakis.

Dengan sejumlah 110 kerusi parlimen pada PRU 12 dan merudum ke tahap 79 kerusi pad PRU 13 tidak memberikan bukti bahawa kuasa orang Melayu semakin tenggelam dalam kerajaan. Dengan hanya 79 kerusi parlimen, sekuat mana agaknya suara Melayu UMNO dalam kerajaan. nampaknya pada hari ini, banyak pemimpin yang bertelur di dalam daripada bertelur di luar.

Kehilangan 31 kerusi parlimen dalam PRU 13, sebenarnya agak menakutkan. Banyak tu bilangannya. Bukan sedikit dan ianya pasti tidak boleh dipandang ringan oleh pemimpin UMNO itu sendiri.

Barang diingat, UMNO lah satu-satunya parti yang mewakili orang Melayu dalam Kerajaan. UMNO puas menepis sepak terajang yang dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak menyukai dan mahu menguburkan UMNO dari terus menjadi SUARA orang Melayu baik yang dilakukan orang Melayu sendiri yang merupakan saingan kepada UMNO, malahan lebih teruk lagi kalau dilihat dalam komposisi parti BN, dua parti yang nampaknya agak chauvinist iaitu MCA dan Gerakan juga merupakan saingan besar kepada UMNO.

Masihkan pemimpin Melayu UMNO hari ini terus bercakaran. Budaya cantas mencantas, sokong bawa rebah dan tidak tahu peranan dan tanggungjawab akan terus menjadi legasi yang mengerikan. Masih lagi berbicara tentang projek yang akan diperolehi kalau menyokong si polan.

Oiiiiiiiiiii  pemimpin UMNO, hentikanlah sandiwara ini,  masih tak sedar diri lagi ker.Masa untuk kita seakan semakin suntuk.

Bila masa nak bincang, merancang bagi memperkukuh dan memartabatkan Melayu di bumi melayu ini.

Harapan penulis, agar Perhimpunan Agung UMNO kali ke-61 ini akan memberikan satu dimensi baru kepada perjuangan untuk Melayu.

HIDUP MELAYU
HIDUP MELAYU
HIDUP MELAYU

Selamat Bersidang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana