Wednesday, October 13, 2010

CABARAN MELAYU

Melayu hari ini berdepan dengan cabaran yang cukup besar.
namakan apa sahaja. Hampir semua aspek dan bidang, baik ekonomi, pendidikan, politik, sosial,pemilikan malah apa sahaja yang ditempuhi oleh orang Melayu sememangnya bukan calang-calang halangan.
Posting ini cuba berkongsi dengan pembaca senario yang diharungi oleh Melayu hari ini.

MELAYU DAN HARTANAH

Penulis suka memberikan satu gambaran suasana kampung. Bagi kebanyakan daripada kita, rasanya kampung yang indah dan permai di sebahagian besar negeri Johor ini memberikan satu panorama nostalgia. Sebahagian besar kampung-kampung di Johor yang biasanya dinamakan mengikut parit. Parit Keoma, Parit Separap dan parit-parit yang lain yang penulis pun tidak dapat memberikan kepastian mengapa di sebut sebagai Parit xxx. Cubalah anda berkereta dari Pontian ke Rengit dan cuba kira, berapa banyak kampung yang ada di sepanjang perjalanan yang nama kampungnya bermula dengan "Parit"

Kebiasaannya, kampung-kampung ini dihuni oleh orang Melayu yang berkemungkinan samada Jawa, Bugis, Banjar malah Boyan sekalipun. Namun apa yang hampir pasti, di setiap persimpangan masuk ke 'lorong' kampung kita akan dapat lihat kelibat rumah orang cina ataupun rumah kedai yang barang pasti juga milik orang cina. Pemandangan biasanya rumah kedai ini adalah sebuah kedai runcit ataupun kedai basikal. Tentunya ini pemandangan biasa bagi kita.

Seingat penulis, rumah orang cina ini dalam 10-15 tahun dahulu biasanya ada rumah papan yang nampak buruk dengan atap zink yang sudah berwarna kemerahan. Tapi pada hari ini, apa yang kita lihat?

Orang-orang Melayu di kawasan kejiranan kampung ini biasanya berbelanja untuk keperluan harian di kedai runcit ini. Rasanya, apa yang pasti mulut peniaga cina ini sangat manis. Berbelanjalah seberapa banyak pun, kalau tak mampu untuk membayarnya pada hari itu boleh masuk dalam buku hutang. Ini yang cukup mengujakan hati orang-orang Melayu. Dah lah boleh berbelanja apa sahaja tapi bila bab membayar...boleh bertangguh pulak tu. Bukan hutang untuk sehari dua, malah sehingga berbulan-bulan pun boleh. Apa yang cukup membanggakan lagi, hutang tu boleh disimpan sehingga bertahun-tahun lamanya. Sapa yang tak nak. Ye tak?

Tapi sebenarnya, inilah perangkap maut untuk orang-orang Melayu. Mereka akan menganggap inilah peniaga yang mereka anggap macam saudara.  Siap di promosi lagi kepada rakan-rakan sekejiranan malahan sapa sahaja anggap memberikan anggapan yang cukup hebat kepada peniaga cina ini.

Namun........apa yang terjadi selepas beberapa lama berhutang. Sudah pasti hutang menjadi terlalu banyak dan kemampuan untuk membayar hutang semakin susut. Haaaaa pada ketika inilah jarum akan menusuk ke jiwa orang Melayu.

Dengan alasan hutang terlalu banyak dan keperluan peniaga ini untuk menambah modal, si Melayu berhutang ini tadi akan diminta untuk menjelaskan hutangnya. Cuba anda teka.....pada ketika ini mampu ke orang Melayu itu tadi untuk membayar hutangnya. Yang nilainya sudah pasti mencecah ribuan ringgit.
Ohhhhhhhhhh sudah pasti tidak.

Penyelesaian terbaik.......tanah tanah tanah.

Maka mulai hari itu, maka tergadailah tanah orang Melayu di kampung aka "parit" itu tadi. Sedikit demi sedikit si peniaga lintah darat ini akan menambahkan koleksi geran tanah yang asalnya tanah orang melayu di kampung tersebut.

Senario yang berlaku di hampir seluruh pelusuk kampung dan negeri...Ohhhhhh tidak dapat penulis bayangkan berapa banyak tanah milik Melayu terlepas ke tangan si penjarah ini.

Nampak manis tapi cukup berbisa.

MELAYU HILANG TANAH akhirnya...

Ohhhhhhhhhhhhhhh....begitu sayu hati penulis bila membicarakan perkara ini.

Tuesday, October 12, 2010

UMNO Kulai apa cerita? Siri 1



Pru 12 telah lama melabuhkan tirainya. Kesan daripada PRU 12 dapat kita lihat sehingga hari ini. Data, dapatan dan analisis telah dilakukan. Penulis percaya pihak pro –G telah dapat mengenalpasti apa yang berlaku dan pastinya juga pelbagai strategi, langkah dan pendekatan yang telah dirangkan untuk memastikan BN akan terus berkuasa terutamanya di Parlimen Kulai. Apa yang pasti PRU seterusnya akan menjelang tidak lama lagi.

Beberapa persoalan yang sering bermain di fikiran penulis tentang usaha yang dilakukan oleh pihak BN Parlimen Kulai untuk meneruskan legasi BN di sini. Kadang-kadang pemikiran kotor dan jahat berlegar-legar di benak terutama apabila berhadapan dengan situasi sebenar dan membaca info dari akhbar mahupun media-media.

Pernah satu hari ketika penulis berkunjung ke rumah seorang kenalan yang mengadakan kenduri kerana telah sampai seru untuk menunaikan haji. Datanglah seorang bekas YB bagi sebuah DUN dalam parlimen Kulai, yang sekarang ini telah diangkat untuk membantu pihak pusat( ini berdasarkan cakap dengar kenalan-kenalan penulis)
Penulis teringin juga mendengar apakah yang diperkatakan oleh bekas YB tersebut. Sebelum terlupa penulis ingin menyatakan bahawa kehadiran bekas YB ini juga telah diiringi oleh sekian ramai pengiri-pengiring yang penulis percaya bahawa mereka yang hadir bersama YB tadi adalah orang-orang yang ada kepentingan dan jawatan dalam UMNO. Namun dalam sekian lama penulis mencuri-curi dengar, selain memperkatakan tentang ibadah haji kenalan tadi, hanya cerita-cerita berkaitan orang itu dan orang ini, projek itu dan projek ini. Macamana nak tarik balik sokongan orang itu orang ini, macamana nak dapat balik jawatan itu jawatan ini.

Kah Kah Kah. Tak habis lagi rupanya.


Tidak terdengar pun ditelinga penulis tentang plan mahupun perancangan yang dikemukan oleh bekas YB tadi bagaimana untuk memperkukuh kedudukan UMNO yang mewakili sebilangan besar orang Melayu di Parlimen Kulai.
Soalan penulis,


1.       NAK MENANG PRU 13 KE TIDAK?
2.       Bagaimana dengan jumlah pengundi baru yang telah didaftarkan, yang penulis sangat percaya jumlahnya banyak dalam Parlimen Kulai? Berapa ramai dah didaftarkan? Dah daftarkan, apa tindak susul yang dilakukan?
3.       Sudah disusunkan kah belum daftar pengundi? Bagaimana dengan pengundi-pengundi yang telah berdaftar tetapi telah berpindah ke tempat lain? Sudak dikesan ke mereka-mereka ini?
4.       Apa pendekatan yang diambil untuk pengundi atas pagar yang bilangannya semakin hari semakin bertambah?
5.       Program apa yang telah dilaksanankan oleh UMNO Kulai untuk mendekatkan diri dengan akar umbi yang enjadi penyokong BN selama ini? Adakah sekadar program-program yang berbentuk hiburan semata-mata – berkaraoke, panggil artis, aktivitti kelompok penunggang motosikal dan berkereta sahajakah, program jamuan dan makan-makan sahajakah?

Patutllah Setiausaha Agung UMNO, Ku Nan melontarkan teguran kepada Pemuda dan Puteri UMNO. Golongan ini sedang leka dan dibuai mimpi dan hanya berebutkan jawatan sahaja dalam parti.


Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kulai, anda di mana?

Masih tidurkah?

Baru nak mula kerjakah? Ke tak tau nak buat kerja apa?

Masih sibukkah menjalankan projek2 ekonomi untuk kepentingan poket sendiri kah?

Orang lain semua dah bergerak ke hadapan, anda masih lagitidak menampakkan kesungguhan dan usaha , anda bila lagi.


Tak kan nak harapkan PERKASA sahaja. UMNO parti politik, PERKASA plak NGO je

Murid Sekolah SMK Senai Rasis

Ini kisah yang dihebohkan oleh ramai orang di Kulai.


Namun kebenaran cerita ini tidak dapat lagi disahkan, namun begitu adalah amat mengecewakan skiranya ianya benar-benar berlaku.

Di beritahu bahawa terdapat beberapa orang pelajar di SMK Senai yang ttelah menimbulkan kekecohan. Beberapa orang murid cina dikatakan telah memijak-mijak buku Pendidikan Agama Islam. Mungkin mereka tidak menyedari bahawa isi kandungan buku Pendidikan Agama Islam mengandungi ayat-ayat suci Al_quran yang amat didimuliakan oleh orang-orang Islam. Manakala beberapa orang pelajar India pula telah mengoyakkan beberapa helaian kertas dn mengumpalkannya menjadi bentuk bola. Gumpalan kertas yang menganduni ayat-ayat suci Al-Quraan ini telah di jadikan sebagai bola dan disepak-sepak oleh pelajar-pelajar terlibat. Tindakan yang tidak beradab dan beradat ini nampaknya telah menguris perasaan orang-orang Islam dan kalau di sekolah sudah barang tentunya pelajar dan guru-guru yang beragama Islam.

Kesan daripada berlakunya peristiwa ini, pihak PPD Kulai, Jabatan pelajaran Johor telah datang ke sekolah ini untuk menjalankan siasatan. Berdasarkan sumber yang belum dapat disahkan mengatakan bahawa pelajar-pelajar yang terlibat telah digantung sekolah. Dan dikatakan juga untuk kejadian seperti ini, tiada pula tindakan mahupun serangan-serangan yang dilakukan oleh pihak pro-pembangkang dalam hal ini. Mungkin mereka tidak menganggapnya sebagai satu yang serius apabila pelajar-pelajar ini yang bangsanya bukan melayu menghina Islam dan Melayu.Dan ini amat berbeza dengan tindakan yang diambil ke atas seorang pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman yang dituduh dengan pelbagai tohmahan yang mengaitkannyya dengan isu rasis walaupun pada pandangan penulis pengetua ini sebenarnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengurus sekolah bagi menjamin kelangsungan persekolahan.. Tidak dapat dipastikan juga, apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pengetua sekolah ini yang juga berbangsa Cina dalam menangani perkara ini. Adakah tindakan yang dilakukan sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’ ataupun tindakan yang sewajarnya diambil berdasarkan kes yang boleh dikatakan sebagai satu unsur rasis.

Kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan. Kepada yang mempunyai info berkaitan perkara ini dapatlah berkongsi info tersebut melalui blog ini dan bolehlah menyiarkannya melalui ruangan komen.

Bagi penulis, kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan negara kita sedang berusaha kea rah mewujudkan perpaduan kaum. Anak-anak terutamanya yang masih belajar tidak seharusnya dijadikan alat dan eksperimen untuk menguji orang lain dan menjatuhkan maruah serta martabat seseorang yang lain mahupun agama dan bangsanya. Sekiranya perkara ini benar berlaku, sewajarnya ibu bapa pelajar tadi yang perlu dipersalahkan. Bermakna mereka telah Berjaya mendoktrinasikan anak-anak mereka untuk survive dalam kehidupan di negara ini hari ini.

Monday, October 11, 2010



KUALA LUMPUR: Usul tergempar bagi membahas "tiada tindakan" dari kerajaan terhadap dua pengetua rasis telah ditolak atas alasan ia merupakan satu isu yang tidak perlu disegerakan.
Speaker Pandikar Amin Mulia, ketika menolak usul itu yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen DAP-Ipoh Timur, Lim Kit Siang, berkata, perkara ini tidak perlu dibahas kerana pihak berkuasa sedang menanganinya.
Usul tergempar biasanya dipertimbangkan jika ia spesifik, melibatkan kepentingan awam dan perlu segera.
Bagaimanapun kata Pandikar, ianya tidak memenuhi kriteria yang ketiga.
"Walaupun usul ini spesifik dan melibatkan kepentingan awam dan memenuhi kriteria tergempar tapi saya terpaksa menolaknya kerana tidak ‘urgent’", kata Speaker itu.
"Selain itu, saya diberitahu bahawa Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengambil tindakan disiplin terhadap kedua-dua pengetua itu," katanya.

Petikan Free Malaysia Today, 11 Okt 2010


----------------------------------------------------------

Sesuatu yang janggal berlaku apabila masih ada lagi pemimpin yang menampakkan tidak matang dalam memperkatakan isu ini.

Walaupun isu ini telah 'sejuk' dek mungkin kerana media mahupun ahli politik tidak lagi memberikan perhatian kepada perkara ini, namun jika dilihat tindakan yang diambil oleh Lim Kit Siang seolah-olah membuktikan bahawa dia sedang bermain dengan api. Tindakan dan usaha yang dilakukan bagi membahaskan usul ini dalam sidang dewan Parlimen dilihat cuba memarakkan api yang mula padam.

Walaupun DS Najib dalam persidangan tahunan MCA telah menegaskan betapa politik perkauman sempin dan berbaur rasis seperti ini dielakkan namun bagi LKS seorang cauvinist ini bukan persoalannya.Penulis beranggapan sekiranya isu ini menjadi sejuk dan beku, maka gagal lah LKS untuk meningkatkan tahap kebencian kepada orang Melayu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana