Friday, May 18, 2012

Majlis Peguam : Realiti dan fantasi

MK agak tertarik dengan perkembangan yang berlaku melibatkan peguam dan profesion peguam di Malaysia mutakhir ini. Isu ini juga melibatkan tahap profesionalisma dan tatacara amalan guaman yang menjadi pegangan peguam. Isu berkaitan deklarasi Majlis Peguam terhadap Perhimpuan Bersih 3.0 rupa-rupanya telah mengheret Majlis Peguam yang sehingga 28 April 2012 sebagai sebuah badan yang masih berbaki sisa-sisa integritinya.

Isu Majlis Peguam telah mengheret perdebatan dan polemik yang bukan sekadar cakap-cakap tepi sahaja malah telah menjadi bualan ilmiah sebahagian besar warga yang terlibat dengan majlis Peguam mahupun tidak. Dengan EGM Majlis Peguam yang dikatakan tidak cukup korum tetapi telah mengeluarkan deklarasi mengutuk kerajaan dan PDRM seolah-olah merekalah golongan yang paling benar sebenar-benarnya dan tidak ada lain melainkan benar.

Pertama, ramai pihak dari golongan yang bukan peguam melihat Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee agak bias dengan prejudis dan seolah-olah membawa Majlis Peguam kepada suatu pandangan serong terhadap usaha kerajaan mengekalkan keamanan. Pandangan serong Majlis Peguam yang MK rasakan sebenarnya adalah pandangan presiden sendiri membuka pekung dan memberikan sokongan terbuka kepada parti pembangkang. Nada dan kenyataan sinisnya jelas membuktikan bahawa presiden dan sebahagian besar ahli Majlis Peguam yang hadir EGM adalah pro kepada pembangkang.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Majlis Peguam tidak lagi neutral dan berkecuali kepada hal-hal kepartian di Malaysia. Golongan yang merasakan diri mereka cukup pandai dan begitu memahami undang-undang dan perlembagaan tidak dapat menyorokkan lagi topeng diri yang dipakai selama ini. Terbuka, terdedah dan keluarlah segala urat dawai pegangan dan ideologi politik. Tidak sepatutnya pandangan skeptikal begini ditunjukkan oleh Majlis Peguam disaat kepercayaan orang ramai terhadap profesion peguam masih bersisa baki. Adakah mereka tidak kisah lagi dengan pandangan umum yang melihat betapa buruk dan jijiknya perangai peguam yang kononnya mendabik dada sebagai pejuang perlembagaan. Buka sebagai peruntuh, mereka seharusnya mendokong perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Rasanya belum pernah berlaku di mana-mana negara lain, suatu badan perundangan yang memiliki mentaliti dan berpersepsi sebegini dalam mendokong nota amalan peguam yang bertunjangkan kepada keihkasan dan kebenaran.

Amaran Nazri Aziz untuk menubuhkan suatu lagi badan kehakiman yang bebas dan mewakili segenap peguam yang ada di Malaysia ditentang keras oleh Majlis Peguam. MK ingatkan mereka tidak tercabar, rupanya mereka juga sama seperti pengamal profesion yang lain. Mungkin mereka agak bimbang kewujudan suatu badan lagi bagi mengimbangi peranan mereka akan meletakkan mereka ditahap yang lebih rendah. Kenyataan Tun mahathir berkaitan perkara yang sama juga memberikan suatu tekanan kepada Majlis Peguam. untuk menolak cadangan tersebut.

MK percaya, bukan setakat MK sahaja yang sudah tidak mempercayai kewibawaan Majlis Peguam, malah sebahagian besar rakyat turut sama tidak memberikan persepsi yang baik kepada Majlis Peguam. Bukan salah MK dan ramai lagi rakyat berpandangan begini, Majlis Peguam harus melihat kembali peranan, tanggungjawab, persepsi, prejudis dan bias yang telah mereka bina selama ini di mata kami. Adakah Majlis Peguam fikir, hanya mereka sahaja yang mempunyai hak di negara ini. Jika nak bercakap soal hak, ketepikan dahulu jawatan dan peranan anda sebagai ahli Majlis Peguam. Tidak guna untuk menegakkan benang yang basah dan memperkatakan hak. Kalau mereka kata mereka ada hak untuk menuntut pihak kerajaan dan PDRM memohon maaf atas apa yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0, kami sebagai rakyat biasa juga menuntut hak kami untuk anda memberikan suatu sumbangan yang baik kepada proses demokrasi di Malaysia yang menjadi tanggungjawab Majlis Peguam.

Jangan jadi suatu badan yang memalukan kami sebagai rakyat dan cuba meletakkan diri anda sebagai hero. Sori, kami tidak perlukan hero seperti kamu.

Wednesday, May 9, 2012

DS Najib Legaa



          Pengumuman berkaitan 'durian runtuh' untuk warga Felda semalam bagi MK merupakan satu petanda jelas. Kelegaan tahap maksimum DS Najib sebagai persediaan PRU telah sampai kemuncaknya. Selepas ini bolehlah PM memberikan fokus dan menumpukan perhatian kepada 'gendang' sebenar pilihanraya.Banyak urusan berkaitan PRU diserahkan kepada Jeneral Muhyiddin, kini gabungan mantap 2 pemimpin utama melayu ini sudah boleh melebarkan sayap PRU dengan lebih jauh sehingga menyentuh ke tahap akar umbi rakyat. Sesuai dengan slogan yang sering dilaung-laungkan oleh PM, "kita mendengar setiap denyut nadi rakyat'.Mungkin sebelum ini, PM agak tertekan dengan pelbagai isu yang belum selesai yang boleh menyebabkan momentum sokongan rakyat solid kepada BN. Rasanya PM kita tidur nyenyak sekali malam tadi.

        Mari kita sama-sama menulunsuri kejayaan DS Najib dalam menyiapkan BN untuk PRU 13 dan sebahagian tanda-tanda menjelangnya PRU.

Durian Runtuh Felda
Pengumuman durian runtuh untuk warga Felda semalam memberikan keceriaan yang bukan sedikit. Peneroka, isteri peneroka malah tidak dilupakan dan tidak menjangka adalah golongan generasi kedua yang turut menerima tempias daripada berita baik ini. Staff Felda juga turut menerima imbuhan apabila menerima bonus khas dua bulan setengah. Ini memang benar-benar runtuh.
Strategi DS Najib cukup cemerlang di sini. Selain berjaya memikat sebilangan besar majoriti warga Felda, pengumuman ini juga telah mengecutkan telur pembangkang yang sebelum ini beria-ia benar cuba memberikan persepsi buruk kepada penyenaraian FGVH. Tahniah DS Najib.
Walaupun masih terdapat sebilangan peneroka Felda yang tidak begitu menyokong, namun sewajarnya mereka mensyukuri nikmat Allah dan bermuhasabbah tentang kebaikan dan cuba-cubalah melihat sisi kebaikan kerajaan kepada mereka. Marilah kita sama-sama mendoakan agar golongan ini tidak termasuk ke dalam golongan kufur nikmat dan menjadi golongan yang mendapat hidayah.

Bersih 3.0
Perhimpunan Bersih 3.0 telah selamat 'diadakan' pada 28 April 2012. Walaupun perhimpunan ini nampaknya berjaya mengumpulkan 20-25 ribu peserta, namun ianya tidak menggambarkan tentang golongan majoriti yang masih selesa dengan kepipmpinan BN yang ada sekarang.
Masih ramai lagi dan merupakan bilangan besar rakyat tidak bersetuju dengan penggunaan kaedah kekerasan begini untuk berkuasa.Mereka masih lagi sukakan keamanan dan Natijah daripada perhimpunan bersih ini, rakyat semakin muak dengan taktik kotor pembangkang dan akan terus setia dengan BN dan berdiri teguh menyokong PM dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Benci dan cukup menjengkelkan melihat Melayu yang tidak sedar diuntung ini.
DS Najib pastinya melihat perhimpunan haram ini sebagai indikator kepada momentum sokongan rakyat kepada pembangkang. Berdasarkan kepada hasil perhimpunan tersebut, kita sendiri dapat melihat betapa terdesaknya pembangkang untuk berhadapan dengan rakyat dalam PRU 13 kali ini.

Isu Lynas
Isu Lynas telah berjaya diselesaikan. Sokongan kepada isu ini nampaknya semakin reda. Apatah lagi, pihak berkaitan Lynas telahpun memulakan prosiding mendakwa beberapa individu dan NGO atas dakwaan memburuk-burukkan dan memfitnah pihak pengurusan Lynas.
Rasanya isu Lynas ini tidak lagi menjadi ancaman besar kepada BN dalam memenangi hati rakyat. Sekiranya ada ketidakpuasan pun, ianya hanya membabitkan segolongan kecil sahaja dan barang sudah tentu Tok Nan selaku MB Pahang ada cara dan strateginya untuk mengatasi isu ini.

BR1M
Perlu diingat bahawa hampir 3 juta isi rumah mendapat manfaat daripada BR1M ini. Walaupun hanya RM500 sahaja, namun bagi sebilangan besar golongan penerim BR1M ini, ianya merupakan jumlah yang berpatutan dan dapat digunakan untuk pelbagai kegunaan bagi meringankan beban mereka. Meskipun bantuan ini diterima oleh rakyat tanpa mengira ideologi politik penerima, golongan penentang kerajaan turut memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang diterima. Golongan ini pastinya dapat melihat kesungguhan kerajaan BN sedia ada dalam membantu meringankan beban kehidupan.

Baucer Buku
Strategi DS Najib memenangi hati golongan mahasiswa ini cukup disenangi. Nilai tidak begitu banyak. RM200 sudah cukup untuk menampung sebahagian keperluan mahasiswa. 

Kejayaan DS Najib menguruskan perkara-perkara ini dengan baik telah meningkatkan keyakinan rakyat majoriti kepada kepimpinan beliau. Penyokong tegar BN akan terus kekal bersama PM dan BN, pengundi atas pagar yang sentiasa melihat , memerhati dan menilai dasar sudah pasti gembira dengan pendekatan DS Najib. Sokongan golongan atas pagar ini sudah mulai cenderung kepada BN pastinya kerana mereka turut menilai usaha dan pendekatan yang di bawa oleh pihak pembangkang. Malah yang lebih menarik lagi, sudah ada sebahagian penyokong tegar parti pembangkang yang berkira-kira untuk memberikan undi kepada BN.

Hidup BN
Yakini BN
Undi untuk BN

Monday, February 6, 2012

hamPAS meroyan tahap cipan

News ni MK petik di harakah ( baca haramkah) daily hari ini. sini

Ada beberapa perkara yang kita kena perhatikan daripada teks asal tersebut dan juga persekitaran tempat kejadian.

1. Semua berkumpul termasuklah ahlul bahlul PAS. 
Mereka mengenakan pakaian berwarna hitam.Kalau kita check balik, pakaian serba hitam dipakai oleh masyarakat cina yang rata-ratanya beragama buddha semasa hari kematian saudara mereka. Makhluk ahlul bahalul pas ni pun dah terikut-ikut dengan tradisi yang sama ker. Memang sama kecuali mereka tak pakai topi guni.

2. Mereka melepaskan belon berwarna hitam.
Simbolik betul.Ini memang simbolik dan sama dengan hati mereka yang telah dihitamkan oleh Dapig disamping penuh dengan kekotoran dan niat busuk.

3. Mereka kata demokrasi telah dimatikan.
Hal ini kena sama-sama la tengok. Betapa bodohnya mantan MB Perak menyetujui statement ini. Bayangkan, hamPAS hanya menang 6 kerusi di Perak tapi boleh jadi MB. Depa ni memang tak faham tentang demokrasi berparlimen Raja Berperlembagaan. Nampaknya statement yang menunjukkan mereka tak mengaji cukup, statement keluar hanya untuk menyedap hati pengikut bangang mereka sahaja dan menimbulkan persepsi buruk terhadap pihak BN.

4. Meroyan nakkan KUASA
Mungkin mereka semua ni tengah bermimpi lagi, betapa sioknya jika jadi pemerintah. Macam-macam boleh dapat dan macam-macam boleh dibuat. Bila dah tak de kuasa, tak dapatlah nak mengumpulkan kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni. Tu yang masih meroyan sampai sekarang. Si mantan MB tu bingai, masih tak sedar diri diuntung agaknya. 

MK kata;
Rakyat Perak tak akan lupa dengar 'jasa' Nizar. Orang Melayu juga tidak akan melupakan perbuatan-perbuatan bingai si Nizar ini.

Sunday, February 5, 2012

Timbalan PesuruhJaya Pas Johor susah , WAJIB bantu



Baru-baru ini dalam twitter, bekas menteri besar Perak Nizar Jamaluddin ada tweet untuk minta sumbangan untuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Haji Dzulkefly Ahmad yang rumahnya terbakar tempohari..


Tweetnya berbunyi:


Sebahagian rumah bercirikan seni bina Islam yang terbakar



Kereta Proton Saga BLM turut terbakar 


Opsss...ada plak lambang BMW - maknanya bukan Proton Saga
Sumber : Ikrar Pemuda

MK Kata:
Kaya benar Timbalan PesuruhJaya PAS Negeri ini. Bagaimana agaknya kalau Pesuruhjaya Negeri dan jawatan-jawatan yang lebih tinggi lagi. Berapa banyak la pendapatannya. Sumber mana pulak pendapatan ereka ini. Takkan daripada duit derma jihad kot yang dikumpul selepas selesai ceramah, ntah-ntah duit Tabung Buluh PRU pas kot.
Kalau berniaga...agaknya perniagaan apa yang dibuat...kontraktor kot...Ambik tender dan kontrak daripada tender Kerajaan ke..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arus Perdana